Apa itu ChatGPT?
ChatGPT adalah teknologi AI dari OpenAI yang mana korang boleh guna ChatGPT ni untuk macam-macam kerja—dari dapatkan info semasa, sampai brainstorm idea kreatif. Dalam bahasa mudah, dia macam “teman sembang” yang sangat bijak.
Bila korang tanya apa-apa, dia akan jawab dengan respons yang natural, tak kira topik ringan atau berat. ChatGPT ialah text-based, jadi semua interaction antara korang dengan ChatGPT adalah dalam bentuk tulisan je—tapi cara dia layan sembang memang smooth, seolah-olah korang bersembang dengan kawan korang yang betul padahal ChatGPT ni cuma AI je.
Teknologi di sebalik ChatGPT
ChatGPT menggunakan teknologi Generative Pre-trained Transformer iaitu satu model pemprosesan bahasa yang sangat sangat mantap. Dengan teknologi ni, ChatGPT boleh jawab soalan korang dengan tepat dan natural. Contohnya, kalau korang tanya soalan yang simple atau korang nak buat research ringan, ChatGPT akan jawab terus dengan format yang jelas dan senang untuk korang nak faham.
Tapi, kalau korang nak bincang pasal benda yang lebih kompleks, ChatGPT masih boleh handle dengan baik tapi tak semua benda kompleks yang AI ni boleh handle. Korang masih perlukan model tertentu untuk sesuaikan dengan kerja korang.

Berapa harga ChatGPT?
Kalau korang nak guna ChatGPT ni secara maximum, OpenAI ada plan yang dipanggil sebagai ChatGPT Plus. Harga dia cuma USD20 sebulan—kalau korang convert dalam Ringgit Malaysia, lebih kurang dalam RM93 hingga RM97 ikut rate semasa. ChatGPT ni memang ada version percuma yang korang boleh cuba, tapi versi Plus ni bagi kelebihan yang lebih terutama dari segi performance dan model AI yang digunakan.
Beza antara versi Free dan Plus
Dalam versi Free, korang akan guna model GPT-3.5 (Sekarang GPT 4 mini) yang dah cukup bagus untuk korang tanya benda benda yang simple. Benda ni sama macam Google, tapi statement yang dikeluarkan tu boleh jadi salah. Tapi kalau korang upgrade ke Plus, korang dapat access ke model yang lebih advanced iaitu GPT-4 yang lebih laju dan lebih tepat. Model GPT-4 ni memang sesuai untuk korang buat kerja yang lebih heavy dan complicated contohnya macam programming, mathematic dan sebagainya.
Subscribe | USD | RM | Access |
---|---|---|---|
Free | RM0 | RM0 | GPT-3.5 |
Plus | USD20 | RM93 – RM97 | GPT-4 |
Jenis model ChatGPT
OpenAI ada develop beberapa model ChatGPT yang boleh korang pilih ikut keperluan—dari versi free sampai ke yang paling advanced untuk kegunaan professional. Setiap model ada keunikan dan kekuatan masing-masing, dan makin tinggi tahap model tu, makin power, tepat, dan versatile dia. Jom go through satu per satu untuk korang betul-betul faham model mana yang sesuai ikut keperluan korang.
Gpt-3.5 (free version, sekarang dah upgrade kepada gpt-4 mini)
GPT-3.5 ni model free asal yang korang boleh guna tanpa perlu subscribe. Model ni sesuai untuk kegunaan harian macam nak cari info, buat assignment ringan, atau just sembang-sembang. GPT-3.5 boleh bagi jawapan yang cepat untuk soalan yang straightforward, tapi ada sedikit limit dari segi ketepatan untuk soalan yang lebih mendalam atau complex.
Sekarang, GPT-3.5 ni dah ditukar kepada GPT-4 mini sebagai versi percuma yang lebih upgrade. GPT-4 mini ni lebih bijak dan pantas berbanding GPT-3.5, jadi korang akan perasan ada banyak improvement pada cara dia bagi jawapan. Walaupun dia masih dalam kategori free, GPT-4 mini ni dah lebih “mature” dalam cara dia faham soalan.
Gpt-4 mini (free version, pengganti kepada gpt-3.5)
GPT-4 mini adalah pengganti untuk GPT-3.5 yang dah di-upgrade, jadi kalau korang guna free version sekarang, ini model yang korang akan dapat. GPT-4 mini lebih bijak dalam faham konteks dan lebih pantas dari GPT-3.5. Walaupun dia tak sekuat GPT-4 penuh, GPT-4 mini cukup power untuk tackle banyak task dengan lebih baik dari free version sebelum ni.
- Improved understanding: GPT-4 mini lebih tepat dalam memahami soalan yang ada banyak lapisan, so jawapan dia lagi padat.
- Upgraded performance: Kelajuan dan ketepatan dia memang improve berbanding GPT-3.5, especially bila peak hours.
- Sesuai untuk: Penggunaan harian, macam buat research ringan, cari info yang straightforward, atau assignment yang tak memerlukan detail mendalam.
Gpt-4 (advanced – perlu subscribe Chatgpt Plus)
Kalau korang nak experience yang lebih mantap, korang kena subscribe ChatGPT Plus (USD20 sebulan) untuk dapatkan akses ke model GPT-4. GPT-4 ni adalah model yang jauh lebih advanced dan sangat sesuai untuk korang yang buat kerja heavy macam research mendalam, analisis data, atau projek yang memerlukan ketepatan tinggi. Jawapan yang dia bagi lebih tepat dan logical, serta mampu handle soalan yang lebih complex dan panjang.
- Kualiti jawapan yang mendalam: Jawapan GPT-4 lebih logical dan sesuai untuk soalan-soalan yang complex, seperti projek analisis atau data heavy.
- Performance yang stabil: GPT-4 mampu bagi jawapan dengan kelajuan yang konsisten walaupun dalam waktu sibuk.
- Sesuai untuk: Professional work, research yang memerlukan analisis, projek besar, atau tugas yang perlu ketepatan dan kefahaman tinggi.
Gpt-4o – model lebih advanced untuk tugas besar
GPT-4o ialah upgrade kepada GPT-4 dan lebih power dalam menjawab soalan yang lebih kompleks atau tugas yang memerlukan analisis yang deep. Model ni ada lebih banyak kemampuan dalam memahami konteks yang berlapis, jadi kalau korang buat kerja-kerja berat macam analisis data besar atau projek yang melibatkan banyak aspek, GPT-4o ni memang sesuai.
- Enhanced logic: GPT-4o bijak dalam analyze soalan yang complex, dan boleh bagi jawapan yang lebih comprehensive.
- Sesuai untuk heavy tasks: GPT-4o memang laju dan sesuai untuk task yang memerlukan pemprosesan data yang besar atau multi-layered.
- Sesuai untuk: Heavy research, projek besar, analisis data yang sangat mendalam, dan task yang perlukan ketepatan tinggi serta jawapan yang banyak detail.

Gpt-o1 mini – versi advanced tapi skala mini
GPT-o1 mini ni ialah versi advanced dalam kategori yang lebih kecil, jadi dia masih power tapi tak seberat GPT-o1. Walaupun GPT-o1 mini ni dah cukup bijak dan versatile untuk handle soalan yang perlukan ketepatan dan detail. Kalau korang buat task yang lebih spesifik tapi tak terlalu berat, GPT-o1 mini ni sesuai sebab dia combine keupayaan advanced dengan kelajuan yang smooth.
- Faham konteks yang mendalam: Model ni boleh analyze soalan dengan lebih teliti, walaupun dalam skala yang lebih kecil.
- Versatile dan cepat: Performance dia smooth dan sesuai untuk projek kecil atau task yang perlukan ketepatan tapi tak perlu keupayaan full scale.
- Ideal untuk: Kerja spesifik yang tak terlalu heavy, macam laporan analisis, review dokumen penting, atau projek skala kecil dengan fokus tinggi.
Gpt-o1 preview – model paling advanced dengan “kemampuan berfikir”
GPT-o1 preview ni model paling power yang OpenAI sediakan sekarang, dan model ni unik sebab dia “berfikir” dulu sebelum bagi jawapan. Maksudnya, dia akan analyze soalan korang dengan lebih mendalam, so jawapan yang dia bagi biasanya sangat tepat dan logical, ideal untuk korang yang buat kerja yang sangat kritikal atau memerlukan analisis tinggi.
- Kemampuan analisis bijak: GPT-o1 preview boleh pertimbangkan pelbagai aspek dalam soalan sebelum bagi jawapan, jadi dia sesuai untuk soalan multi-dimensi atau yang memerlukan pemikiran yang lebih mendalam.
- Jawapan yang sangat tepat: Model ni direka untuk elakkan kesilapan dan bagi jawapan yang logical dan teliti, especially untuk high-stakes project.
- Sesuai untuk: Projek besar, analisis data yang sangat mendalam, atau soalan yang memerlukan ketepatan maksimum dan keupayaan untuk memahami banyak angle.
Korang boleh pilih model ni ikut keperluan dan kesesuaian kerja—kalau nak basic boleh try GPT-4 mini, tapi kalau korang buat projek besar dan complex, korang memang perlu upgrade ke ChatGPT Plus untuk access model GPT-4 atau GPT-o1 preview. Berbaloi kalau kena dengan kerja korang.
Kegunaan ChatGPT dalam kerja
ChatGPT ni sebenarnya all-in-one tool yang memang power untuk korang manfaatkan dalam kerja harian atau untuk urusan personal. Jom tengok beberapa kegunaan utama dia:
Buat research dan buat assignment
Kalau korang pelajar atau kena buat research untuk kerja, ChatGPT boleh jadi “teammate” korang yang sangat helpful. Antara cara dia boleh bantu:
- Cari maklumat cepat: Tak perlu korang scroll satu-satu artikel; korang boleh terus tanya ChatGPT apa yang korang nak tahu, dan dia akan summarize benda tu secara cepat dan tepat.
- Bagi idea untuk topik: Kadang-kadang otak kita blank tak tahu nak mula dari mana, kan? ChatGPT boleh suggest topik yang sesuai, bagi idea points untuk cover, atau bagi contoh cara nak present info.
- Mudah untuk reference: ChatGPT boleh bagi korang outline research, background info, dan context yang lebih luas kalau korang perlukan untuk assignment yang lebih detail.
Boleh tulis content & copywriting
Untuk korang yang kerja dalam bidang marketing, social media, atau content creation, ChatGPT memang super useful. Korang boleh jadikan dia sebagai content assistant korang sebab:
- Bantu buat draft: Korang boleh minta ChatGPT buatkan draft untuk artikel, blog post, social media caption, dan sebagainya. Kalau korang stuck dengan idea, dia boleh bagi outline penuh atau sekadar points penting.
- Suggest headline & tagline: Nak headline catchy atau tagline yang gempak? Cakap je konsep dia, dan ChatGPT boleh suggest headline yang relevan.
- Idea untuk copywriting: Kalau stuck nak buat ayat iklan yang menarik, ChatGPT boleh bagi idea fresh yang sesuai dengan target audience.
Code writing dan debugging
Yes, ChatGPT ni bukan je untuk writing, tapi dia boleh juga bantu korang yang involve dalam programming:
- Suggest coding syntax: Korang baru belajar coding? ChatGPT boleh explain syntax, structure, dan bagi contoh code dalam banyak bahasa programming.
- Fix bug: Kalau code korang ada error yang korang tak dapat detect, korang boleh copy paste error tu, dan ChatGPT boleh suggest solution.
- Optimize code: Dia boleh bantu korang improve code untuk jadikan ia lebih clean dan efficient.
Bantu dalam business planning
Untuk korang yang ada small business atau plan nak start business, ChatGPT boleh jadi virtual business advisor yang bagi korang idea dan strategi:
- Market research: Korang boleh tanya tentang trend terkini dalam industry, insights pasaran, dan even competitor analysis untuk business korang.
- Plan strategi marketing: ChatGPT boleh suggest cara promosi yang efektif, based on audience dan budget korang.
- Business idea generation: Kalau korang ada satu idea bisnes tapi tak tahu nak kembangkan macam mana, ChatGPT boleh bagi idea product atau service yang related.
Brainstorming & idea generation
Kalau kepala dah blur, ChatGPT boleh jadi tempat brainstorming. Cara dia bantu korang dapatkan idea:
- Suggest idea baru: Contohnya, kalau korang dalam bidang creative, korang boleh minta dia bagi idea based on target audience, event atau tema yang korang nak buat.
- Approach yang berbeza: Dia boleh bagi korang sudut pandang baru atau approach yang lain untuk idea yang sama.
- Planning project: Korang boleh minta dia breakdown project besar jadi tasks yang kecil, atau suggest milestone penting.
Terjemahan bahasa
Kalau kerja korang involve translation, ChatGPT pun boleh bantu korang terjemah secara kontekstual:
- Translate dengan tone yang sesuai: ChatGPT boleh translate dokumen ke dalam bahasa yang lebih sesuai dengan target audience, bukannya literal translation yang kaku.
- Adjust untuk audience: Kalau korang target audience formal atau casual, ChatGPT boleh adapt translation untuk tone yang lebih sesuai.
- Multi-language support: Korang boleh minta translation dalam lebih 50 bahasa, so korang boleh reach out ke international audience dengan lebih confident.
Personal assistant tasks
Selain untuk kerja, ChatGPT pun boleh jadi personal assistant dalam urusan harian:
- Set goal dan reminder: Korang boleh tanya tentang cara nak organize goal, tips productivity, dan reminder untuk capai target yang korang set.
- Buat senarai shopping atau plan itinerary: Nak plan perjalanan atau senarai shopping yang tak pening kepala? Korang boleh minta dia organize untuk korang ikut keperluan dan bajet.
- Health & fitness tips: ChatGPT boleh bagi tips kesihatan, cadangan workout, atau info diet yang simple dan praktikal.
Financial planning dan budgeting
Kalau korang nak lebih cekap uruskan kewangan, ChatGPT pun boleh bantu dengan tips-tips pengurusan kewangan dan idea budgeting:
- Bantu buat bajet bulanan: Korang boleh minta ChatGPT susun bajet ikut kategori, contohnya keperluan, kehendak, simpanan, dan pelaburan. Dia boleh guide korang buat bajet simple tapi efektif.
- Cadangan simpanan dan pelaburan: Kalau korang tengah plan untuk mula menyimpan atau melabur, ChatGPT boleh explain konsep-konsep macam ASB, saham, unit trust, dan ETF dengan cara mudah faham.
- Kawal perbelanjaan: ChatGPT boleh bantu korang buat list keperluan, bagi tips kurangkan perbelanjaan, atau suggest cara untuk track duit masuk dan keluar setiap bulan.
Menulis dan mengedit dokumen
Untuk korang yang kerja dalam bidang yang banyak tulis report, kertas kerja, atau dokumen penting, ChatGPT boleh jadi editor korang:
- Proofreading: Korang boleh copy paste teks korang, dan ChatGPT boleh bantu highlight kesalahan ejaan, grammar, atau struktur ayat.
- Improve gaya penulisan: Kalau nak tulis sesuatu yang lebih profesional atau sesuai untuk audience tertentu, ChatGPT boleh bantu adjust tone dan style penulisan.
- Ringkaskan teks panjang: Kalau korang ada teks yang panjang berjela, ChatGPT boleh ringkaskan ikut points penting sahaja, sesuai untuk summary atau laporan pendek.
Personal growth dan self-improvement
Selain dari kegunaan untuk kerja, ChatGPT ni pun boleh jadi panduan untuk self-improvement, bagi korang yang nak upgrade diri sendiri:
- Baca dan belajar: Korang boleh tanya apa saja, dari tips menguruskan masa, cara tingkatkan skill komunikasi, sampai ke idea untuk tingkatkan keyakinan diri.
- Buat plan untuk skill baru: Nak belajar main gitar? Belajar fotografi? ChatGPT boleh bantu buat plan pembelajaran untuk korang, lengkap dengan tips dan resources yang boleh explore.
- Motivasi dan self-reflection: ChatGPT boleh jadi tempat korang luahkan target atau concern korang, dan dia boleh bagi panduan atau idea untuk korang tingkatkan diri.
Bantuan perancangan perjalanan
Kalau korang suka travel, ChatGPT pun boleh jadi travel planner korang:
- Plan itinerary: ChatGPT boleh cadangkan tempat-tempat menarik untuk visit, idea untuk aktiviti, dan juga suggestion restoran berdasarkan lokasi.
- Tips perjalanan: Dia boleh bagi travel hacks, cara jimat duit masa travel, dan tips untuk perjalanan yang lebih selesa.
- Panduan destinasi: Nak tahu best spot kat sesebuah bandar atau country? Korang boleh tanya ChatGPT tentang info budaya, cuaca, bahasa, dan tips keselamatan di destinasi korang.
Aktiviti rekreasi dan hobi
Kalau korang nak explore atau tambah aktiviti masa lapang, ChatGPT boleh suggest macam-macam idea untuk korang cuba:
- Hobi kreatif: Dari DIY projek, melukis, baking, sampai ke tanam pokok, ChatGPT boleh suggest idea ikut minat korang.
- Sukan dan outdoor: Nak cuba hobi sukan? ChatGPT boleh bagi tips untuk hiking, camping, atau aktiviti outdoor lain, termasuk tempat yang best untuk explore.
- Bimbingan online learning: Kalau nak belajar sesuatu secara online, ChatGPT boleh suggest kursus atau tutorial, lengkap dengan tips untuk maintain disiplin belajar sendiri.
Dengan ChatGPT ni, korang bukan sekadar dapat assistant virtual tapi juga dapat rakan yang boleh support korang dalam pelbagai cara, tak kira untuk urusan kerja atau sekadar nak enrich kehidupan seharian. Memang versatile gila, kan?

Kelemahan ChatGPT yang korang perlu tahu
Walaupun ChatGPT ni power dan banyak kegunaan, dia tetap ada kelemahan yang korang kena sentiasa aware. Kadang-kadang dia boleh generate code atau statement yang kurang tepat, selalu bagi fakta yang salah, atau tulis ayat yang tak sesuai dengan konteks korang. Jom tengok beberapa kebodohan ChatGPT yang biasa:
Coding tak selalu tepat
ChatGPT ni memang boleh membantu korang dalam coding, tapi korang kena hati-hati sebab:
- Syntax yang salah: Walaupun dia bagi cadangan code, syntax tu kadang-kadang tak betul pun atau outdated. Kalau korang copy-paste bulat-bulat tanpa semak, mungkin korang akan jumpa error atau code tak jalan.
- Code logic yang lari: Kadang-kadang, logic code yang dia bagi tak make sense atau tak ikut best practice. Dia mungkin guna method yang lebih complex daripada yang perlu, atau langsung tak relevan dengan situasi sebenar.
- Limited untuk complex code: Kalau korang minta buat algorithm yang agak rumit atau melibatkan library yang jarang digunakan, ChatGPT mungkin tersangkut dan tak dapat bagi jawapan tepat.
Bahasa yang digunakan masih lagi baku
Walaupun ChatGPT boleh tulis dengan tone yang tak formal, kadang-kadang dia masih failed nak adjust cara cakap ikut style korang:
- Bahasa terlalu baku: Bila korang minta ayat yang casual atau slang, ChatGPT kadang-kadang masih tulis dalam gaya bahasa yang macam buku teks – tak sesuai dengan audience yang santai.
- Susah nak ikut gaya lokal: Contohnya kalau korang nak gaya cakap “serius”, ChatGPT kadang-kadang susah nak adjust atau tak tepat ikut slang atau gaya percakapan yang korang nak.
Fakta salah dan maklumat outdated
Antara kelemahan ketara ChatGPT adalah kadang-kadang dia bagi fakta yang salah atau maklumat yang tak update:
- Maklumat lama: Model dia tak update dengan berita terkini atau perkembangan terbaru. Kalau ada update baru dalam bidang teknologi, sains, atau apa-apa info lepas 2023, mungkin korang dapat jawapan yang outdated.
- Fakta tak tepat: Kadang-kadang ChatGPT ‘yakin’ dengan jawapan dia, tapi sebenarnya fakta tu salah atau kurang tepat. Korang kena double-check bila melibatkan info penting, terutama kalau korang guna untuk kerja rasmi atau keputusan besar.
- Overconfident: Dia boleh bagi jawapan yang penuh keyakinan, walaupun salah atau dia tak pasti. Jadi, tak boleh ambil bulat-bulat tanpa verify, sebab kadang-kadang dia buat assumption.
Susah faham konteks dan emosi
Walaupun ChatGPT boleh cuba faham konteks, dia tetap tak sehebat manusia dalam memahami perasaan atau konteks yang lebih kompleks:
- Tak peka dengan emosi: Kalau korang ada soalan atau statement yang penuh emosi, ChatGPT mungkin susah nak respon secara empati sebab dia tak ‘rasa’ emosi korang.
- Kadang tersasar dari topik: Dia kadang lari dari soalan asal atau terlalu fokus pada benda yang tak penting dalam jawapan dia. So, korang kena specific dan straight to the point bila tanya untuk dapat jawapan yang korang nak.
- Misinterpret soalan: Kalau soalan korang banyak makna atau multi-layered, ChatGPT mungkin misinterpret maksud korang, dan bagi jawapan yang langsung tak berkaitan.
Tak boleh buat keputusan sendiri atau ada common sense
Sebab ChatGPT hanya AI, dia tak ada common sense atau judgement yang manusia ada, so korang akan nampak kelemahan ni dalam situasi tertentu:
- Tak pandai buat keputusan: Dia boleh bagi idea dan pandangan, tapi dia tak boleh buat keputusan yang ‘masuk akal’ bila ada banyak faktor yang bertentangan.
- Susah nak prioritize: Bila ada banyak point dalam satu soalan, ChatGPT tak selalu tahu point mana yang paling penting, so dia akan bagi jawapan yang rata-rata je, tak fokus.
- Jawapan general je: Kalau korang tanya soalan yang perlukan pandangan yang specific atau solution yang custom, ChatGPT kadang-kadang bagi jawapan yang general dan kurang relevan.
Masalah dengan kreatif writing atau humor
Kalau korang minta dia buat ayat yang berunsur humor atau cerita yang sangat kreatif, kadang-kadang output dia agak hambar atau predictable:
- Humor yang cringey: Sebab dia tak ada sense of humor yang authentic macam manusia, joke dia kadang-kadang nampak kaku atau tak kena dengan budaya humor lokal.
- Cerita tak natural: Dalam writing kreatif, kadang-kadang cerita dia jadi terlalu straight dan predictable sebab dia tak ada imagination atau elemen surprise yang spontan.
- Puitis tapi kosong: Bila korang minta ayat puitis atau berjiwa, output dia kadang-kadang jadi ayat bombastic tapi tak mendalam atau beremosi.
Kemungkinan bias dan salah tafsir data
AI ni belajar dari data, so dia mungkin ada bias atau assumption yang korang perlu sedar:
- Terkesan dengan bias: Data yang dia guna mungkin ada bias yang boleh sebabkan dia bagi pandangan yang berat sebelah tanpa sedar.
- Salah interpret maksud tersirat: Kalau soalan korang ada maksud tersirat atau sarkastik, dia mungkin miss point tu dan bagi jawapan literal yang salah.
Secara keseluruhan, ChatGPT ni memang useful dan boleh bantu korang dalam banyak perkara, tapi dia bukannya sempurna. Dia ada kelemahan dan kekurangan yang korang kena selalu check dan betulkan kalau nak hasil yang lebih tepat dan reliable.
Kesimpulan
ChatGPT ni memang boleh dikira sebagai sidekick digital korang. Dengan pelbagai kegunaan dan cara nak apply, dia boleh bantu untuk macam-macam tujuan—tak kira untuk kerja, personal development, atau sekadar nak layan sembang santai.
Adakah artikel ini membantu?