Pinjaman peribadi adalah salah satu cara mudah untuk dapatkan dana bila korang perlukan bantuan kewangan, tapi hati-hati! Ada banyak sindiket penipuan yang cuba ambil kesempatan dengan tawaran pinjaman peribadi yang nampak menarik.
Mereka pandai guna taktik untuk kelirukan korang dengan tawaran yang kononnya mudah dan cepat diluluskan. Jadi, macam mana nak bezakan mana satu pinjaman yang sah dan mana yang penipuan? Kami akan explain tanda-tanda utama supaya korang tak terjebak.
Website tak jelas dan masih baru
Tanda paling obvious korang boleh tengok ialah website mereka sendiri. Website syarikat yang sah mesti nampak profesional, terurus, dan mudah untuk korang cari maklumat. Kalau website tu nampak tak siap, banyak link yang tak berfungsi, atau nampak baru sangat (contohnya domain baru beli beberapa bulan lepas), ini tanda korang kena berhati-hati.
Website baru tapi tawarkan pinjaman besar
Selalunya, penipu akan guna website yang baru je wujud. Kalau korang semak domain website tu (boleh guna tools online), korang mungkin akan perasan yang website tu baru je didaftarkan dalam beberapa bulan lepas. Syarikat pinjaman yang legit selalunya dah lama wujud dan website mereka dah established bertahun-tahun. Website baru dengan tawaran pinjaman besar dan syarat yang longgar ni selalunya tipu.
Tak ada pejabat fizikal
Syarikat yang sah akan ada alamat pejabat fizikal yang korang boleh semak. Tapi penipu ni, kalau ada pun alamat yang diorang bagi, korang mungkin tak akan jumpa pejabat yang betul-betul wujud. Kadang-kadang, alamat tu sekadar alamat kotak pos atau bangunan yang tak ada kaitan dengan mereka. Jangan sesekali percaya pada syarikat yang tak ada pejabat atau alamat yang pelik.

Tak berdaftar dengan KPKT
Setiap syarikat pinjaman peribadi yang sah di Malaysia mesti berdaftar dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Ini salah satu cara paling mudah untuk check sama ada syarikat tu legit atau tak. Korang boleh semak di laman web KPKT untuk tengok senarai pemberi pinjaman berlesen.
Kalau nama syarikat tu tak ada dalam senarai KPKT, itu tanda besar dia penipu. Banyak kes yang terjadi di mana syarikat pinjaman palsu guna nama yang hampir sama dengan syarikat legit untuk kelirukan korang. Jadi, pastikan korang semak betul-betul lesen dan pendaftaran mereka dengan KPKT sebelum buat keputusan.
Tak ada Google Ads identity verification
Syarikat yang sah dan aktif menggunakan Google Ads biasanya dah menjalani proses Google Ads identity verification. Ini adalah salah satu cara Google nak pastikan yang syarikat tu wujud secara sah dan beroperasi dengan identiti yang betul.
Penipu jarang guna Google Ads
Penipu biasanya jarang nak guna Google Ads sebab mereka tak akan lepas syarat ketat untuk verification. Tapi masih ada lagi yang guna. So korang boleh tengok verification Google Ads. Setiap iklan yang korang nampak, korang boleh check di 3 titik sebelah kanan iklan tu. Biasanya Google akan bagi tahu syarikat ni dah melalui verification atau tak. Kalau belum, korang patut ragu sebelum nak buat pinjaman dekat situ.
Review tak sah atau tak ada langsung
Review daripada pelanggan sebenar adalah satu cara yang baik untuk ukur kredibiliti syarikat. Tapi, penipu biasanya tak ada review yang sah, atau kalau ada pun, review tu nampak sangat mencurigakan.
Review palsu dan terlalu positif
Kadang-kadang korang akan jumpa review yang terlalu baik, semua orang kata pinjaman tu “diluluskan dalam masa 5 minit” atau “tak ada masalah langsung”. Ini biasanya review palsu yang dibuat oleh penipu sendiri untuk tarik perhatian korang.
- Kualiti review – Review yang baik biasanya seimbang, ada yang positif dan ada yang beri feedback tentang kelemahan. Kalau korang jumpa banyak review yang tak masuk akal, itu tanda korang kena berjaga-jaga.
- Tak ada review langsung – Kalau korang tak boleh jumpa apa-apa review tentang syarikat tu bila korang cari online, itu lagi satu tanda dia penipu. Syarikat legit mesti ada je review dari pengguna sebelum ni.
Syarat pinjaman terlalu longgar
Syarikat pinjaman yang sah mesti akan minta korang lengkapkan beberapa dokumen penting seperti slip gaji, penyata bank, dan salinan IC. Proses ni penting sebab syarikat nak verify yang korang mampu bayar balik pinjaman tu. Kalau syarikat tu tak minta apa-apa dokumen, atau tawarkan pinjaman tanpa syarat yang ketat, korang patut berhati-hati.
Tawaran yang terlalu mudah
Penipu suka buat iklan dengan ayat macam ni:
- “Tak perlu slip gaji!”
- “Lulus dalam masa 10 minit!”
- “Tak perlu guarantor!”
Syarat-syarat ni terlalu mudah untuk pinjaman sah, sebab pinjaman sah mesti ada proses semakan kewangan yang ketat. Penipu tau yang orang terdesak akan tertarik dengan syarat yang longgar, jadi diorang guna peluang tu untuk minta bayaran pendahuluan lepas korang apply.
Minta bayaran pendahuluan
Ini tanda paling besar yang korang kena hati-hati – syarikat yang minta bayaran pendahuluan sebelum pinjaman diluluskan. Penipu akan bagi macam-macam alasan untuk korang bayar dulu, contohnya:
- Caj pemprosesan
- Bayaran guaman
- Deposit keselamatan
Syarikat pinjaman yang sah tak akan minta korang bayar apa-apa sebelum pinjaman diluluskan dan korang terima duit dalam akaun. Kalau ada syarikat yang minta bayaran upfront, itu memang scam, dan korang patut elak serta-merta.
Blacklist syarikat dalam database penipu
Ramai yang tak tahu yang ada database yang kumpulkan nama-nama syarikat pinjaman yang pernah blacklist kerana terlibat dalam penipuan. Korang boleh buat sedikit research di forum kewangan atau laman web anti-penipuan untuk semak sama ada nama syarikat tu pernah disenaraikan.
Kenapa penting semak blacklist
Penipu biasanya tak akan beroperasi lama di satu platform. Lepas satu website atau syarikat mereka didapati menipu, mereka akan guna nama baru dan teruskan operasi. Jadi, semak database blacklist boleh bantu korang elak dari terkena syarikat yang sama berulang kali.
Boleh clearkan CTOS, CCRIS, atau blacklist? Hati-hati!
Salah satu ayat yang paling popular dalam iklan pinjaman peribadi penipu ialah janji untuk clearkan rekod CTOS, CCRIS, atau blacklist korang. Benda ni memang menarik perhatian ramai orang, terutamanya yang ada masalah kewangan atau dah disenaraihitamkan oleh bank. Tapi, korang kena faham – tak ada syarikat pinjaman yang sah yang boleh janjikan benda ni dengan mudah.
Penipu guna masalah kewangan korang sebagai senjata
Penipu faham yang ramai orang terdesak sebab dah tak dapat buat pinjaman dari bank sebab ada rekod dalam CTOS atau CCRIS. Jadi diorang guna janji manis ni untuk perangkap korang. Tapi realitinya, rekod CTOS atau CCRIS hanya boleh diubah oleh pihak berkuasa kewangan yang sah, bukan oleh syarikat pinjaman biasa.
- Clearkan CTOS atau CCRIS tanpa sebarang tindakan sah adalah penipuan.
- Kalau ada syarikat yang kata boleh selesaikan semua hutang dan bersihkan nama korang dalam masa yang singkat, korang patut syak yang itu memang tipu.
Mendesak dan buat korang rasa tertekan
Tanda lain yang selalu korang akan nampak ialah bila syarikat tu mula mendesak korang untuk buat keputusan dengan cepat. Penipu akan guna pelbagai cara untuk buat korang rasa tertekan, supaya korang tak sempat nak fikir panjang atau semak syarikat tu dengan betul.
Cara mereka buat korang tertekan:
- Tawaran terhad – Penipu suka guna ayat macam “Tawaran ni hanya sah hari ni je!” atau “Korang kena buat keputusan dalam masa 24 jam kalau nak pinjaman lulus.” Ini adalah taktik untuk paksa korang buat keputusan cepat tanpa betul-betul semak.
- Telefon atau mesej bertubi-tubi – Kadang-kadang penipu akan call atau mesej korang tanpa henti, tanya bila nak buat bayaran atau bila nak hantar dokumen. Diorang tak akan bagi korang ruang untuk tenang dan fikir dengan jelas.
- Janji kelulusan cepat – Syarikat legit tak akan janji lulus dalam masa yang singkat tanpa semak dokumen korang. Kalau korang rasa diorang terlalu pushy dan janji semua benda lulus dalam masa beberapa jam, itu tanda besar penipuan.
Minta maklumat berlebihan yang tak patut korang beri
Satu lagi tanda bahaya yang korang kena perhatikan ialah bila syarikat tu minta maklumat peribadi berlebihan yang tak relevan dengan proses pinjaman. Syarikat yang sah biasanya akan minta dokumen seperti slip gaji, penyata bank, dan IC korang, tapi penipu ni suka minta lebih daripada tu.
Maklumat yang tak patut diminta:
- Nombor akaun bank korang sebelum pinjaman diluluskan. Biasanya syarikat hanya perlukan nombor akaun selepas pinjaman diluluskan untuk transfer duit.
- Butiran kad kredit – Ini memang tak patut sebab pinjaman peribadi tak ada kena-mengena dengan kad kredit korang. Kalau ada syarikat yang minta detail kad kredit, korang patut terus elak.
- Maklumat keluarga atau rakan-rakan – Penipu mungkin akan minta maklumat tentang keluarga atau kawan-kawan korang, kononnya untuk jadi guarantor. Ini cuma alasan untuk dapatkan lebih banyak maklumat peribadi korang, dan mungkin diorang akan guna untuk ugut korang atau buat lebih banyak penipuan.
- Gambar-gambar peribadi yang tak relevan – Kalau syarikat tu minta gambar korang yang nampak pelik atau tak ada kaitan langsung dengan proses pinjaman, ini tanda besar yang dia menipu.
Tak ada dokumen perjanjian yang jelas
Sebelum korang ambil apa-apa pinjaman, syarikat yang sah akan bagi dokumen perjanjian yang lengkap. Dalam dokumen ni, korang boleh tengok semua terma dan syarat pinjaman, termasuk kadar faedah, jumlah bayaran balik bulanan, dan tempoh pinjaman.
Apa yang penipu buat:
- Tak ada dokumen yang jelas – Penipu selalunya tak akan bagi dokumen yang lengkap atau kontrak rasmi. Kalau ada pun, dokumen tu mungkin nampak tak professional, ada banyak kesalahan ejaan, atau tak ada tanda tangan yang sah.
- Suruh tandatangan cepat – Kalau ada syarikat yang paksa korang tandatangan dokumen tanpa bagi masa untuk baca dan faham, korang patut rasa syak. Syarikat legit akan bagi masa yang cukup untuk korang semak dan fahami setiap terma dalam dokumen perjanjian.
Guna WhatsApp tapi tak ada gambar atau info yang menyakinkan
Ramai penipu pinjaman peribadi suka berurusan melalui WhatsApp, tapi bila korang cuba semak profile mereka, korang akan nampak tanda-tanda yang mencurigakan.
Tanda-tanda WhatsApp tak meyakinkan:
- Tak ada gambar profile yang sah – Kalau profile picture tu nampak pelik, kabur, atau tak relevan, itu tanda korang kena berhati-hati. Biasanya, penipu akan guna gambar generik atau gambar palsu supaya identiti sebenar diorang tak terdedah.
- Tiada maklumat lengkap – Bila korang buka profile WhatsApp syarikat pinjaman yang legit, biasanya akan ada info lengkap seperti nama syarikat, nombor lesen, dan alamat pejabat. Kalau profile tu kosong atau hanya ada nombor telefon, korang patut berhati-hati.
- Respon automatik atau copy-paste – Penipu suka guna skrip yang sama untuk semua orang. Kalau korang tanya soalan dan diorang jawab dengan ayat yang terlalu formal, tak berkaitan, atau nampak macam copy-paste, itu tanda besar yang korang berurusan dengan scammer.
Kesimpulan: Elakkan daripada terperangkap dalam penipuan pinjaman peribadi
Penipuan pinjaman peribadi makin berleluasa di Malaysia, dan sindiket ni semakin licik guna pelbagai taktik untuk perangkap korang. Dari website yang tak jelas, janji manis untuk clearkan CTOS, hinggalah ke maklumat berlebihan yang tak relevan, korang kena sentiasa berhati-hati sebelum buat sebarang keputusan.
Ingat, syarikat pinjaman yang sah mesti ada lesen KPKT, website yang professional, review yang real, dan dokumen yang jelas. Jangan mudah terperangkap dengan tawaran yang nampak terlalu baik, sebab realitinya, syarat pinjaman peribadi yang legit tak pernah mudah seperti yang penipu cuba gambarkan.
Jadi, buat research korang dengan teliti, semak semua maklumat yang diberikan, dan jangan sesekali bagi maklumat peribadi yang berlebihan. Bila korang ragu-ragu, lebih baik elakkan daripada ambil risiko yang tak berbaloi.
Adakah artikel ini membantu?