1. GPT4ALL apa benda?

GPT4ALL ni sebenarnya adalah satu platform untuk korang run model AI dalam PC korang sendiri. Bayangkan, korang ada ChatGPT versi korang sendiri yang mana korang tak perlu lagi connect ke internet. Paling best, boleh guna secara unlimited.

Teknologi AI yang ada sekarang ni dah semakin advanced dan boleh berfungsi untuk generate macam macam teks, buat analisis, programming dan bantu korang untuk buat pelbagai task yang berkaitan dengan data dan teks. Dengan GPT4ALL, korang boleh akses kepada teknologi yang sama power macam yang digunakan oleh syarikat besar, tapi dalam control korang sendiri.

2. GPT4ALL ini adalah platform percuma

Satu perkara yang membuatkan GPT4ALL ni sangat menarik adalah benda alah ni korang boleh guna secara percuma buat selamanya. Tak akan ada hidden cost, tak perlu lagi risau pasal subscription fee atau pembayaran bulanan. Korang boleh jimat banyak duit dan korang boleh guna AI tanpa dikenakan sebarang caj. Dan disebabkan benda ni percuma, platform ni membuka peluang kepada orang ramai untuk explore dan gunakan teknologi AI tanpa korang perlu fikir lagi tentang kos tambahan.

GPT4ALL MODEL
Credit to Klippa

3. Run local

Dengan platform GPT4ALL ni korang boleh run MODEL AI korang sendiri secara local pada komputer. Maksudnya, korang tak perlu ada connection internet untuk guna semua model ni. Semua data dan proses pemprosesan berlaku dalam komputer korang sendiri. Paling best, korang boleh guna semua model ni unlimited untuk diri korang sendiri sahaja.

Benda ni memang bagus la kan untuk privasi sebab tak ada data yang akan keluar kemana mana. Semuanya dalam kawalan korang sendiri, dan korang tak perlu risau tentang keselamatan data korang lagi. Korang boleh guna AI ni bila-bila masa walaupun korang tak ada connection internet.

4. High spec komputer

Untuk run platform GPT4ALL dan MODEL AI ni dengan lancar, komputer korang wajib kena ada spec yang tinggi dari kebiasaan. Contohnya, korang perlukan sekurang-kurangnya 16GB RAM dan processor yang power seperti Intel Core i7 atau AMD Ryzen 7. Bergantung pada model AI yang korang nak download.

Spec yang tinggi ni benda yang sangat penting supaya model AI yang korang nak run tu nanti boleh dijalankan dengan smooth tanpa ada lag atau crash. Dengan spec yang tinggi, korang boleh buat banyak task yang berat dengan cepat dan efisien. Kalau spec komputer korang biasye biasye atau level rendah, korang kena hadap masalah performance yang super slow dan kadang kadang boleh jadi crash bila korang tengah guna. Memang menyirap.

5. Boleh guna secara unlimited

GPT4ALL ni boleh digunakan tanpa had. Korang download je apa apa MODEL yang dah disediakan dalam platform ni. Guna model yang korang rasa sesuai dengan kerja korang. Dengan model yang ada ni, korang tak perlu risau lagi pasal limit penggunaan atau quota. Semuanya unlimited.

Benda ni memang berguna terutama kalau korang nak buat eksperimen atau guna AI untuk pelbagai aplikasi tanpa perlu risau tentang kos tambahan atau had penggunaan. Korang bebas untuk explore, eksperimen, dan guna model AI ni sebanyak mana yang korang nak.

6. Ada pelbagai model AI

GPT4ALL memang dah di datangkan sekali dengan pelbagai jenis model yang korang boleh pilih ikut kesesuaian. Ada model yang lebih bagus untuk buat teks, ada yang lebih sesuai untuk analisis data, dan macam-macam lagi. Setiap model ni ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Korang boleh cuba model yang berbeza untuk tengok mana yang paling sesuai dengan keperluan korang. Benda ni memang bagi korang fleksibiliti besar untuk explore dan cuba benda baru.

7. Mudah download

Proses nak download dan setup GPT4ALL ni pun tak complicated sangat. Korang cuma perlu ikut je langkah-langkah yang disediakan dalam dokumentasi rasmi dia. Tak perlu pun nak jadi pakar IT untuk korang install benda ni. Sama macam korang install game jugak. Semua arahan mudah je untuk korang faham.

Download dari website rasmi NOMIC AI. Setup macam biasa dan dah siap. Kemudian tinggal pilih je MODEL yang korang nak download. So simple.

8. GPT4ALL selamat digunakan

GPT4 ALL ni satu dunia guna. Berjuta orang dah download platform ni. Disebabkan korang nak run model ni pada local komputer korang sendiri, boleh dikatakan tahap keselamatan data korang memang dah terjamin. Segala mesej korang hanya antara korang dan MODEL yang korang bercakap tu je.

Tapi korang kena untick DATALAKE dalam GPT4ALL untuk korang sepenuhnya anonymous dan supaya mesej korang tak dihantar kepada server untuk improve dan digunakan untuk train AI. Ini bermaksud semua maklumat sensitif korang kekal private dan selamat dalam kawalan korang. Bila korang run AI ni secara local, korang ada control penuh atas apa yang berlaku dengan data korang.

GPT4ALL PLATFORM
Credit to GPT4ALL

9. Open Source

GPT4ALL adalah open-source, maknanya semua orang boleh access code dia. Korang boleh tengok, belajar, dan modify ikut kesukaan korang. Itu pun kalau korang ni seorang programmer. Kalau korang ada idea atau perubahan yang korang nak buat, korang boleh adjust code dia. Benda ni juga satu peluang yang baik untuk korang belajar programming dan mendalami cara AI berfungsi. Banyak resources yang korang boleh rujuk dari komuniti open-source ni.

10. Support community

GPT4ALL ni digunakan satu dunia. So community memang besar. Tak perlu risau kalau korang cari info atau apa sahaja bantuan yang berkaitan. Dalam komuniti ni, ramai pengguna lain yang berkongsi pengalaman, idea dan solusi. Benda ni boleh jadi berguna kalau korang baru nak mula atau ada encounter apa-apa issue.

11. Performance yang power

Dengan spec komputer yang sesuai, korang akan dapat performance GPT4ALL memang mantap. Cepat, efisien dan boleh handle task yang berat tanpa lagging. Korang boleh buat kerja-kerja berat macam data analysis, text generation atau apa-apa yang memerlukan pemprosesan yang tinggi dengan lancar. Inilah kelebihan utama AI yang dijalankan secara local – korang dapat sepenuh kuasa dan kelajuan tanpa sekatan bandwidth internet.

12. Integration friendly

Satu lagi kelebihan GPT4ALL ialah ia sangat friendly untuk integration. Boleh dikatakan selalu juga diorang update platform ni supaya bertambah baik dari masa kesemasa. Korang boleh integrate GPT4ALL dengan pelbagai tools dan aplikasi lain. Contohnya, korang boleh buat chatbot untuk website korang, aplikasi mobile, atau guna untuk research. Fleksibiliti ni memang best sebab korang boleh adapt teknologi ni dalam pelbagai bidang dan kegunaan.

13. Customizable output

Output dari GPT4ALL pun boleh di-customize ikut keperluan korang. Boleh set untuk pelbagai bahasa, tone, dan style penulisan. Korang kena train melalui prompt. Train model yang macam mana yang korang nak. So simple.

Contohnya, kalau korang perlukan teks dalam bahasa santai atau formal, korang boleh adjust setting dia. Benda ni bagi korang banyak pilihan dalam penggunaan AI ni untuk menghasilkan teks yang sesuai dengan konteks dan keperluan korang.

RUN AI DALAM LOCAL KOMPUTER
Credit to GPT4ALL

14. Continuous updates

Model GPT4ALL ni selalu dikemaskini dengan improvements dan features baru. So, korang akan sentiasa dapat versi yang terkini dan terbaik. Tak perlu risau ketinggalan zaman sebab developer dia sentiasa update untuk pastikan performance dan features dia up-to-date. Ini bermaksud korang akan dapat manfaat daripada teknologi terkini tanpa perlu buat apa-apa bayaran tambahan.

15. Eco-friendly

Akhir sekali, GPT4ALL ni eco-friendly sebab korang tak perlu guna server besar yang guna banyak tenaga. Running local kat komputer korang boleh jimat tenaga dan lebih mesra alam. Selain itu, dengan kurang kebergantungan pada server luar, korang boleh kurangkan jejak karbon dan membantu untuk lebih menjaga alam sekitar.

Antara MODEL yang korang boleh download dalam GPT4ALL

Llama 3 8B Instruct

Llama 3 8B Instruct ni memang gempak sebab ada 8 billion parameter. Kalau korang ada kerja yang rumit macam research atau analisis data yang berat, model ni memang berguna dalam kerja korang. Dia boleh faham arahan kompleks dan hasilkan teks berkualiti tinggi. Contoh, korang nak buat report penyelidikan yang mendalam, boleh harap Llama 3 ni untuk hasil yang tepat dan detail. Memang sesuai untuk semua jenis kerja akademik atau profesional.

Mistral Instruct

Mistral Instruct ni pula terror dalam ikut arahan spesifik. Memang berguna untuk korang buat kerja dalam pendidikan atau customer service. Kalau dalam pendidikan, boleh bantu jawab soalan pelajar dengan tepat. Dalam customer service, model ni boleh bagi jawapan spesifik dan relevan untuk pertanyaan pelanggan. Kiranya, kalau kerja korang perlukan ketepatan dalam arahan, Mistral Instruct memang ngam.

Nous Hermes 2 Mistral DPO

Model Nous Hermes 2 Mistral DPO ni gabungan dua teknologi hebat, Hermes dan Mistral, dengan Differential Privacy Optimization (DPO). Maksudnya, privasi dan keselamatan data korang memang tip-top. Sesuai untuk aplikasi yang melibatkan data sensitif macam rekod perubatan atau maklumat kewangan. Contohnya, dalam bidang perubatan, boleh guna untuk analisis rekod pesakit dengan selamat. Dalam kewangan pula, boleh bantu analisis transaksi tanpa risau data bocor. Memang terbaik untuk aplikasi yang perlukan keselamatan tinggi.

Mistral Open Orca

Mistral Open Orca ni best sebab open-source. Korang boleh modify ikut keperluan sendiri. Kalau korang jenis suka explore dan customize AI untuk projek sendiri, model ni memang sesuai. Contohnya, kalau tengah buat research yang perlukan ciri khusus, korang boleh adjust model ni ikut keperluan projek. Fleksibiliti ni memang best untuk innovate dan create model AI yang unik.

GPT4ALL Falcon

GPT4ALL Falcon ni antara model yang versatile gila. Boleh guna untuk macam-macam aplikasi dari penulisan artikel, buat content kreatif, sampai analisis data yang kompleks. Kelebihan Falcon ialah dia boleh hasilkan teks berkualiti tinggi dengan cepat. Contoh, boleh guna untuk buat artikel informatif, buat content media sosial yang kreatif, atau analisis data besar dengan pantas. Cepat dan tepat, memang sesuai untuk korang yang nak buat kerja banyak dengan AI.

Orca 2 Medium

Orca 2 Medium ni lebih ringan dari Orca 2 Full tapi masih power. Sesuai untuk korang yang guna komputer spec sederhana. Boleh handle tugas berat dengan efisien tanpa perlu komputer high-end. Contohnya, korang boleh guna untuk tulis teks automatik, buat content, atau analisis data kompleks. Balance antara performance dan keperluan sumber, memang praktikal untuk penggunaan harian.

Orca 2 Full

Orca 2 Full ni model AI yang memang powerful gila, memang sesuai untuk tugas yang sangat kompleks dan berat. Pergh, kalau korang kerja dengan data besar, ini adalah model yang korang perlukan. Boleh guna untuk proses data besar, buat report detail, dan analisis rumit. Keupayaan model ni memastikan tugas yang memerlukan computational power tinggi boleh selesai dengan cepat dan efisien. Memang reliable untuk keperluan industri besar.

Wizard v1.2

Wizard v1.2 ni memang antara model yang paling besar dan power untuk korang buat content dan jana lebih panjang dan lebih deep teks yang kreatif. Cuma spec komputer korang minimum pun kena ada 16GB hanya untuk run model ni sahaja. Sesuai untuk korang yang bekerja sebagai penulis, marketing, dan content creator.

Model ni boleh hasilkan teks dengan pelbagai gaya dan nada. Contoh, boleh guna untuk buat artikel blog, skrip video, atau bahan marketing. Dengan keupayaan untuk buat teks yang menarik dan relevan, Wizard v1.2 bantu korang hasilkan content yang berkualiti tinggi dan menarik perhatian audiens.

Ghost 7B v0.9.1

Ghost 7B v0.9.1 ni ada 7 billion parameter, balance antara power dan kecekapan. Sesuai untuk pelbagai aplikasi dari pemprosesan bahasa hingga penjanaan kandungan. Boleh guna untuk analisis teks cepat, buat content media sosial, atau hasilkan laporan. Kelajuan dan keupayaan untuk hasilkan teks berkualiti tinggi dalam masa singkat, memang ideal untuk tugas yang memerlukan keputusan cepat dan tepat.

Hermes

Hermes ni terkenal dengan kecepatan dan ketepatannya dalam pemprosesan data. Sesuai untuk aplikasi real-time macam perkhidmatan pelanggan dan pemantauan media sosial. Contohnya, korang boleh guna untuk bagi respon cepat dan tepat kepada pertanyaan pelanggan, atau pantau trend di media sosial secara live. Dengan Hermes, korang boleh pastikan service yang diberikan efisien dan memuaskan. Memang berguna dalam situasi yang memerlukan analisis data dan penjanaan teks secara langsung.

Phi-3 Mini

Phi-3 Mini ni versi kecil dan ringan tapi masih boleh tahan powernya. Sesuai untuk tugas-tugas ringan dan sederhana. Kalau korang tak ada komputer dengan spec tinggi tapi masih nak guna AI, model ni pilihan yang praktikal. Contohnya, boleh guna untuk tulis teks automatik, buat content sederhana, atau analisis data kecil. Efisien dan mudah digunakan, Phi-3 Mini memang ngam untuk pelbagai jenis pengguna.

EM German Mistral

EM German Mistral ni khusus untuk pemprosesan teks dalam bahasa Jerman. Boleh faham dan menjana teks dalam bahasa Jerman dengan tepat. Sesuai untuk syarikat yang beroperasi di pasaran Jerman atau yang nak belajar bahasa Jerman. Contoh, boleh guna untuk buat content yang relevan dalam bahasa Jerman atau analisis data yang ditulis dalam bahasa Jerman. Model ni memang sesuai untuk keperluan linguistik khusus.

Qwen2-1.5b

Qwen2-1.5b ni model AI ringan tapi berkuasa dengan 1.5 billion parameter. Direka untuk kecekapan dalam pemprosesan teks, sesuai untuk pengguna yang nak hasil cepat dan tepat tanpa perlu banyak sumber komputer. Contohnya, boleh guna untuk tulis teks automatik, analisis data kecil, atau tugas harian yang memerlukan pemprosesan teks efisien. Cepat, tepat, dan praktikal untuk tugas umum.

Kesimpulan

Kalau korang nak jimat duit tapi masih nak guna model AI yang power gila, GPT4ALL ni jawapan dia. Korang boleh run semua model ni terus dari PC korang sendiri, tak payah bayar subscription bulanan atau risau pasal caj tersembunyi.

Bayangkan, semua proses AI tu berlaku dalam komputer korang sendiri – privasi terjaga, poket pun selamat. Tapi masih ada banyak perbezaan antara free model dengan paid model. Bergantung pada cara kerja korang macam mana. Nak mudah, amik yang online je.

Dengan GPT4ALL, korang ada pelbagai model yang boleh dipilih ikut keperluan.

Tambah lagi, model macam Nous Hermes 2 Mistral DPO jaga privasi data korang dengan teknologi privacy optimization. Kalau korang jenis yang suka kepada custom, model open-source macam Mistral Open Orca pun ada.

Fleksibiliti memang best – boleh guna AI untuk analisis data rumit, penulisan teks secara automatik, atau korang boleh buat content tanpa perlu risau kehabisan IDEA. Jadi, kalau korang nak guna teknologi AI yang canggih tanpa kos tambahan dan tanpa risau keselamatan data, GPT4ALL memang pilihan yang tepat untuk korang yang menjaga poket dari koyak rabak. Just run model-model ni kat PC korang sendiri dan nikmati semua kelebihan AI.