Hari semakin hari scammer dah semakin bijak. Salah satu tempat kegemaran yang diorang menipu orang ramai adalah Telegram. Penting sangat sangat untuk korang tahu yang tak ada pelaburan sah yang dilakukan melalui Telegram.

Banyak kes penipuan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dah banyak kali ingatkan korang tentang peningkatan kes penipuan pelaburan di dalam Telegram. Dari Januari sampailah ke November 2024, ada lebih kurang 5,791 kes penipuan dengan kerugian mencecah RM745 juta. Ingat, pelaburan yang betul hanya dilakukan melalui platform yang diiktiraf, bukan melalui aplikasi mesej macam Telegram.

Pelaburan dalam Telegram
Photo by Oleksandr P

Cara scammer bekerja

Scammer ni memang licik, diorang akan gunakan website, group Telegram, dan WhatsApp untuk promosikan skim pelaburan palsu mereka. Mereka akan selalu gunakan testimoni palsu dan iklan yang nampak macam betul untuk tarik perhatian korang. Kadang-kadang, korang akan nampak iklan kat media sosial yang suruh join Telegram secara direct. Lepas masuk, korang tiba-tiba akan dimasukkan ke dalam group yang penuh dengan testimoni duit berkepok-kepok. Semua ni untuk buat korang percaya yang pelaburan tu betul. Padahal semua yang bagi testimoni tu pekerja diorang jugak.

Pelaburan patuh syariah?

Salah satu taktik yang selalu digunakan oleh scammer ialah menjanjikan pelaburan yang patuh syariah. Mereka memang tahu yang orang Islam di Malaysia sangat mementingkan status halal dalam pelaburan mereka. Jadi, mereka akan gunakan istilah ni untuk tarik perhatian korang. Padahal, tak ada pun sebarang pengesahan daripada pihak berkuasa tentang status pelaburan tu.

Mangsa biasanya akan diminta untuk pindahkan duit ke akaun bank peribadi, yang memang tak pernah berlaku pun dalam dunia pelaburan yang sah. Pelaburan yang sah hanya menggunakan payment gateway atau bank korporat yang dah diiktiraf. Lagi pun sekarang ni dah ada app, guna je app untuk buat pelaburan. Touch N Go kan ada.

Keldai akaun

Scammer juga akan menggunakan keldai akaun untuk terima duit dari mangsa. Keldai akaun ni biasanya adalah orang lain yang dipergunakan oleh scammer untuk buka akaun bank atas nama diorang sendiri dan terima duit dari mangsa. So kalau korang dah kena scam, report polis pun tak ada guna lagi maaa. Polis takkan dapat trace siapa scammer sebenar yang sebenarnya.

Korang perlu berjaga jaga

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menasihatkan korang semua supaya sentiasa berhati-hati dan buat kajian yang mendalam sebelum korang nak melabur dalam apa-apa skim pelaburan. Selalu rujuk kepada di website rasmi SC yang ada senarai firma dan individu yang terlibat dalam penipuan. Kalau rasa ragu atau curiga tentang skim pelaburan yang ditawarkan, cepat-cepat laporkan kepada SC untuk tindakan lanjut. Jangan lupa, pelaburan yang sah takkan minta korang transfer duit ke akaun peribadi.

Zaman sekarang, segala urusan pelaburan biasanya dibuat hanya melalui aplikasi yang diiktiraf, contohnya Touch ‘n Go eWallet, Maybank2u, dan aplikasi perbankan rasmi yang lain. Takde dah zaman transfer manual duit macam tu. Semua urusan pelaburan sah hanya dilakukan melalui saluran yang selamat dan diiktiraf sahaja.

Kesimpulan

Korang kena sentiasa berjaga-jaga dan lindung diri korang sendiri penipuan. Dengan peningkatan penipuan dalam platform macam Telegram, penting sangat untuk korang semua lebih peka dan teliti dalam setiap keputusan pelaburan. Semua pelaburan sah dilakukan melalui saluran yang diiktiraf, bukan melalui aplikasi mesej atau akaun bank peribadi.

One Comment

Tinggalkan Pendapat Anda