ChatGPT dah ada banyak versi yang korang boleh explore. Dari yang basic, sampai yang paling canggih dan bijak. So, mari kami explain satu persatu, tapi lebih kepada korang yang nak faham cara kerja setiap model ni. Kalau korang tengah nak pilih model mana nak guna, artikel ni akan bantu korang buat keputusan yang betul.

GPT 4 mini: model paling basic, tapi still power

Kalau korang ingat lagi, masa dulu, ChatGPT ada versi 3.5, kan? Versi tu dah lama kena buang sebab sekarang ni, kita dah ada GPT 4 mini, model yang paling basic dalam siri GPT 4. Yang ni model yang lagi improved berbanding model 3.5. Walaupun model 4 mini ni dianggap basic, jangan underestimate. Versi ni sesuai untuk korang yang nak buat task-task simple macam nak jawab soalan-soalan straight forward, atau nak cari info secara cepat.

Fungsi dia simple je—boleh tolong korang dalam banyak hal macam customer service chat, basic research, atau nak generate teks biasa. Kalau korang tak perlukan benda terlalu kompleks, GPT 4 mini ni dah lebih daripada cukup. Memang basic, tapi masih berfungsi dengan baik.

Model ChatGPT yang korang perlu tahu
Credit to Reuters

GPT 4 Advanced: upgrade kepada kepandaian

Kalau korang nak AI yang boleh handle lebih banyak maklumat atau soalan yang lebih rumit, model ni memang pilihan tepat. Kalau GPT 4 mini basic, GPT 4 Advanced ni dah upgrade. Ia boleh bantu korang dalam pelbagai task yang lebih complicated, macam nak buat coding, analisis data, atau nak bina teks yang lebih sofistikated.

Korang yang terlibat dalam kerja-kerja yang memerlukan AI dengan kefahaman lebih mendalam, GPT 4 Advanced ni memang akan bagi impak besar. Boleh kata, model ni memang sesuai kalau korang nak AI yang lebih ‘berfikir’ dan bukan sekadar ikut arahan straight forward.

GPT 4o: bercakap live dengan korang, lebih power

Setakat ni, ini adalah antara model yang betul-betul advanced. GPT 4o ni bukan setakat pandai tulis teks je, tapi dia boleh bercakap secara live dengan korang. Ya, AI ni boleh jadi macam personal assistant yang boleh bersembang secara langsung. Lagi best, GPT 4o ni bukan setakat pandai cakap, tapi dia juga boleh bantu dalam kerja-kerja programming dan masalah teknikal yang lebih mendalam.

Bayangkan korang tengah stuck dalam satu masalah programming, atau tak tahu macam mana nak solve coding error—GPT 4o boleh bagi jawapan live sambil korang interact dengan dia. Memang sesuai untuk korang yang kerja dalam bidang IT atau yang selalu deal dengan programming dan development. Korang pun boleh guna model ni kalau nak AI yang boleh engage dengan korang secara lebih real-time. Nak berbual dengan AI? GPT 4o pilihan korang.

GPT 4o1: model paling latest yang fikir dulu sebelum jawab

Model ni paling terbaru dan paling canggih tapi masih dalam Beta (preview). Satu benda yang korang kena tahu, GPT 4o1 ni akan berfikir dulu sebelum bagi jawapan. Maksudnya, dia tak terus jawab je macam model lain, dia akan process dulu soalan korang dengan lebih mendalam. So, kalau korang tanya soalan yang sangat complicated, dia takkan rush bagi jawapan macam tu je.

GPT 4o1 ni sangat sesuai kalau korang nak AI yang boleh bagi jawapan yang lebih precise dan teratur. Dia macam lebih matang dalam berfikir, dan tak terburu-buru. So, kalau korang tengah buat kerja yang perlukan ketelitian macam dalam bidang research, legal work, atau nak analisis data yang sangat kompleks, GPT 4o1 ni memang terbaik.

Kami rasa GPT 4o1 ni adalah yang paling dekat dengan AI yang betul-betul boleh jadi macam manusia dalam cara dia ‘berfikir’ dan bagi respons. Memang next level la untuk AI ni.

Model ChatGPT yang korang perlu tahu
Credit to Medium

Kesimpulan

Untuk korang yang baru nak cuba ChatGPT, GPT 4 mini adalah pilihan yang paling mudah dan accessible sekarang ni. Paling best, ianya percuma dan unlimited. Korang tak perlu risau pasal nak login ke apa, sebab model ni memang tersedia secara free untuk semua orang. Jadi kalau korang nak buat task-task biasa macam search info, generate teks, atau simple conversation, model ni memang dah cukup untuk korang mulakan.

Tapi, of course lah, GPT 4 mini ni tak sehebat model-model yang lain. Kalau korang perlukan AI yang boleh handle kerja-kerja lebih berat atau soalan-soalan yang lebih technical, korang kena upgrade ke model yang lebih advanced. Contohnya, GPT 4 Advanced, GPT 4o, atau GPT 4o1, semua ni lebih power, lebih bijak, dan boleh tolong dalam macam-macam benda termasuk programming, data analysis, ataupun kerja yang memerlukan lebih ‘deep thinking’.

Nak access model-model yang lebih canggih? Korang kena subscribe kepada ChatGPT Plus, yang sekarang ni berharga lebih kurang RM97 sebulan (USD 20). Dengan subscription ni, korang boleh access semua model advanced termasuk yang boleh bercakap live, solve masalah programming on the spot, dan AI yang fikir dulu sebelum bagi jawapan.

Memang berbaloi untuk korang yang perlukan AI dengan performance yang lebih tinggi. Jadi, kalau korang banyak guna AI untuk kerja atau study, subscription ni boleh bantu korang tingkatkan produktiviti.

Ingat, GPT 4 mini free ni sesuai kalau korang cuma nak buat task simple. Tapi kalau korang nak AI yang lebih advanced dan mampu buat kerja-kerja lebih rumit, ChatGPT Plus akan unlock semua model hebat yang lain untuk korang explore.

Tinggalkan Pendapat Anda