Kalau korang tengah fikir nak buat website, korang memang patut consider guna WordPress. Platform Wordpress ni memang famous gila sebab terlalu banyak sangat feature yang power dan fleksibel. Kalau korang tak guna Wordpress korang memang rugi gila. Jadi, jom kita tengok kenapa korang kena pilih WordPress.

1. Mudah gila nak guna

WordPress ni user-friendly. Korang tak perlu jadi expert coding pun boleh handle. Nak upload gambar, buat post, atau update content, semua senang sebab dia ada interface yang straight to the point. Yela, Wordpress ni memang dijadikan sebagai Content Management System. So mudah nak handle content korang sendiri.

2. Ada banyak pilihan theme

WordPress ada terlalu banyak ribuan theme percuma dan paid version. Korang boleh pilih theme ikut niche website korang – dari blog personal sampai e-commerce. Kalau nak theme yang premium, ada banyak pilihan yang lagi cantik dan professional. Sekarang dah ada banyak choice.

3. Customize ikut suka hati

Paling best pasal Wordpress ni, korang boleh modify design dan function website ikut kehendak korang sendiri. Kiranya sesuai sangat nak customize kalau korang ni seorang programmer. Advanced user yang nak kan something unik. Tapi kalau korang bukan programmer pun, korang still boleh customize macam tukar layout, warna, atau tambah plugin? Semua boleh dengan WordPress.

4. Banyak plugin power

Dengan lebih 55,000 plugin dalam WordPress, korang boleh tambah apa-apa feature yang korang nak. Feature apa je yang tak ada? Nak SEO tools, form builder, atau security plugin, semua ada. Tak perlu nak hire developer mahal-mahal. Semuanya dengan sekali setup, complete siap.

40 sebab kenapa korang kena buat website guna WordPress
Credit to Wordpress

5. Sangat SEO-friendly

WordPress dengan Google ni memang kawan baik. Code dia clean, loading laju, dan ada banyak plugin SEO macam Yoast SEO atau Rank Math yang boleh bantu website korang naikkan ranking melalui carian Google. Kalau korang guna Wordpress, memang peluang untuk korang rank dalam Google tu cerah.

6. Mobile-friendly

Website WordPress automatik responsive, maksudnya dia cantik dan function elok kalau buka kat phone atau tablet. Korang tak perlu risau orang yang guna devices berbeza.

7. Open-source dan percuma

WordPress ni open-source dan percuma, so korang tak perlu bayar CMS yang mahal-mahal untuk buat content. Korang cuma perlu bayar hosting dan domain je. Yang lain korang urus sendiri. Simple.

8. Senang nak buat e-commerce

Kalau korang nak buat online store, WordPress ada banyak plugin macam WooCommerce yang memang dah power untuk e-commerce. Korang boleh jual produk, urus payment gateway, dan manage inventory dengan senang.

9. Komuniti support yang besar

WordPress ada komuniti global yang aktif gila. Mana mana platform pun ada community Wordpress. Dekat facebook ada, dekat Twitter ada, dekat Reddit, Quora dan macam macam lagi. Kalau korang ada masalah, korang tanya je kat platform ni semua, confirm ramai yang akan bagi jawapan untuk tolong korang.

10. Sesuai untuk semua jenis website

WordPress bukan je untuk blog semata mata, tapi sesuai untuk semua jenis website – corporate, portfolio, membership site, atau landing page. Dia memang all-rounder. Tinggal nak setup je.

11. Senang nak scale

Kalau korang start dari kecik dan nak upgrade memang tak ada masalah untuk korang buat dengan WordPress. Korang boleh tambah feature, page, atau kapasiti server bila trafik website makin banyak.

12. Sentiasa update dan secure

WordPress selalu update platform dia supaya lebih secure dan compatible dengan teknologi baru. Dengan plugin security yang betul, korang boleh elakkan serangan hackers atau malware.

13. Boleh integrate dengan tools lain

WordPress boleh connect dengan banyak third-party tools macam Mailchimp, Google Analytics, atau CRM software. Terlalu banyak sistem yang support Wordpress ni. Senang gila kalau korang nak buat marketing atau track performance website.

14. Content management terbaik

WordPress ni sebenarnya CMS (Content Management System). So, dia memang power untuk uruskan content korang dengan mudah. Nak schedule post, manage kategori, atau buat backup, semua smooth je.

15. Banyak peluang jana income

Dengan WordPress, korang ada banyak cara untuk buat duit – ads, affiliate marketing, jual produk, atau buat servis. Platform ni fleksibel untuk korang explore banyak peluang.

16. Sesuai untuk kerja team

Kalau korang ada team yang handle website, WordPress ada feature untuk assign roles. Contohnya, korang boleh bagi editor access untuk orang yang buat content, dan admin access untuk korang yang manage semuanya. Tak perlu risau ada orang tersalah ubah setting penting.

17. Data korang sepenuhnya milik korang

Berbeza dengan platform lain macam Wix atau Squarespace, semua data yang korang upload kat WordPress adalah milik korang. Kalau korang nak tukar hosting atau backup semua data, tak ada masalah langsung.

18. Banyak tutorial dan panduan online

Kalau korang stuck atau tak tahu nak mula, ribuan tutorial dalam bentuk artikel, video, dan blog post sedia untuk korang explore. Dari basic sampai advanced, semua info ada. Korang cuma perlu rajin belajar je.

19. Boleh buat multilingual website

Nak buat website dalam dua bahasa atau lebih? WordPress ada plugin macam WPML atau Polylang yang bantu korang manage content multilingual. Memang sesuai kalau korang nak tarik audience antarabangsa.

40 sebab kenapa korang kena buat website guna WordPress
Credit to Wordpress

20. Support pelbagai media

WordPress bukan sekadar text. Korang boleh upload gambar, video, audio, dan dokumen tanpa masalah. Malah, korang boleh embed media dari platform lain macam YouTube, Instagram, dan Spotify dengan mudah.

21. Tak ada lock-in system

WordPress ni bebas. Kalau korang tak puas hati dengan hosting, tema, atau plugin tertentu, korang boleh tukar bila-bila masa tanpa ada masalah compatibility. Semua benda boleh migrate dengan senang.

22. Boleh buat membership site

Kalau korang plan nak buat website berbayar atau ada content eksklusif untuk ahli, WordPress ada plugin macam MemberPress yang power untuk manage keahlian dan pembayaran.

23. Loading website memang speed

Dengan hosting yang betul dan plugin optimization macam WP Rocket, korang boleh buat website WordPress load dengan sangat laju. So korang boleh tambah apa apa feature yang korang nak tanpa perlu risau performance slow. Performance ni penting untuk user experience dan SEO.

24. Boleh guna untuk blog dan business sekali

Kalau korang ada business tapi nak tambah blog untuk tarik trafik, WordPress adalah gabungan terbaik. Korang boleh manage blog dan business dalam satu platform je.

25. Banyak design yang menarik

Website WordPress tak pernah nampak boring. Dengan tema dan builder macam Elementor, korang boleh buat design yang cantik gila tanpa pening kepala.

26. Ramai developer yang familiar

Kalau korang nak hire developer untuk custom feature atau troubleshoot masalah, senang nak cari orang yang pandai WordPress. Kat mana mana pun ada. Sebab platform ni memang ramai expert worldwide.

27. Boleh automate banyak benda

Dengan plugin automation macam Zapier atau AutomatorWP, korang boleh simplify kerja manual. Contohnya, auto-update content, kirim email follow-up, atau sync data dengan apps lain.

28. Boleh digunakan untuk projek jangka panjang

WordPress ni scalable dan reliable. Kalau korang ada visi besar untuk website korang, platform ni memang mampu bertahan lama tanpa perlu migrate ke platform lain.

29. Banyak pilihan harga untuk hosting

WordPress boleh run dari hosting murah sampai ke hosting premium yang power gila. Korang boleh pilih ikut bajet dan keperluan korang.

30. Integrasi dengan AI dan teknologi terkini

Sekarang ni, banyak plugin WordPress yang dah integrate dengan teknologi AI. Contohnya, korang boleh guna AI untuk buat content, suggest keywords, atau optimize gambar. Teknologi ni boleh bantu kerja korang jadi lebih efisien.

31. Senang nak buat landing page

Kalau korang nak buat landing page untuk promote produk atau servis, WordPress ada banyak page builder macam Elementor, Divi, atau Beaver Builder. Korang boleh buat design yang catchy dan convert visitor jadi customer dengan mudah.

32. Community event macam WordCamp

WordPress bukan sekadar platform, tapi dia ada event macam WordCamp – satu conference khas untuk pengguna dan developer WordPress. Event ni tempat terbaik untuk korang belajar benda baru, networking, dan dapatkan inspirasi untuk website korang.

33. Sesuai untuk buat portfolio

Kalau korang seorang freelancer atau creative, WordPress memang pilihan ideal untuk buat portfolio. Ada banyak tema khas untuk tunjukkan hasil kerja korang dengan design yang clean dan professional.

34. Data analytics yang lengkap

WordPress boleh integrate dengan Google Analytics atau plugin analytics lain untuk track performance website korang. Korang boleh tahu dari mana datang trafik, page mana yang popular, dan macam mana nak improve.

35. Flexible untuk iklan dan monetization

Kalau korang plan nak jana income dari iklan, WordPress support banyak platform macam Google AdSense, Mediavine, atau affiliate networks. Korang boleh manage semua ni dengan plugin atau coding sikit je.

36. Boleh buat forum atau community site

WordPress boleh jadi platform untuk buat forum atau community site dengan plugin macam bbPress atau BuddyPress. Sesuai kalau korang nak wujudkan komuniti untuk niche tertentu.

37. Local hosting pun power

Di Malaysia, banyak hosting provider yang optimize untuk WordPress. Contohnya, Exabytes, ServerFreak, dan Shinjiru. Hosting ni bagi performance yang laju dan support dalam bahasa kita, senang nak deal.

40 sebab kenapa korang kena buat website guna WordPress
Credit to Wordpress

38. Boleh buat website untuk NGO atau charity

WordPress memang sesuai untuk korang build satu organisasi non-profit sebab dia ada plugin macam GiveWP yang memudahkan korang uruskan derma, manage keahlian, dan promote aktiviti charity korang.

39. Selalu jadi pilihan syarikat besar

Walaupun korang fikir WordPress ni untuk beginner, sebenarnya syarikat besar macam Sony, Disney, dan New York Times pun guna platform ni. Ini bukti WordPress memang cukup reliable dan versatile.

40. Lifetime learning opportunities

Dengan WordPress, korang akan terus belajar benda baru sebab platform ni sentiasa evolve. Setiap update bawa feature baru, dan korang boleh expand skill korang dalam banyak bidang – design, SEO, coding, atau marketing.

WordPress bukan sekadar platform, tapi dia macam satu dunia digital yang bagi korang kebebasan dan kuasa untuk buat apa saja yang korang impikan. Tak kisahlah korang beginner atau pro, WordPress akan sentiasa jadi pilihan nombor satu untuk bina website yang power.