Nak cepat kaya, buatlah pelaburan. Tapi pelaburan yang macam mana korang kena labur tu? Ramai orang melabur dalam pelaburan kena scam teruk pada akhirnya.

Ini yang jadikan orang zaman sekarang susah nak tengok pelaburan mana yang legit dan tak legit. Jom baca artikel ni sampai habis. Ini antara ciri pelaburan trusted yang korang kena tahu.

1. Pelaburan trusted tak pernah guna Telegram untuk urusan rasmi

Pelaburan yang betul-betul trusted tak akan gunakan Telegram sebagai platform utama untuk urusan pelaburan. Biasanya, pelaburan dalam Telegram ni tak ada kawalan dan senang disalahgunakan oleh scammer.

Syarikat pelaburan yang sah akan gunakan platform rasmi macam APPS yang korang boleh download dari Google Play Store atau Apps Store. Betul, biasanya pelaburan memang gunakan apps untuk uruskan pelaburan korang sendiri. Contohnya macam Touch N Go.

Kalau ada yang ajak korang masuk kedalam group Telegram untuk buat pelaburan, itu memang scam. Pelaburan biasanya akan gunakan payment gateway untuk pembayaran, bukan transfer secara direct. Ingat!

2. Pelaburan trusted ada syarikat berdaftar dan diiktiraf

Kalau korang nak pastikan pelaburan tu trusted, pastikan ia ada syarikat yang berdaftar dengan pihak berkuasa. Di Malaysia, korang boleh semak dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk tengok sama ada syarikat tersebut sah atau tidak.

Kalau syarikat diorang ada SSM itu tak bermakna syarikat pelaburan tu sah. So korang kena check sekali dengan SC. Pelaburan yang ada syarikat berdaftar ni biasanya ada struktur organisasi yang jelas, dengan pengurusan yang professional dan berpengalaman.

Kalau syarikat tu memang trusted, korang tak akan ada masalah untuk dapatkan maklumat syarikat tu, termasuklah alamat pejabat, nombor pendaftaran, dan senarai pengarah syarikat. Semuanya semudah ABC.

Pelaburan trusted yang korang kena tahu - Jangan terperangkap
Photo by Burak The Weekender

3. Pelaburan trusted tak buat iklan sebarangan

Salah satu cara nak kenal pasti pelaburan trusted ialah melalui cara mereka buat pemasaran. Pelaburan yang sah tak akan buat iklan sebarangan, terutamanya yang melibatkan gambar orang atau janji keuntungan melampau.

Kalau korang nampak iklan yang ada unsur agama, patuh syariah, pakai gambar orang orang famous, itu korang kena berhati hati sebab kebanyakan iklan macam tu adalah scam.

Iklan sebarangan yang ada gambar orang dengan duit bertimbun atau kereta mewah biasanya hanya gimik untuk tarik perhatian dan merupakan tanda-tanda awal skim pelaburan palsu.

4. Pelaburan trusted ada dokumen yang lengkap dan jelas

Bila korang nak buat pelaburan, syarikat yang trusted akan sediakan dokumen yang lengkap dan jelas untuk korang. Ini termasuklah prospektus, terma dan syarat, serta penyata kewangan yang diaudit.

Semua dokumen ni penting untuk korang semak dan fahami sebelum korang letakkan duit dalam pelaburan tu.

Dokumen yang lengkap ni menunjukkan bahawa syarikat tu telus dalam urusan mereka dan tidak ada apa-apa yang cuba disembunyikan. Kalau ada syarikat yang tak sediakan dokumen lengkap atau suruh korang sign dokumen tanpa baca, baik korang lari jauh-jauh.

5. Pelaburan trusted dikawal selia oleh pihak berkuasa

Pelaburan yang trusted biasanya dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan seperti Bank Negara Malaysia (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Kawalan selia ni penting sebab ia memastikan syarikat pelaburan tu mematuhi undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Kalau syarikat pelaburan tu ada lesen daripada pihak berkuasa, itu tanda yang baik bahawa pelaburan tu memang betul betul trusted. Korang juga boleh semak senarai syarikat pelaburan yang berlesen di laman web BNM atau SC untuk pastikan pelaburan yang korang nak sertai tu memang betul betul ada.

6. Pelaburan trusted tak tawarkan pulangan yang terlalu melampau

Satu lagi tanda pelaburan trusted ialah pulangan yang ditawarkan adalah munasabah dan logik. Kalau korang jumpa pelaburan yang janjikan pulangan yang terlalu melampau dalam masa yang singkat, itu adalah tanda ianya adalah skim cepat kaya atau pelaburan scam.

Dalam dunia pelaburan, tak ada benda yang boleh bagi korang keuntungan besar dalam masa singkat tanpa risiko. Pelaburan yang sah akan jelaskan kepada korang tentang risiko yang terlibat dan pulangan yang mungkin korang boleh dapat berdasarkan keadaan pasaran semasa.

Jadi, kalau ada syarikat yang tawarkan pulangan berkali-kali ganda dalam masa singkat, korang wajib jauhkan diri.

7. Pelaburan trusted ada testimoni dan review positif dari pelabur lain

Korang boleh tengok pelbagai testimoni dan review dari pelabur lain. Pelaburan yang trusted biasanya akan ada banyak review positif dari pelabur yang dah lama bersama diorang. Korang boleh cari review ni di website rasmi syarikat, media sosial, atau website official pelaburan.

Tapi, korang kena hati-hati dengan review yang terlalu positif tanpa ada sebarang kritikan, sebab itu mungkin review yang palsu. Korang boleh detect dengan tengok ayat ayata yang ditulis. Kalau korang rasa macam tak normal, then itu adalah review palsu. Syarikat pelaburan yang trusted biasanya ada review yang seimbang, dengan kebaikan dan kelemahan yang dijelaskan secara jujur.

8. Pelaburan trusted ada strategi pelaburan yang jelas dan telus

Akhir sekali, pelaburan yang trusted akan ada strategi pelaburan yang jelas dan telus.

Biasanya syarikat pelaburan akan jelaskan semua strategi pelaburan ni dengan sangat jelas melalui website rasmi diorang. So bila korang baca website rasmi, korang akan jumpa macam macam info untuk bantu korang faham dengan lebih jelas tentang pelaburan yang dijalankan.

Pelaburan trusted yang korang kena tahu - Jangan terperangkap
Photo by Michael Steinberg

Kesimpulan

Buat pelaburan memang langkah yang bijak untuk masa depan kewangan korang, tapi korang kena pastikan pelaburan tu trusted dan selamat. Jangan mudah terpedaya dengan janji manis atau tawaran yang nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan.

Selalu semak latar belakang syarikat, pastikan mereka ada dokumen lengkap, dan jangan sesekali buat pelaburan melalui platform yang tak rasmi seperti Telegram.

Ingat, pelaburan yang trusted tak pernah buat iklan sebarangan dan selalu bersikap professional dalam semua urusan mereka. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Tinggalkan Pendapat Anda