6 perkara yang korang perlu tahu tentang Sloan

Sloan adalah platform pinjaman untuk korang pinjam duit dari SEA MONEY CAPITAL iaitu pemberi pinjaman berlesen.

Yang best tentang Sloan ni adalah dia bekerjasama dengan platform Shopee, dan Sloan ni hanya ada dalam app Shopee sahaja. Sebelum korang nak pinjam duit dari Sloan ni, ada beberapa benda yang korang mungkin nak kena tahu.

Sea Money Capital bukan ahlong

Ahlong adalah pemberi pinjaman yang tidak berlesen. Jadi diorang bebas nak buat apa yang diorang suka termasuk tetapkan interest kepada peminjam. Sedangkan Sea Money Capital adalah pemberi pinjaman berlesen dan diorang tidak beroperasi macam ahlong kerana Sea Money Capital mendapat lesen dan berada dibawah kawalan KPKT.

Sloan tiada dalam app Shopee

Kalau korang cari Sloan dalam app Shopee tapi tiada, bermaksud korang tak layak dapat Sloan. Ini mungkin disebabkan korang jarang berbelanja di Shopee atau tidak menggunakan Spaylater.

Kalau korang dah belanja cukup banyak dan dah gunakan Spaylater tapi masih sama, ada kemungkinan nama korang dalam CTOS tak berapa nak cantik untuk diorang bagi kemudahan ni pada korang.

Credit to Shopee

Cara nak dapatkan Sloan

Korang kena banyak berbelanja dalam Shopee.

Bukan berbelanja barang barang yang mahal, tapi cukup lah korang kerap beli barang kat Shopee. Biasanya Shopee akan offer korang dengan SpayLater dulu. Lepas korang dah aktif SpayLater dan bayar cantik dengan SpayLater, baru korang layak dapat Sloan.

Spaylater korang hanya boleh gunakan dalam Shopee sahaja. Tapi Sloan ni korang boleh keluarkan terus ke dalam bank dan jadikan sebagai cash ditangan.

Berapa banyak boleh pinjam

Kalau korang jumpa Sloan dalam app Shopee, korang mesti tertanya tanya berapa yang korang boleh dapat. Simple je, korang aktifkan dulu Sloan korang, buat verification, upload IC dan face korang melalui video (Ikut arahan dalam app).

Lepas beberapa minit, korang boleh tahu berapa banyak yang korang boleh apply. Ada yang dapat RM500, ada yang dapat RM700 dan RM1000 keatas. Korang boleh tengok semua info tu dengan jelas melalui app Shopee korang sendiri.

Cara nak pinjam Sloan

Cara nak pinjam Sloan ni mudah, korang just pinjam je berapa yang korang nak dan minimum mesti RM500. Korang boleh pilih untuk bayar berapa bulan.

Ada yang sampai 12 bulan dan ada yang sampai 24 bulan. Ikutlah berapa jumlah yang korang nak bayar pada setiap bulan. Cuma lagi lama korang nak bayar, lagi tinggi interest yang akan dikenakan.

Setiap kali korang nak pinjam dengan Sloan, korang kena wajib tengok video yang akan menerangkan tentang Sloan ni dari mula sampai habis, termasuk lah untuk sign contract secara digital. Lepas semua dah siap, korang boleh submit dan tunggu duit masuk terus ke bank.

Proses pinjaman ni biasanya ambil masa 1 hari bekerja, normal dalam 1 – 2 jam je dah masuk tanpa notification.

Korang kena check bank secara manual, sebab diorang biasanya masuk lebih awal dari notification Shopee. Tapi kalau korang apply pada hari cuti dia akan jadi lambat, sebab nak kena tunggu pada hari bekerja jugak untuk diorang proses.

Ini yang akan terjadi kalau korang tak bayar

Korang akan dikenakan caj lewat kerana lambat membayar.

Pihak Sloan juga akan menghubungi korang untuk ingatkan pembayaran secara friendly. Tapi kalau korang masih lagi tak bayar dan masih tertunggak sehingga sebulan dua, akaun Sloan korang mungkin akan di ban buat selamanya.

Bukan setakat ban, nama korang juga akan disenaraikan dalam CTOS dengan jumlah tunggakan yang korang tak bayar. Ini akan susah korang untuk apply servis yang lain dimasa akan datang.

Kalau korang masih lagi berdegil dan tak nak settlekan tunggakan yang ada dalam CTOS, perkara ni akan dibawa ke mahkamah. Simple.

Jangan risau tentang ugutan, simbah cat dan sebagainya kerana SEA MONEY CAPITAL bukan ahlong dan berada dibawah KPKT. Jadi diorang hanya kutip hutang mengikut undang undang yang dah ditetapkan sahaja.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial