Alibaba Cloud adalah penyedia perkhidmatan cloud computing dari China yang dimiliki oleh Alibaba Group. Dia lebih kurang sama dengan Google Cloud. Ada macam macam servis yang ditawarkan oelh Alibaba, antaranya Cloud Storage, VPS, CDN, computing, networking, dan ada banyak lagi.

Alibaba Cloud juga dikenali dengan nama Aliyun di China. Aliyun adalah antara penyedia cloud terbesar di seluruh dunia, bersaing dengan syarikat besar macam Amazon Web Services (AWS), Microsoft Azure, dan Google Cloud Platform (GCP).

Alibaba Cloud ni biasanya digunakan oleh user yang advanced atau company yang inginkan perkhidmatan Cloud. Jadi korang pengguna biasa, apa sahaja cerita yang disampai kan dalam ni mungkin tak relevan dengan keperluan korang.

Headquaters Alibaba Cloud

Ini yang paling penting. Walaupun Alibaba Cloud ni origin dari negara China tapi headquaters mereka bukan di China tapi berada di Singapore. Jadi kalau korang memang tak perlu takut untuk gunakan Alibaba Cloud ni, sebab office mereka betul betul dekat dengan Malaysia. In cases apa apa berlaku, korang boleh datang je ke office diorang.

Untuk siapa Alibaba Cloud

Alibaba Cloud direka khas untuk pelbagai jenis pengguna. Tapi lebih memfokuskan kepada user yang expert dalam bidang IT kerana untuk setup Alibaba Cloud bukan perkara yang mudah.

Dari usahawan kecil yang baru nak bermula, syarikat sederhana yang sedang berkembang, sampailah kepada korporat besar yang memerlukan infrastruktur IT yang mantap semuanya memang sesuai.

Banyak sektor industri menggunakan Alibaba Cloud macam e-commerce, fintech, gaming, pendidikan, dan juga sektor kerajaan. Contohnya, kalau korang ada bisnes online yang makin berkembang, Alibaba Cloud boleh bantu skala perniagaan korang dengan mudah.

Harga mahal ke murah?

Harga untuk Alibaba Cloud adalah lebih murah dan berbaloi kalau nak dibandingkan dengan syarikat penyedia Cloud yang lain.

Korang boleh pilih model pay-as-you-go, di mana korang hanya bayar untuk apa yang korang guna sahaja. Selain tu, ada juga pelan langganan secara bulanan atau tahunan yang mungkin boleh menjimatkan lagi keperluan korang untuk jangka panjang.

Secara umum, harga mereka agak kompetitif dan sering kali lebih murah berbanding dengan AWS atau Azure. Paling best, harga yang Alibaba Cloud offer kepada pengguna jauh lebih murah dari Google Cloud. So kalau korang nak jimat habis, korang kena gunakan Alibaba Cloud berbanding Google Cloud.

11 perkara yang korang kena tahu tentang Alibaba Cloud
Credit to Sme.asia

Lokasi server Alibaba Cloud

Lokasi server untuk Alibaba Cloud ada banyak dan paling banyak kat negara origin diorang sendiri iaitu China. Dekat Asia, ada beberapa server antaranya Kuala Lumpur, Singapore, India, Jakarta, Korea, Bangkok, Thailand dan beberapa lagi yang lain.

Jadi untuk orang Malaysia, kalau nak gunakan server dari Alibaba Cloud ni, memang sesuai sangat. Produk ni origin memang dari China, tapi servis diorang memang compatible kat Malaysia.

Selamat ke produk Cina ni?

Bila sembang pasal Cloud ni, security adalah benda yang paling utama. Jangan risau sebab Alibaba Cloud tak ambil ringan benda ni. Mereka menyediakan pelbagai langkah keselamatan seperti enkripsi data, firewall, dan pemantauan keselamatan 24/7.

Selain tu, Alibaba Cloud memang mematuhi pelbagai standard keselamatan antarabangsa seperti ISO/IEC 27001 dan PCI DSS, jadi korang tak perlu risau sangat. Mereka juga ada pelbagai tools dan servis keselamatan yang boleh korang gunakan untuk protect data dan aplikasi korang.

UI/UX: Mesra pengguna tak?

Antaramuka pengguna (UI) dan pengalaman pengguna (UX) Alibaba Cloud direka supaya mudah digunakan oleh semua pengguna, termasuk korang yang baru nak belajar.

Mula mula korang mungkin akan nampak yang platform Alibaba Cloud ni complex, tapi bila korang dah biasa gunakan, korang akan mudah faham dalam seminggu dua. Korang cuma kena rajin explore je.

Selain tu, mereka ada dokumentation yang lengkap, tutorial video, dan juga community yang aktif untuk membantu korang. Kalau korang pernah guna AWS atau GCP, tak susah pun untuk korang guna Alibaba Cloud punya UI/UX.

Tools

Alibaba Cloud menyediakan pelbagai tools dan perkhidmatan yang serasi dengan banyak teknologi dan platform lain.

Korang boleh guna tools popular macam Kubernetes untuk orkestrasi kontena, Docker untuk pembangunan dan deployment, serta integrasi dengan pelbagai bahasa programming macam Python, Java, dan Node.js. Selain tu, mereka juga ada support untuk pelbagai sistem operasi seperti Linux dan Windows.

Prestasi Alibaba Cloud

Alibaba Cloud terkenal dengan prestasi tinggi dan kebolehpercayaan yang mantap. Mereka ada pusat data di pelbagai lokasi seluruh dunia, termasuk Asia, Eropah, Amerika, dan Timur Tengah.

So korang servis yang korang perlukan adalah Global, Alibaba ni memang sesuai sangat.

Ini memastikan kelajuan akses dan kebolehpercayaan yang tinggi untuk aplikasi yang korang jalankan. Mereka juga ada perkhidmatan CDN (Content Delivery Network) yang boleh mempercepatkan content digital korang ke seluruh dunia.

Support customer services

Alibaba Cloud menawarkan sokongan pelanggan 24/7 melalui pelbagai channel seperti chat, email, dan phone. Mereka juga ada community pengguna yang aktif di mana korang boleh bertanya dan berkongsi pengalaman.

Selain tu, pusat bantuan mereka lengkap dengan dokumentasi, tutorial, dan FAQ untuk membantu korang selesaikan masalah sendiri. Kalau ada isu yang lebih kompleks, korang boleh hubungi sokongan teknikal mereka untuk bantuan lanjut.

Fleksibiliti dan skalabiliti

Salah satu kelebihan utama Alibaba Cloud adalah fleksibilitinya. Korang boleh skala perkhidmatan korang dengan mudah mengikut keperluan.

Contohnya, kalau bisnes korang tiba-tiba dapat banyak trafik, korang boleh tambah sumber dengan cepat tanpa perlu risau tentang downtime. Sebaliknya, kalau keperluan korang menurun, korang boleh kurangkan sumber untuk jimat kos. Ini semua boleh diuruskan melalui console dengan beberapa klik je.

11 perkara yang korang kena tahu tentang Alibaba Cloud
Credit to Data Center Dynamic

Development secara berterusan

Alibaba Cloud sentiasa berkembang dan memperkenalkan ciri-ciri baru serta inovasi untuk memenuhi keperluan pengguna. Pihak Alibaba Cloud ni selalu buat acara untuk berkongsi perkembangan terbaru dan untuk mendapatkan feedback dari pengguna di seluruh dunia.

Dengan development yang berterusan, korang boleh jangkakan akan ada lebih banyak feature dan tools yang berguna untuk bisnes yang korang jalankan. Semua perkhidmatan yang disediakan oleh Alibaba Cloud ni dapat bantu korang jalankan bisnes dengan lebih baik.

Tinggalkan Pendapat Anda