OS yang biasa digunakan oleh hacker

Kali Linux

Kali Linux adalah satu OS Linux yang fokus sepenuhnya dalam bidang pen test & security audit. OS ni dibangunkan oleh syarikat Offensive Security berdasarkan pada Debian.

OS ni ada banyak tools yang boleh digunakan untuk pen testing, forensic dan audit security pada system yang korang bangunkan. Bagi ethical hacker yang professional, biasanya Kali Linux ni adalah OS pertama yang menjadi pilihan yang akan digunakan dalam bidang ni.

Kelebihan Kali Linux

Kelebihan OS Kali Linux ni adalah famous. Bila famous community pun jadi besar, bila besar bersepah info pasal Kali Linux ni kat Google, Youtube dan Tiktok. Macam macam info korang boleh cari dan selesaikan masalah korang sendiri kalau korang stuck.

Plus Expert memang rekemenkan Kali Linux ni dari OS yang lain. Kelebihan lain adalah Kali ni didatangkan dengan 600 tools yang korang boleh gunakan untuk pen testing, forensic dan sebagainya.

Credit to Figma
Photo by Gabriel Heinzer on Unsplash

Cara Install Kali Linux

Nak install kali linux ni mudah je, korang just download ISO Image dari website official Kali Linux kemudian bootable dari USB korang boleh gunakan VM Virtual Box. VM adalah virtual machine yang boleh korang run kan Kali Linux ni dalam Windows korang sendiri. So korang tak perlu risau kalau korang cuma ada satu PC je.

Community support untuk Kali Linux

Community paling ramai jika compare dengan OS yang lain. Ini disebabkan level popular yang tinggi dan ramai orang gunakan Kali Linux sebagai OS pen testing & segala yang berkaitan dengan Cyber Security.

BackBox

BackBox ni adalah OS Linux Open Source yang fokus sepenuhnya kepada security assessment dan penetration testing.

Sama macam Kali Linux jugak, didatangkan dengan tools security pre-installed dan boleh digunakan dalam bidang Cyber Security. Tapi apa yang buatkan BackBox menarik adalah OS ni menggunakan XFCE GUI sebagai desktop environment yang ringan dan cepat.

Kelebihan BackBox

Kelebihan utama BackBox adalah OS ni 100% free digunakan. Korang tak perlu bayar walau 1 sen pun untuk menggunakan OS ni tapi korang boleh bagi donation.

Kelebihan lain yang ada pada BackBox adalah user-friendly dan stabil. Interface dia clean dan straightforward, memudahkan korang yang baru nak berjinak jinak dalam bidang cyber security. Plus, BackBox ni juga dikemas kini dengan sangat kerap, jadi korang akan dapat latest tools dan security patches dari website official diorang.

Credit to KitPloit

Cara install BackBox

Sama macam Kali Linux, boleh run dalam VM Box atau bootable dari USB.

Community support untuk BackBox

BackBox juga ada community support yang bagus. Walaupun mungkin tak sebesar community Kali Linux, tapi still ada banyak resources online untuk belajar dan mudah untuk korang dapatkan bantuan.

Parrot Security OS

Parrot Security OS ni, bukan calang-calang distribusi Linux tau. OS ni dibangunkan dengan fokus kepada cybersecurityprivacy, dan development. Didatangkan dengan pelbagai tools penting dan hampir lengkap untuk penetration testingforensic analysishackingcoding, dan privacy tasks.

Kelebihan Parrot Security OS

Yang best tentang Parrot ni adalah ia sangat ringan dan boleh run smoothly walaupun pada hardware yang tak berapa nak powerful. OS ni menggunakan MATE sebagai desktop environment, yang memang dikenali dengan performance yang lancar dan ringan. Parrot juga sangat customizable dan secure, dengan built-in sandboxing untuk isolate programs yang risky.

Credit to Parrot OS

Cara install Parrot Security OS

Untuk get started dengan Parrot, korang boleh pergi ke website rasmi Parrot Security OS dan download image ISO dia. Lepas tu, sama je macam Kali atau BackBox, burn ke USB atau DVD, atau run dalam virtual machine.

Community support untuk Parrot Security OS

Parrot Security OS punya community yang sangat supportive. Ada banyak forums dan groups di mana korang boleh share knowledge dan get help kalau stuck atau ada masalah. Simple je.

Fedora Security Lab

Fedora adalah OS open source yang biasa digunakan pada hardware, clouds dan containers. Fedora ni based on Linux OS kernal architecture. Jadi Fedora ni memang user friendly dan membolehkan user tu buat kerja dengan mudah tanpa sebarang masalah.

Kelebihan Fedora

First sekali Fedora Security Lab ni FREE digunakan 100%. Download, install dan terus guna tanpa apa apa bayaran. Lepas tu OS Fedora ni sangat simple dan friendly. Sesiapa pun boleh faham dengan system Fedora ni, sebab design dia simple. Mudah faham macam korang tengok Windows 11.

Plus Fedora ni sangat secure sebab security dia memang powerful dan complex. Level secure dia tu boleh dikatakan lebih secure dari OS yang lain.

Credit to Fedora Megazine

Kelemahan Fedora

Fedora ni dibuat dengan system yang latest, jadi Fedora ni mungkin takkan boleh support atau ngam dengan system yang lama kalau korang masih gunakan system lama. Tak kira hardware atau pun software.

Ada kemungkinan Fedora ni tak support lagi software yang korang dah gunakan untuk sekian lama.

Kelemahan lain yang ada pada Fedora ni adalah process untuk korang setup. Nak setup Fedora ni tak mudah dan memerlukan masa yang panjang. Jadi kalau korang nak gunakan Fedora, korang kena bersabar sikit bila nak setup Fedora ni.

Cara install Fedora

Nak install korang kena download dulu ISO Image dari website official diorang. Lepas tu korang boleh gunakan VM Box dalam Windows. Sama je macam korang install Kali Linux, cuma yang ni agak complex sikit cara installation dia. Mungkin untuk advanced user senang, tapi untuk newbie tu makan masa sikit.

Community Support

Community untuk Fedora ni sangat besar so korang boleh minta bantuan dari Community yang ada di Google untuk bantu korang explore atau troubleshoot masalah yang ada. Terlalu banyak info yang korang boleh cari dalam Google tentang Fedora ni. So korang tak perlu risau tentang Fedora ni.

BlackArch Linux

BlackArch Linux ni kira macam one-stop center la untuk korang yang minat bab-bab security. BlackArch ni based on Arch Linux, dan OS ni specially dibuat untuk hackers, pentesters, dan sesiapa yang terlibat dengan cybersecurity.

Ada 2903 tools yang disediakan dalam OS ni, so hampir kesemua tools yang korang perlu kan ada dalam ni. Kalau korang tengah cari OS yang boleh bantu korang explore dunia security ni, BlackArch ni memang ngam.

Kelebihan BlackArch Linux

Kelebihan BlackArch ni ada banyak, salah satunya BlackArch ni ada tools untuk pen testing yang hampir lengkap untuk pelbagai kegunaan. Dengan BlackArch ni juga korang dapat more control dan boleh customize compare dengan OS yang lain. Documentation untuk BlackArch ni pun lengkap dan akan diajarkan dengan details.

Kelemahan BlackArch Linux

Kalau korang user yang baru nak berjinak jinak dalam dunia Cyber Security, korang kena jauhkan diri dari BlackArch Linux sebab OS ni sangat susah untuk user yang masih baru.

Semua system dan command yang digunakan dalam ni hanya sesuai digunakan oleh advanced user. OS ni juga lebih kepada teknikal dan semua benda perlu dibuat secara manual. Kalau korang baru, elakkan.

Cara Install BlackArch Linux

Cara install BlackArch Linux ni agak mencabar dan boleh ambil masa yang sangat lama. Sebab nak install ni korang kena guna pengetahuan yang tinggi memandangkan semua benda korang kena buat secara manual. Korang kena tahu command apa yang perlu digunakan dan sebagainya. Kalau korang tengok tutorial kat website official pun korang boleh jadi pening.

Conclusion

BlackArch Linux adalah OS yang sangat powerful untuk sesiapa yang dah ada basic dalam bidang cybersecurity. Dengan collection tools yang sangat lengkap, based on Arch Linux, dan documentation yang detail, memang berbaloi untuk korang explore dan cuba benda yang lebih mencabar dalam bidang ni.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial