Senarai Hosting terbaik tahun 2024

Apa itu hosting?

Hosting adalah storage untuk korang menyimpan file website yang boleh diaccess secara online. Sebelum korang nak buat website, korang kena tahu dulu storage yang mana korang nak gunakan untuk menyimpan segala data website.

Untuk memilih hosting, korang kena tahu dulu keperluan korang. Setiap keperluan, ada spesifikasi yang berbeza. So tak semua orang sama spec hostingnya.

Kalau korang baru nak start buat website, then yes, korang boleh pilih hosting paling rendah specnya. Kalau website korang ni besar dan complex, then yes, korang perlukan hosting yang tinggi specnya supaya website korang boleh run pada setiap masa.

Photo by Taylor Vick on Unsplash

Jenis hosting yang korang perlu tahu

Nak pilih hosting ni pulak ada macam macam jenis. So korang kena tahu lah jenis jenis hosting yang ada. Ada VPS, ada shared hosting, ada dedicated hosting, ada cloud hosting, dan macam macam lagi.

Kalau korang baru nak start, shared hosting dah memadai untuk permulaan. Tapi kalau korang nak hosting yang specnya tinggi, lebih power, then korang boleh terus ke VPS atau Dedicated Server. Dua ni memang sesuai untuk website yang complex.

Reputasi syarikat: Research dulu sebelum commit

Yang paling penting adalah reputasi syarikat tu sendiri. Benda ni wajib untuk korang tahu. Korang kena tengok syarikat ni besar ke kecik, famous ke tak, rating dia macam mana dan sebagainya.

Korang kena teliti betul betul, sebab risau korang amik dengan reseller je. Banyak orang reseller tak dapat nak deliver servis dengan baik. So kalau korang nak yang terbaik untuk website dan bajet korang pastikan korang buat homework dulu.

Budget: Sesuaikan dengan poket korang

Hosting ni ada macam macam jenis. Spec yang diorang offer tu berbeza beza, so harga pun akan jadi berbeza. Korang kena tahu dulu keperluan korang macam mana. Baru korang tahu spec yang macam mana korang perlu kan. So tak ada lah membazir.

Mana la tahu korang ni baru je belajar buat website, tapi dah guna dedicated server. Membazir disitu. Pilih yang betul-betul sesuai dengan budget korang tapi pastikan juga ia memenuhi keperluan korang.

1. Hostinger – Budget friendly dengan Server Singapore

Hostinger adalah satu platform hosting yang famous dengan harganya murah. Plus Hostinger ni adalah compony international satu dunia. Kiranya Hostinger ni satu platform yang memang dah stable lah. Paling best, diorang pun ada website yang memang di dedicatekan untuk orang Malaysia.

Kelebihan Hostinger

  • Server Singapore: Diorang ada server paling dekat dengan Malaysia iaitu Singapore. So kalau target market korang pada orang Malaysia, memang sesuai lah korang guna Hostinger ni.
  • User-friendly: Control panel diorang sangat mudah digunakan, sesuai untuk newbie yang baru nak belajar. Diorang gunakan HPanel diorang sendiri. Memang mudah digunakan.
  • 24/7 support: Kalau ada masalah, diorang ada customer support yang akan bantu selesaikan masalah korang.
Credit to Hostinger

Pakej & Harga yang disediakan Hostinger

  • Single Shared: RM3.99 sebulan (1 website, 30GB storage, 10,000 monthly visitors, free SSL)
  • Premium Shared: RM8.99 sebulan (Websites tak terhad, 100GB storage, 25,000 monthly visitors, free SSL, free domain)
  • Business Shared: RM15.99 sebulan (Websites tak terhad, 200GB storage, 100,000 monthly visitors, free SSL, free domain, daily backups)

2. Shinjiru – Hosting tempat yang premium

Shinjiru adalah hosting yang premium dan paling class yang ada di Malaysia ni. Shinjiru menawarkan satu perkhidmatan yang mana diorang lebih memfokuskan kepada security dan speed. So kalau korang nak run satu bisnes yang serius dan sangat mementingkan security, korang patut pilih Shinjiru.

Kelebihan Shinjiru

  • Strongbolt Protection: Diorang ada sistem keselamatan yang kuat untuk elak serangan hacker dan DDoS.
  • Data center di Malaysia: Server diorang ada di Malaysia, jadi website korang akan load lebih cepat untuk pengunjung tempatan.
  • 24/7 support: Kalau ada masalah, diorang ada customer support yang sangat membantu dan responsive.

Pakej & harga

  • Basic: RM18 sebulan (1 website, 10GB storage, unlimited bandwidth, free SSL)
  • Standard: RM28 sebulan (Websites tak terhad, 50GB storage, unlimited bandwidth, free SSL)
  • Advanced: RM58 sebulan (Websites tak terhad, 100GB storage, unlimited bandwidth, free SSL, priority support)

3. SiteGround – Performance terbaik

SiteGround ni memang dah lama terkenal dalam dunia web hosting, dan tahun 2023 ni masih lagi menjadi pilihan utama ramai.

Kelebihan SiteGround

  • Speed yang power: Server diorang sangat laju, jadi website korang akan load dengan cepat.
  • Keselamatan cemerlang: Diorang ada sistem keselamatan yang kuat untuk elak serangan hacker.
  • Support 24/7: Kalau ada masalah, diorang ada customer support yang sangat responsive.

Pakej & harga

  • StartUp: RM25 sebulan (1 website, 10GB storage, sesuai untuk 10,000 monthly visitors)
  • GrowBig: RM40 sebulan (Websites tak terhad, 20GB storage, sesuai untuk 25,000 monthly visitors, staging environment)
  • GoGeek: RM60 sebulan (Websites tak terhad, 40GB storage, sesuai untuk 100,000 monthly visitors, priority support)

4. A2 Hosting – Affordable tapi speed power

A2 Hosting ni sesuai untuk korang yang nak hosting yang berpatutan dan laju.

Kelebihan A2 Hosting

  • Turbo server: Diorang ada pilihan server turbo yang 20 kali lebih laju daripada server biasa.
  • Anytime money-back guarantee: Kalau korang tak puas hati, diorang akan bayar balik duit korang bila-bila masa.
  • Eco-friendly: Hosting ni menggunakan tenaga hijau, jadi kita boleh jimatkan alam sekitar.

Pakej & harga

  • Lite: RM14 sebulan (1 website, unlimited storage, free SSL)
  • Swift: RM20 sebulan (Websites tak terhad, unlimited storage, free SSL, automatic backups)
  • Turbo: RM35 sebulan (Websites tak terhad, unlimited storage, free SSL, automatic backups, Turbo server)

5. Exabytes – Hosting tempatan yang reliable

Exabytes ni salah satu hosting Malaysia yang popular dan sangat reliable.

Kelebihan Exabytes

  • Data center di Malaysia: Server diorang ada di Malaysia, jadi website korang akan load lebih cepat untuk pengunjung tempatan.
  • Harga berpatutan: Exabytes ni menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk korang yang baru nak start website.
  • Support bahasa Melayu: Kalau korang nak bercakap dalam bahasa Melayu, diorang ada support yang boleh bantu.
Credit to Exabytes

Pakej & harga

  • EBiz Lite:
    RM15 sebulan (1 website, 10GB storage, 10 email accounts, free SSL) 
  • EBiz Plus: RM25 sebulan (Websites tak terhad, 50GB storage, 50 email accounts, free SSL, automatic backups)
  • EBiz Gold: RM40 sebulan (Websites tak terhad, 100GB storage, unlimited email accounts, free SSL, automatic backups, priority support)

7. Bluehost – Pilihan Popular di Amerika

Bluehost ni antara platform Hosting yang famous, khususnya di Amerika. Bluehost tak support duit Malaysia, so ramai orang Malaysia memang tak gunakan Bluehost ni. Cuma kalau korang cadang nak buat website yang worldwide, korang mungkin boleh consider untuk guna Bluehost ni.

Kelebihan Bluehost:

  • User-friendly: Interface diorang senang nak faham. Sesuai untuk korang yang baru nak start.
  • 24/7 support: Ada masalah tengah malam? No worries, diorang ada support round the clock.
  • Pakej & harga: Basic plan start dari RM20 sebulan. Dapat unlimited bandwidth, 50GB storage, dan free SSL.

8. InMotion Hosting – Untuk Korang yang Nak Flexibility

InMotion ni sesuai untuk korang yang nak lebih banyak control dalam hosting.

Kelebihan InMotion:

  • Customizable: Korang boleh customize apa-apa je yang korang nak.
  • 90-day Money-back Guarantee: Kalau tak puas hati, boleh minta refund dalam masa 90 hari.
  • Pakej & Harga: Start dari RM25 sebulan. Dapat unlimited storage dan bandwidth.

9. Kinsta – Kalau nak something yang premium

Kinsta ni tak sama macam platform hosting yang lain. Kinsta ni lebih premium dengan harga yang agak premium jugak untuk run website korang. So kalau korang jenis ada bajet dan nak segalanya premium, korang boleh gunakan Kinsta sebagai Hosting Web korang.

Credit to The Cloudflare Blog

Kelebihan Kinsta

  • High Performance: Kalau korang nak website yang laju macam kilat, ni pilihan yang bagus.
  • Managed WordPress Hosting: Diorang akan handle semua benda yang berkaitan dengan WordPress.
  • Pakej & Harga: Start dari RM100 sebulan. Dapat 10GB storage dan free SSL.

10. Cloudways – Untuk yang nak Cloud Hosting

Cloudways ni sesuai untuk korang yang nak explore cloud hosting. Kalau korang nak run website secara worldwide, Cloudways ni memang sesuai sebab dia sediakan sekali CDN supaya website korang boleh di access diseluruh dunia.

Kelebihan Cloudways:

  • Flexible & Scalable: Boleh tambah resource bila-bila masa.
  • Pay-as-you-go: Bayar ikut apa yang korang guna je.
  • Pakej & Harga: Start dari RM40 sebulan. Dapat 25GB storage dan 1TB bandwidth.

11. VPS Malaysia – Untuk yang nak lebih control

VPS Malaysia adalah salah satu platform HOSTING yang menawarkan perkhidmatan VPS. Bagi korang yang nak control website korang sepenuhnya dan data center berada di Malaysia, korang guna je VPS Malaysia.

Kelebihan VPS Malaysia

  • Full Root Access: Korang boleh control apa saja tanpa had.
  • Local Data Center: Server di Malaysia, so lagi laju untuk korang.
  • Pakej & Harga: Start dari RM40 sebulan. Dapat 40GB SSD dan 2GB RAM.

12. Elementor Hosting – Best untuk web designer

Elementor ni sebenarnya nama plugin untuk korang customize website korang dengan lebih details. Tapi Elementor pada hari ni bukan sekadar plugin je, diorang juga ada offer hosting diorang tersendiri dan powered by Google Cloud.

Kelebihan Elementor Hosting:

  • Full Root access: Korang boleh control website korang sepenuhnya.
  • Local Data Center: Server memang ada di Malaysia sebab powered by Google Cloud. Memang laju.
  • Pakej & Harga: Start dari RM40 sebulan. Dapat 40GB SSD dan 2GB RAM.

13. Vodien – Hosting dengan server di Singapura

Vodien ni satu lagi hosting yang ada server di Singapura, jadi ia juga sesuai untuk korang yang nak website laju untuk orang Malaysia.

Kelebihan Vodien

  • Server Singapura: Dekat dengan Malaysia, so website korang akan load laju untuk pengunjung kat sini.
  • Solid-state drives (SSDs): Diorang guna SSDs, jadi website korang akan load lebih cepat daripada hosting yang guna hard disk drives.
  • Managed services: Kalau korang nak tumpu pada bisnes, diorang ada pakej yang manage semua untuk korang.

Pakej & harga

  • WebValue: RM60 sebulan (5 websites, 15GB storage, unlimited bandwidth, free SSL)
  • WebPlus: RM110 sebulan (10 websites, 30GB storage, unlimited bandwidth, free SSL, free domain)
  • WebExpert: RM200 sebulan (Websites tak terhad, 60GB storage, unlimited bandwidth, free SSL, free domain)

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support