Nak buat pinjaman peribadi ni memang senang dan pantas. Lebih mudah dari korang nak pinjam dengan bank.

Sebab tu ada banyak platform yang menawarkan pinjaman peribadi. Tapi macam mana nak cari pinjaman peribadi yang betul betul selamat & sah disisi undang undang? Ini yang ramai tak tahu. Macam mana korang nak tahu kalau pinjaman peribadi tu scam atau tak? Sebab ramai pada hari ni, kena scam. Kesudahannya duit habis, dan pinjaman habuk pun tak dapat apa.

First thing yang korang kena buat adalah korang kena pastikan yang syarikat tu berdaftar dan mendapat lesen dari pihak KPKT. Bila syarikat dikawal selia oleh KPKT, maka syarikat tu biasanya akan dianggap selamat.

Ini yang korang perlu tahu tentang E-Ah Long

So apa benda e-Ahlong ni?

e-Ah long adalah ahlong online yang menggunakan kaedah digital untuk berurusan dengan korang, diorang ni biasanya akan gunakan app untuk korang download dan apply pinjaman dari app tersebut. Tapi malangnya app tersebut dilengkapi dengan malware yang boleh access dan spy semua data korang dalam phone dan ahlong ni boleh gunakan data korang untuk ugut dan viralkan korang kalau tak bayar.

Diorang akan gunakan info sensitif untuk ugut bila korang gagal bayar pinjaman yang dibuat. Biasanya app ahlong ni tiada dalam apps store, diorang akan suruh korang download app tu melalui link tertentu. Benda ni sangat sangat bahaya!

Macam mana nak elak dari terkena scam?

Senang je, ini cara untuk korang tahu ciri-ciri pinjaman peribadi yang boleh dipercayai:

  • Wajib ada dalam Playstore dan Apps Store sahaja.
  • Pastikan syarikat tu ada lesen yang sah.
  • Baca reviews dan rating sebelum download app.
  • Buat research tentang syarikat yang korang nak apply.
  • Jangan bagi maklumat peribadi macam contact list atau lokasi kepada app pinjaman. Jangan “allow to access” pada semua benda.
  • Pastikan syarikat tak minta kad ATM. Kad ATM tak boleh dipegang kerana menjadi satu kesalahan dibawah KPKT.
Jangan sampai tertipu dengan pinjaman peribadi. Pastikan korang buat apply pinjaman ditempat yang selamat.

1. RinggitPlus (Trusted)

RinggitPlus adalah platform yang membandingkan pinjaman dari bank & pemberi pinjaman berlesen yang terbaik kepada pengguna. RinggitPlus ada menyediakan feature calculator untuk korang membuat kiraan sendiri sebelum nak apply dengan apa apa pinjaman dari syarikat.

Dan paling best korang boleh apply pinjaman korang hanya melalui RinggitPlus. Semuanya akan diuruskan dengan mudah & cepat. Bab keselamatan korang tak perlu bimbang kerana RinggitPlus hanya senaraikan kredit komuniti yang berlesen dan disahkan oleh KPKT sahaja.

Bagaimana nak apply melalui RinggitPlus?

Proses permohonan melalui RinggitPlus mudah dan cepat, hanya dalam masa kurang dari 10 minit, semuanya boleh dilakukan dari rumah. Korang akan dibantu melalui WhatsApp chatbot untuk mengisi maklumat yang diperlukan sebelum permohonan dihantar ke bank untuk tindakan selanjutnya.

Berminat boleh click disini!

RinggitPlus adalah salah satu platform pinjaman peribadi yang selamat
Credit to FintechNews

2. CashLoan by Touch N Go

Ini adalah feature terbaru yang dikeluarkan oleh Touch N Go EWallet. CashLoan ni membolehkan korang membuat pinjaman peribadi up sehingga RM100,000 dan boleh bayar balik sehingga 7 tahun.

CashLoan ni mengantikan GoPinjam. Kalau korang tak pernah apply pinjaman, mungkin korang takkan nampak lagi GoPinjam dalam app Touch N Go. CashLoan ni berbeza sikit dengan GoPinjam, sebab dengan CashLoan korang boleh buat pinjaman peribadi yang lebih besar untuk jangka masa panjang.

Yes, korang dah boleh apply loan hanya melalui app je sekarang. Cara nak apply pun mudah, just access CashLoan ni melalui app Touch N Go korang. Ikut arahan, dan berikan upload segala document yang pihak bank perlukan. Simple. CashLoan ni under CIMB Bank, so pastikan korang tak ada masalah or rekod yang tak baik dengan CIMB Bank.

Jadi CashLoan by Touch N Go pun memang confirm selamat.

3. Direct Lending (Trusted)

Direct Lending adalah platform perbandingan kewangan yang hampir sama dengan RinggitPlus. Cuma dalam Direct Lending ni process dia straight forward. Korang tak perlu tengok apa apa, terus apply je dalam platform ni sebab Direct Lending lebih fokuskan pada kemudahan customer. Korang boleh apply pinjaman peribadi melalui Direct Lending dan diorang akan rekemenkan dengan pinjaman yang terbaik mengikut keperluan dan kemampuan korang.

Jadi Direct Lending antara platform yang memang selamat untuk korang gunakan.

Direct Lending

4. Sloan By Shopee

Sloan adalah pemberi pinjaman berlesen yang disediakan oleh SEA MONEY CAPITAL kepada pengguna Shopee yang terpilih. Kalau korang kaki shopping kat Shopee, korang mungkin akan ditawarkan dengan Sloan untuk membuat pinjaman peribadi direct terus ke bank.

Sloan ni ada dalam app Shopee, tapi kalau korang tak jumpa maknanya korang tak layak untuk dapatkan pinjaman dari Sloan ni.

Tapi kalau korang nampak Sloan ni memang ada dalam app Shopee, ini bermaksud korang layak dan boleh activekan dengan submit verification. Bila korang dah submit, pihak Sloan akan review dan tetapkan jumlah yang korang boleh pinjam. Bila dah settle baru korang boleh apply untuk buat pinjaman peribadi. Duit akan terus masuk kedalam bank.

SEA MONEY CAPITAL adalah pemberi pinjaman yang sah dibawah KPKT. Jadi memang tak perlu ragu apa apa lagi.

Sloan

5. Tambadana

Tambadana menawarkan pinjaman peribadi yang sesuai kalau korang memang memerlukan pinjaman peribadi. Platform Tambadana ni selamat kerana ada info syarikat yang jelas dan ada license dari KPKT. Ini bermaksud platform ni dikawal selia oleh KPKT supaya semuanya mengikut undang undang yang ditetapkan.

Nak apply pinjaman peribadi korang boleh apply direct dengan website rasmi Tambadana atau korang boleh apply melalui RinggitPlus. All in one platform. Korang boleh buat kiraan interest melalui platform Tambadana atau RinggitPlus sebab diorang ada feature calculator interest.

tambadana

6. Adacash

Adacash lebih kurang sama macam Tambadana.

Adacash menawarkan pinjaman peribadi sehingga RM5000 dan korang akan dapat pinjaman tu pada hari yang sama. Kalau korang memang urgent nak dapatkan pinjaman, korang boleh apply direct dengan website official Adacash. Di website Adacash ni lengkap dengan segala info berkaitan syarikat, dan paling penting diorang memang ada license dari KPKT.

adacash

7. ACOM

ACOM lebih kurang sama macam Tambadana dan Adacash.

ACOM adalah pemberi pinjaman yang sah kerana mendapat lesen dari KPKT. Jadi kalau korang terjumpa iklan dari ACOM dan korang nak cuba buat pinjaman dari sini, jawapannya adalah boleh & selamat. Korang boleh rujuk disini untuk info lebih details. Tak perlu risau untuk buat pinjaman dengan platform ACOM ni. Korang boleh apply direct di website official ACOM.

8. iMoney

iMoney adalah platform yang lebih kurang sama macam RinggitPlus & Direct Lending. Dia adalah satu platform all in one yang membandingkan hampir kesemua pinjaman yang ada dalam Malaysia ni. Ini termasuklah bank, koperasi dan pemberi pinjaman yang sah dengan KPKT. Nak tahu lebih details, rujuk disini. So kalau korang nak mudah dan tak nak pening kepala nak cari satu persatu pinjaman peribadi, korang boleh apply terus di website official iMoney.

9. instaDuit

instaDuit adalah platform yang lebih kurang sama macam Tambadana dan Adacash. Dia adalah platform yang boleh bagi korang pinjaman secara direct. Maksudnya diorang ni bukan platform untuk membandingkan tapi memang merupakan pemberi pinjaman yang sah. instaDuit adalah platform yang legit dan berdaftar dibawah KPKT sebab syarikat diorang memang dah berdaftar pun dengan KPKT. Tambahan syarikat diorang ni juga disenaraikan dalam RinggitPlus. So kalau nak mudah apply je terus dengan RinggitPlus atau korang boleh direct dengan instaDuit.

InstaDuit

BERJAGA JAGA!

Walaupun pemberi pinjaman wang itu LEGIT dan sah dari segi undang undang, tidak bermaksud TIDAK AKAN BERLAKUNYA PENIPUAN. Sentiasa berwaspada.

Cara nak tahu pinjaman peribadi yang selamat

Pemberi pinjaman adalah dari Bank

Kalau korang nak apply pinjaman peribadi melalui bank, memang tak diragukan lagi yang bank ni memang selamat untuk korang apply pinjaman. Korang tak perlu risau tentang keselamatan keluarga kerana bank memang tak buat kerja kerja ahlong. Diorang kutip hutang hanya melalui undang undang dan mahkamah sahaja.

Pinjaman wang berlesen mesti ada website official

Pastikan platform pinjaman yang korang nak guna tu ada website official. Kalau nak tahu ada website official atau tak korang search je nama syarikat tu dalam Google. Kalau tiada, itu tanda yang meragukan.

Benda ni bukan sekadar tentang website online, tapi juga mengenai domain yang legitimate dan secure (biasanya bermula dengan HTTPS). Website pinjaman berlesen biasanya akan sertakan sekali segala info yang berkaitan dengan syarikat, produk yang ditawarkan, dan tentunya nombor lesen yang diberikan oleh pihak KPKT.

Wajib tengok tarikh operasi syarikat

Syarikat yang telah beroperasi untuk waktu yang lama biasanya lebih trusted dari syarikat yang baru buat. Ini sebab mereka telah melalui pelbagai situasi ekonomi dan masih lagi bertahan. Mereka juga akan lebih berpengalaman dalam mengendalikan isu-isu yang mungkin timbul sepanjang tempoh pinjaman korang. Review untuk syarikat ni pun mesti dah banyak.

Syarikat pinjaman berlesen mesti lah kena ada lesen dari KPKT

Ini salah satu benda penting yang korang kena tengok sebelum korang berurusan dengan mana mana platform pinjaman. Dengan lesen KPKT, korang boleh tenang sebab cara diorang dapatkan duit dari korang adalah dengan jalan undang undang. Bukan dengan jalan ugutan.

Ini untuk pastikan keselamatan korang dan keluarga sentiasa selamat. Kalau korang kena tipu tak apa lagi, tapi jangan sampai terkena ugutan dari ahlong yang tidak bertanggungjawab.

PPW yang sah mesti ada pejabat

Syarikat pemberi pinjaman berlesen mesti ada alamat pejabat dan alamat tu bukan AUTA. Tapi mesti ada pejabat fizikal diorang sendiri untuk customer datang dan berurusan dengan diorang. Kalau tak ada pejabat, itu boleh jadi satu perkara yang meragukan dan ada kemungkinan itu adalah scammer. Jadi sentiasa berhati hati.

Syarikat kena ada media sosial yang aktif

Media sosial adalah cara yang baik untuk menilai syarikat. Carilah syarikat yang mempunyai page dengan followers yang ramai dan sentiasa mengemaskini tentang servis mereka, tips kewangan, atau info berguna lain. Ini menunjukkan mereka prihatin tentang engagement dengan customer dan keinginan untuk mengekalkan reputasi yang baik.

Sentiasa update dan informasi terkini

Syarikat yang legit biasanya akan selalu update info terkini di media sosial sosial, selalu update artikel, dan maklumat produk. Ini menunjukkan yang diorang ni sangat komited untuk memberi info kepada pelanggan pada setiap masa.

Semak review dari customer

Sebelum korang berurusan dengan syarikat pemberi pinjaman, semestinya korang kena baca review dari pelanggan yang sudah menggunakan servis tersebut. Website seperti Google Reviews, Trustpilot, dan lain-lain boleh jadi sumber yang baik untuk korang menilai. Review yang jujur dari pengguna sebenar boleh memberi insight tentang pengalaman sebenar menggunakan servis pinjaman tersebut.

Tengok populariti syarikat

Brand dan populariti syarikat juga memainkan peranan penting. Biasanya syarikat yang dikenali ramai orang takkan menipu sebab nak menjaga reputasi di mata customer. Tapi, ini tidak bermakna korang patut mengabaikan syarikat yang baru atau tak dikenali, asalkan diorang memenuhi kriteria dan syarat yang ditetapkan.

Wajib baca Terma dan Syarat

Syarikat yang selamat akan tunjukkan semua terma dan syarat dengan jelas. Tiada satu pun syarat yang tersembunyi. Ini termasuklah kadar interest yang dikenakan, fee, dan syarat lain yang berkaitan dengan pinjaman. Transparant ni penting untuk bantu korang buat keputusan yang lebih tepat.

Nak buat pinjaman peribadi? Kena cari lah tempat yang selamat.
Photo by cottonbro studio

Syarikat tak boleh minta kad ATM & password

Syarikat pinjaman berlesen takkan sesekali meminta kad ATM & password bank korang. Kalau syarikat minta untuk pegang kad bank bermaksud syarikat tu tak selamat untuk korang berurusan. Jika syarikat tu adalah syarikat berlesen dan masih meminta kad untuk dipegang, korang boleh buat report di portal KPKT. Lesen diorang boleh ditarik balik.

Takkan sesekali ada duit pendahuluan

Tak kira siapa pun diorang, tak kira duit apa yang diorang minta, korang yang nak pinjam duit memang tak patut bayar duit pendahuluan kepada diorang. Duit duty stem dan apa sahaja itu biasanya akan ditolak dari pinjaman korang. Kalau ada yang minta duit dulu baru diorang process itu bermaksud SCAMMER. Ahlong pun takkan minta duit pendahuluan dari korang.

Respons syarikat terhadap pertanyaan

Syarikat yang memberikan respons yang cepat dan membantu kepada pertanyaan pelanggan menunjukkan tahap perkhidmatan pelanggan yang baik. Ini adalah penting kerana ia menunjukkan syarikat itu mengambil berat tentang kepuasan pelanggan.

Kesimpulan

Jadi ini lah senarai pinjaman peribadi yang selamat. Hanya pinjaman dari bank & syarikat yang berdaftar dengan KPKT sahaja yang akan dianggap selamat. Selamat dari segi keselamatan diri atau selamat dari kena scam. Nak buat pinjaman korang kena pastikan syarikat yang korang nak pinjam tu betul betul selamat dan bukan ahlong.

Ingat, pinjaman adalah komitmen jangka panjang dan korang tak nak tersangkut dengan syarikat yang tidak sah atau bermasalah. Selalu pastikan korang memilih syarikat yang transparent, bertanggungjawab, dan diiktiraf oleh pihak berkuasa.

NOTA: Jika ada sebarang masalah dengan artikel yang ditulis dalam ni boleh berhubung dengan pihak kami di [email protected]

Tinggalkan Pendapat Anda