Rakyat Malaysia berisiko untuk hilang pekerjaan menjelang tahun 2030

Rakyat Malaysia bakal kehilangan kerja menjelang tahun 2030. Persoalan disini, betul ke? Dalam bab ni ada dua pendapat dan tak semua orang akan sependapat.

Kalau korang rasa kerja korang ni sentiasa selamat, korang boleh teruskan. Tapi kalau korang rasa kerja korang dah tak berapa selamat atau mungkin bakal digantikan dengan teknologi AI, maka dah sampai masanya untuk korang buat something sebagai persediaan untuk menghadapi tahun tahun akan datang.

1. Teknologi dah semakin mengganas

Korang kena sedar yang zaman sekarang ni teknologi semakin canggih, contohnya macam teknologi kecerdasan buatan (AI) dan segala jenis teknologi yang bersifat automated, semuanya tengah berkembang pesat dan semakin meluas pada semua orang.

Banyak syarikat syarikat besar yang dah mula membuang banyak pekerja kerana hampir kesemuanya sudah dapat digantikan dengan teknologi AI. Semua ni berlaku sikit demi sikit dan hampir setiap masa ada news yang akan bagi tahu “syarikat telah membuang pekerja kerana sudah digantikan dengan AI.”

Industri-industri tradisional juga mungkin akan mengalami perubahan yang sangat besar dari segi operasi, dan akan menyebabkan beberapa pekerjaan akan menjadi outdated dan bakal digantikan dengan teknologi AI sepenuhnya.

Cuba korang tengok TOLL. Hampir kesemuanya dah pakai CARD dan EWALLET. Korang takkan berurusan dengan manusia lagi. So pekerja toll dah tak duduk di toll lagi. Hanya 1-2 orang je.

Cuba korang tengok McD pulak, majoriti semua boleh layan diri je. Korang boleh buat order sendiri dan bayar pun pakai CARD je. Tapi untuk McD ni still ada pekerja yang akan ambil order secara manual. Sebab benda ni masih baru kan.

Korang boleh tengok jugak pasaraya besar macam AEON, semua dah start layan diri sendiri. Korang boleh scan barang sendiri dan korang guna CARD je nak bayar. So korang tak payah beratur tunggu giliran. Semua buat sendiri. Cuma benda ni masih baru dan orang belum terbiasa.

Korang boleh nampak sendiri, yang teknologi sekarang ni dah mula gantikan manusia tu sikit demi sikit. Mungkin menjelang tahun 2030 ni mungkin tak ada lagi orang yang akan menjaga kaunter.

Apa pun, sekarang ni sikit sikit hampir kesemua syarikat dah mula gunakan teknologi AI dan automated system. Jauh lebih murah dari membayar manusia.

Credit to NEWSTO

2. Pendidikan dan kemahiran baru penting

Dengan berkembangnya teknologi AI, kemahiran baru mungkin akan menjadi penentu utama untuk korang kekal relevan dalam pekerjaan korang.

Peluang pekerjaan ni akan lebih banyak untuk korang yang mempunyai kemahiran dalam bidang bidang yang tak dapat digantikan dengan AI contohnya macam kerja yang melibatkan kreativiti seperti design, engineer, develop other AI dan more related. So, dah sampai masanya untuk korang upgrade skill ke peringkat yang lebih advanced.

Tapi kalau korang rasa yang AI ni takkan gantikan kerja korang, itu terpulang pada diri korang sendiri. Macam mana pun sentiasa siapkan payung sebelum hujan batu tiba.

Credit to Knowleseum

3. Perubahan dalam Industri

Semua Industri mungkin akan mengalami transformasi yang besar menjelang tahun 2030.

Perubahan gaya hidup, keperluan pasaran global, dan faktor-faktor lain boleh menyebabkan industri tertentu berkembang pesat manakala yang lain mungkin akan jadi merudum.

Korang perlu fleksibel dan bersedia untuk sesuaikan diri dengan perubahan-perubahan ini. Kalau tak, korang mungkin akan ketinggalan dan mungkin bakal kehilangan kerja.

Photo by Steve Knutson on Unsplash

Kesimpulannya

Masa depan pekerjaan bagi rakyat Malaysia mungkin akan jadi tak pasti, mungkin akan digantikan dengan AI sepenuhnya atau mungkin juga tidak. Ramai orang keluarkan pendapat tersendiri.

Tapi dengan kesedaran yang ada sekarang ni, korang dah boleh buat persediaan yang betul supaya korang boleh hadap semua ni bila menjelang tahun 2030 nanti.

Sekarang lah masanya untuk korang semua manfaatkan segala peluang dan ilmu yang ada disekeliling kita semua ni. Kerana zaman sekarang hampir semuanya berada dihujung jari. Nak dengan tak nak je.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support