Waymo: Taxi tanpa driver – apa nasib pemandu teksi?

Korang pernah dengar tentang Waymo? Ini bukan idea gila, Waymo dah pun menjadi kenyataan. Di California, USA, Waymo dah mula beroperasi secara komersial dengan servis teksi tanpa pemandu. Kereta-kereta ni semua kawalannya dibuat oleh AI, so korang just perlu order teksi guna app, dan dalam sekelip mata, kereta tu sampai tanpa ada orang kat tempat driver.

Teknologi canggih di sebalik Waymo

Waymo ni memang game changer dalam dunia pengangkutan. Memang akan ubah habis. Kereta Waymo ni dah dilengkapi dengan pelbagai feature macam sensor, kamera, radar, dan teknologi LIDAR yang membolehkan dia ‘melihat’ dan tahu persekitaran jalan raya. Dengan AI yang semakin advanced ni, sistem ni boleh anticipate jalan sesak, detect pejalan kaki, dan elak sebarang bahaya lebih cepat daripada manusia. Kita pun boleh expect perjalanan Waymo ni akan semakin lancar dan selamat!

AI ini akan gantikan kerja kita semua

Kesan besar kepada pemandu teksi dan e-hailing

Waymo dah mula beroperasi kat California dan banyak pemandu teksi dan pemandu e-hailing macam Grab dan Uber mula risau. Mulanya, Waymo ni hanya beroperasi dalam kawasan tertentu, tapi bila teknologi dah makin maju dan undang-undang pun dah menyokong teknologi ni, tak mustahil untuk Waymo ni berkembang lebih luas ke negara lain, termasuk lah Malaysia.

Korang bayangkan kalau Waymo masuk Malaysia. Confirm confirm semua driver jadi huru hara. Grab, yang sekarang antara syarikat e-hailing terbesar ni pun akan goyang dan diorang pun mungkin akan explore penggunaan kereta autonomous ni. Yela, kalau kereta boleh jalan sendiri, kenapa nak hire pemandu lagi, kan? Ini yang sebabkan ramai driver jadi takut sekarang ni.

Dalam 5 ke 10 tahun akan datang, mungkin kita akan nampak lebih banyak teksi tanpa pemandu bukan saja wujud kat negara maju macam US, tapi juga sampai ke Asia, termasuk Malaysia.

Kesan kepada Malaysia: industri pengangkutan terancam?

Walaupun teknologi autonomous vehicles ni belum lagi sampai ke tahap Waymo kat Malaysia, kita semua kena faham yang teknologi ni memang tengah berkembang dengan sangat pantas.

Bila syarikat-syarikat besar macam Google dan Tesla mula expand ke pasaran global, Malaysia pun antara negara yang tak terkecuali. Walaupun mungkin ambil masa sebab faktor jalan, infrastruktur, dan undang-undang kat sini belum bersedia sepenuhnya, tapi pasti benda ni bukan sesuatu yang mustahil.

Kalau teknologi ni berjaya sampai ke Malaysia, korang boleh expect akan ada impak besar pada industri pengangkutan. Pemandu teksi dan e-hailing, terutamanya yang bergantung kepada pendapatan harian dari apps macam Grab, mungkin akan hilang sumber pendapatan. Percaya atau tak, itu yang akan terjadi.

Job market untuk pemandu akan jadi semakin kecil, sebab syarikat akan lebih prefer untuk gunakan teknologi yang lebih murah dan efisien. Korang yang kerja dalam industri ni, memang kena alert la—kereta tanpa pemandu bukan je ancaman untuk driver, tapi realiti yang semakin hampir.

AI ini akan gantikan kerja kita semua

Apa yang boleh korang buat?

Jadi, kalau korang memang tengah bekerja sebagai pemandu teksi atau e-hailing, ini langkah yang korang kena kena bertindak dari sekarang:

  1. Upgrade skillset korang: Korang boleh mula belajar skill baru yang tak boleh diganti oleh AI. Contohnya, dalam bidang servis pelanggan atau hospitality. Kerja yang melibatkan interaksi manusia dan perlukan sentuhan emosi, susah sikit AI nak ambil alih. Contoh, kerja dalam industri pelancongan atau event management yang lebih perlukan sentuhan personal.
  2. Explore kerja dalam teknologi AI dan autonomous vehicles: Ironi, kan? Tapi sebenarnya, kerja dalam industri teknologi autonomous vehicles ni ada potensi besar. Korang boleh belajar tentang maintenance kereta-kereta autonomous ni. Sebab walaupun AI boleh drive, kereta tu still perlukan human oversight untuk penyelenggaraan dan servis. Korang mungkin boleh specialize jadi technician yang pakar dalam kereta autonomous.
  3. Jadi pioneer untuk teknologi ni: Instead of takut dengan perubahan, korang boleh embrace peluang yang datang dengan teknologi baru ni. Mungkin korang boleh explore bisnes dalam bidang AI, jadi distributor atau trainer yang ajar orang lain macam mana nak adapt dengan teknologi autonomous vehicles. Siapa tahu, korang mungkin boleh jadi operator Waymo kat sini.

Apa effect kepada masyarakat Malaysia?

  1. Kurang job opportunities untuk low-skill workers: Salah satu kesan terbesar ialah peluang pekerjaan yang makin mengecil, terutamanya untuk pekerja yang bergantung kepada skill rendah seperti pemandu teksi. Ramai yang akan kena cari kerja baru sebab job market dalam sektor pengangkutan berubah.
  2. Keselamatan jalan raya: Bila kereta autonomous macam Waymo mula diguna pakai, kita mungkin akan tengok perubahan dari segi keselamatan jalan raya. Kereta AI ni direka untuk elak kemalangan dan bertindak lebih cepat daripada pemandu manusia. So, risiko kemalangan mungkin berkurang. Tapi, kita juga perlu fikir pasal isu baru yang mungkin timbul, seperti hacking kereta autonomous atau glitches dalam sistem yang boleh bawa bahaya.
  3. Lebih murah dan efisien: Pengguna pula akan untung dari segi kos pengangkutan. Bila teksi tanpa pemandu ni beroperasi, kos perkhidmatan mungkin turun sebab syarikat-syarikat tak perlu bayar gaji pemandu. Korang boleh expect tambang jadi lebih murah, dan perjalanan jadi lebih efisien tanpa human error.

Waymo ni mungkin nampak macam idea masa depan, tapi sebenarnya benda ni dah pun menjadi realiti yang berlaku sekarang ni. Kalau kita tak bersedia dari sekarang, banyak sektor pekerjaan boleh terjejas, terutamanya dalam industri pengangkutan. Jadi, korang yang kerja dalam bidang ni kena mula adapt atau explore peluang baru supaya tak ketinggalan dengan perubahan teknologi yang mendadak ni.

Tesla Optimus: robot serba boleh yang mampu ganti manusia

Siapa je yang tak kenal dengan Tesla? Satu dunia kenal dengan brand Tesla. Tesla memang suka kepada teknologi yang luar biasa, so diorang pun cipta macam macam teknologi dan tak nak kalah dengan company lain. Tesla juga bangunkan robot humanoid mereka sendiri, salah satu robotnya adalah Optimus, robot yang boleh mengubah landskap pekerjaan fizikal.

Optimus bukan robot biasa – dia boleh buat macam-macam kerja fizikal seperti angkat barang, pasang komponen, atau susun stok di kilang. Bukan setakat kat kilang je, robot ni juga mungkin boleh buat kerja yang kita biasa upah orang buat kat rumah. Bayangkan, Optimus macam dalam filem sci-fi, diorang boleh buat semua kerja tanpa rehat dan penat.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to Tesla

Kesan di Malaysia: Tesla dah ada, Optimus akan sampai lebih cepat

Tesla memang dah ada kat Malaysia, Official. Jadi, bila Optimus mula dilancarkan, confirm confirm diiorang akan jual kat sini jugak, tak mustahil robot ni sampai lebih cepat dari yang kita sangka. Malaysia memang ada potensi besar untuk terima teknologi macam ni sebab kita cepat adapt dengan benda baru. Lagi-lagi bila sesuatu produk tu tengah hype, confirm ramai yang berminat.

Kalau Optimus ni mula dijual, banyak syarikat besar, terutamanya dalam sektor industri dan kilang, akan mula pertimbangkan untuk membeli robot ni. Lagi parah kalau diorang beli dalam jumlah yang sangat besar. Modal untuk jimatkan duit jangka masa panjang. Tak perlu dah nak bayar gaji or bagi cuti kepada manusia. Semua bagi robot handle 24 jam berterusan. Simple.

Siapa yang akan terjejas?

Pekerja kilang

Industri kilang mungkin paling terjejas dengan kehadiran Optimus. Sebelum ni, majikan terpaksa ambil ramai pekerja untuk angkat barang, pasang komponen, atau susun stok, tapi dengan robot ni, kerja-kerja tu boleh dijalankan tanpa henti. Robot boleh kerja 24/7 tanpa cuti dan kos operasi lebih rendah. Jadi, ramai pekerja kilang yang buat kerja fizikal mungkin hilang kerja bila syarikat mula automasikan operasi dengan Optimus.

Orang gaji dan pekerja rumah

Optimus bukan untuk kilang je. Robot ni juga direka untuk buat kerja-kerja rumah macam bersih rumah, angkat barang, dan mungkin memasak suatu hari nanti. Di Malaysia, ramai masih bergantung pada pembantu rumah atau pekerja asing untuk buat kerja-kerja ni, tapi bila Optimus ada, majikan yang mampu mungkin prefer beli robot berbanding bayar gaji pekerja.

Industri logistik dan gudang

Dalam sektor logistik dan warehouse, Optimus boleh susun stok, angkat kotak, dan urus penyimpanan barang. Semua proses ni boleh automate tanpa perlukan pekerja manusia. Kalau sebelum ni kita tengok pekerja warehouse buat kerja manual macam susun barang dan packing order, dengan Optimus, semuanya boleh jalan automatik tanpa henti.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to Tesla

Kenapa Optimus akan sampai lebih cepat di Malaysia?

Tesla dah ada footprint kat Malaysia

Dengan adanya pejabat Tesla kat Malaysia, tak mustahil diorang akan perkenalkan Optimus ni kat dalam Malaysia. Tesla dah ada network dan demand untuk produk mereka di sini. Sekarang ni, nama Tesla bukan sekadar untuk kereta elektrik, tapi juga sinonim dengan produk high tech. Orang orang Malaysia, terutamanya golongan kaya dan syarikat besar, akan cepat adapt bila Optimus mula dijual.

Ekosistem AI dan teknologi yang berkembang

Malaysia dalam usaha nak jadi hub teknologi dan inovasi AI. Banyak sektor dah mula guna teknologi AI untuk streamline proses kerja. Dengan sokongan kerajaan dalam agenda digital dan automasi, Optimus mungkin akan diterima baik oleh syarikat-syarikat yang sentiasa cari cara untuk jimat kos dan tingkatkan produktiviti.

Apa kesannya pada masyarakat?

Peluang kerja berkurangan untuk pekerja fizikal

Bila Optimus masuk dalam pasaran, korang boleh expect peluang kerja untuk pekerja yang buat kerja fizikal macam pekerja kilang, orang gaji, dan pekerja logistik akan berkurang. Syarikat lebih prefer beli robot yang boleh kerja tanpa henti dan tak perlukan gaji.

Transformasi industri pekerjaan

Optimus bukan sekadar menggantikan pekerja manusia, tapi dia akan ubah cara industri beroperasi. Korang mungkin akan nampak shift dari tenaga kerja manual kepada tenaga kerja yang lebih fokus pada pengurusan dan pemantauan automasi. Kerja-kerja yang memerlukan decision-making, creativity, dan management mungkin lebih selamat daripada serangan automasi.

Risiko kesenjangan ekonomi

Salah satu risiko besar dengan kemunculan robot macam Optimus ialah peningkatan jurang ekonomi. Syarikat besar atau individu yang mampu beli robot ni akan jimat banyak kos, tapi pekerja fizikal mungkin susah nak cari peluang baru. Jurang antara golongan kaya dan sederhana mungkin jadi lebih ketara.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to Tesla

Apa yang korang boleh buat untuk adapt?

Upgrade skillset

Untuk korang yang terlibat dalam kerja fizikal, penting untuk upgrade skill sekarang. Kerja-kerja yang memerlukan creativity, critical thinking, dan emosi manusia lebih selamat dari automasi. Belajar kemahiran baru dalam teknologi atau management yang tak mudah diganti robot.

Eksplorasi peluang dalam bidang automasi

Robot macam Optimus tak boleh berfungsi tanpa manusia yang urus dan selenggara. Jadi, ada peluang untuk korang belajar jadi technician atau specialist dalam bidang automasi dan robotik. Korang mungkin tak buat kerja fizikal lagi, tapi korang boleh jadi pakar yang pastikan robot ni berfungsi dengan baik.

CyberCab: vision Tesla untuk transport masa depan

Tesla memang tak pernah serik untuk buat benda benda yang futuristic. Lepas diorang dah keluarkan robot Optimus, sekarang diorang keluarkan pula CyberCab, iaitu taxi tanpa pemandu yang boleh bergerak sendiri. Bayangkan korang order Grab, tapi yang datang tu kereta yang berjalan dengan sendiri, tak ada driver kat dalam. Pergh.

Teknologi autonomous akan control semua benda, dari steering sampai lah ke sistem brake. Sama macam konsep Waymo yang ada kat luar negara, tapi CyberCab ni direka lebih advanced, dan Tesla maybe akan buat benda ni accessible untuk pasaran global – termasuklah Malaysia!

Kereta ni boleh jadi pilihan utama untuk orang yang nak transport murah dan cepat, sebab tak ada lagi kos untuk korang bayar gaji driver. Semua dikendalikan oleh AI sepenuhnya, dari mula perjalanan sampai lah korang sampai ke destinasi. Kalau korang bayangkan macam dalam filem, taxi yang tak ada pemandu langsung, itulah yang Tesla bawakan dengan CyberCab ni.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to Tesla

Apa kesan pada industri teksi dan ride-hailing?

Benda ni confirm akan beri impak besar kat industri teksi dan ride-hailing macam Grab.

Benda ni akan buatkan kos perkhidmatan jadi lagi murah sebab syarikat tak perlu bayar gaji kepada driver. Syarikat-syarikat besar macam Grab memang akan beralih dari guna manusia sebagai pemandu kepada kereta autonomous ni bila teknologi ni dah mantap.

Korang yang buat kerja driver Grab atau driver teksi ni memang kena bersedia, sebab benda ni nampak macam tak jauh sangat dari jadi realiti. Masa depan ride-hailing akan jadi lebih efisien, lebih cepat, dan maybe lebih selamat, sebab AI takkan buat silap macam manusia. Tak ada lagi isu driver penat, mengantuk, atau tersilap jalan. Semua benda under control AI, dan ini akan buatkan penumpang rasa lebih confident.

Apa kesan pada industri logistik dan penghantaran?

Bukan setakat teksi je yang terkesan, industri logistik dan penghantaran pun mungkin akan rasa impak besar. Korang bayangkan kalau lori pun boleh jalan sendiri, tak payah ada pemandu.

Syarikat penghantaran macam J&T, DHL, atau Ninja Van boleh jimat banyak kos sebab tak perlu hire driver untuk hantar barang. Kereta atau lori autonomous ni boleh beroperasi 24 jam tanpa rehat, tak ada isu mengantuk, tak ada risiko kemalangan sebab human error.

Untuk korang yang kerja driver lori atau runner hantar barang, benda ni boleh jadi cabaran besar. Teknologi ni memang nampak macam boleh ambil alih tugas korang dalam masa terdekat. Lagi-lagi dalam situasi di mana kos operasi syarikat akan lebih murah kalau guna teknologi ni berbanding bayar gaji driver bulan-bulan.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to MotorTrend

Masa depan untuk driver?

Bagi korang yang sekarang kerja driver teksi, Grab, atau logistik, masa depan memang nampak mencabar. Kalau korang masih bergantung sepenuhnya pada kerja-kerja macam ni, korang mungkin kena fikir cara lain untuk teruskan.

Satu option yang korang boleh consider ialah upgrade skill korang, maybe belajar teknologi atau engineering yang susah nak diganti dengan AI. Kerja-kerja yang melibatkan human touch, creativity, dan critical thinking masih lagi tak dapat diganti robot, so mungkin korang boleh explore bidang tu.

Atau, korang boleh consider kerja dalam bidang yang support teknologi autonomous ni, macam technician untuk maintain kereta autonomous atau robot. Even benda ni guna AI, tapi still perlukan manusia untuk manage dan selenggara.

So, jangan tunggu sampai last minute. Teknologi makin laju, dan korang kena cepat catch up.

Drone delivery: tak perlu lagi penghantar makanan?

Zaman sekarang, korang mungkin dah biasa tunggu rider Foodpanda atau GrabFood sampai depan pintu untuk hantar makanan. Tapi dengan perkembangan teknologi drone delivery, situasi ni mungkin berubah lebih cepat dari korang sangka. Bayangkan, tak lama lagi, drone mungkin je yang hantar makanan korang, terus dari restoran ke rumah, tanpa rider, tanpa jalan sesak.

Drone delivery: dari demo ke realiti

Teknologi drone untuk penghantaran bukan benda baru, tapi sekarang ni dia makin matang dan dah mula diuji secara lebih serius. Korang mungkin pernah tengok kat luar negara, syarikat besar macam Amazon dah lama eksperimen dengan drone untuk hantar barang. Tapi sekarang, teknologi ni mula berkembang ke industri maka

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to MarketWatch

Bukan tu je, kat negara-negara maju macam Switzerland, Iceland, dan Finland, dorang dah mula guna drone untuk hantar ubat-ubatan dan produk runcit ke kawasan yang susah dicapai. Bayangkan macam mana drone ni boleh bantu hantar bekalan ke tempat-tempat yang ada gunung-ganang, salji, atau jarak yang jauh dari bandar.

Kat Afrika pulak, negara macam Ghana dan Rwanda dah lama guna drone untuk hantar sampel ujian kesihatan dan bekalan perubatan ke kawasan pedalaman yang sukar dijangkau.

Jadi, teknologi yang asalnya nampak macam angan-angan atau gimmick dah mula jadi realiti yang praktikal. Syarikat besar dalam industri logistik dan penghantaran pun dah mula nampak potensi besar drone ni untuk streamline operasi dorang.

Masa depan penghantaran makanan di Malaysia

Kalau teknologi drone untuk delivery ni masuk ke Malaysia, especially untuk penghantaran makanan, korang boleh expect akan banyak gila perubahan besar dalam industri.

Drone boleh bantu kurangkan masa penghantaran sebab dia tak terkesan dengan kesesakan jalan raya, dan dia boleh direct fly terus ke rumah customer. Untuk korang yang duduk kat kawasan bandar besar macam KL yang penuh dengan jem, drone ni mungkin solusi paling cepat untuk dapatkan makanan korang dengan lebih pantas.

Syarikat macam Foodpanda atau Grab mungkin akan consider untuk guna drone sebagai salah satu cara baru untuk improve servis dorang. Korang bayangkan, tak perlu lagi tunggu lama bila jem panjang atau hujan lebat – drone boleh deliver terus, laju dan efficient.

Apa nasib penghantar makanan?

Korang yang kerja sebagai rider Foodpanda atau GrabFood, mungkin rasa risau dengan teknologi baru ni. Memang tak dinafikan, bila drone mula digunakan dengan meluas, job scope untuk penghantar makanan mungkin akan berkurangan, especially kat kawasan bandar besar.

Tapi, bukan semua penghantaran boleh dibuat guna drone, especially kawasan yang padat penduduk atau bangunan tinggi yang mungkin susah untuk drone navigate dengan selamat.

Tapi, tak bermakna penghantar makanan akan hilang kerja sepenuhnya.

Drone delivery mungkin lebih sesuai untuk kawasan tertentu yang kurang sesak, atau kawasan terpencil yang susah dicapai kenderaan biasa. Rider masih diperlukan untuk kawasan yang tak sesuai untuk drone operate, macam apartment tinggi atau kawasan yang terlalu sesak.

Selain tu, korang boleh consider untuk upgrade skill korang. Dalam dunia teknologi ni, skill maintenance dan kawalan drone mungkin jadi bidang baru yang boleh korang ceburi.

Korang mungkin boleh belajar macam mana nak selenggara drone, atau maybe even operate drone untuk syarikat besar dalam industri logistik. Teknologi baru ni bukan sekadar cabaran, tapi juga peluang untuk korang explore bidang baru yang mungkin lebih menguntungkan dan ada future yang lebih cerah.

AI ini akan gantikan kerja kita semua
Credit to UASolutions

Kesan teknologi ni pada industri penghantaran di Malaysia

Dengan peningkatan penggunaan drone untuk penghantaran barang dan makanan, korang boleh expect industri ni akan makin efisien dan cost-effective. Untuk syarikat besar, dorang tak lagi perlu bayar gaji rider, tak perlu pikir tentang cuti sakit, atau kenaikan kos minyak. Semua ni boleh dikurangkan dengan teknologi automasi macam drone.

Tapi, untuk pekerja yang bergantung kepada industri penghantaran, perubahan ni mungkin jadi satu cabaran besar.

Korang kena ready untuk adapt kepada perubahan teknologi. Mungkin ada peluang untuk jadi pakar dalam bidang teknikal macam selenggara drone, atau explore peluang dalam bidang lain yang lebih fokus kepada teknologi automasi.

Kesimpulan: Adakah kita semua akan kehilangan kerja?

Dengan AI, robot, dan drone yang semakin famous dan tinggi demand, benda ni memang boleh jadi menakutkan bila kita fikirkan banyak kerja manual dan fizikal berisiko hilang. Tapi, korang jangan risau sangat! Perubahan macam ni memang tak boleh dielakkan lagi, dan lebih penting lagi, kita kena cari cara untuk adapt dan bersedia dengan situasi baru ni.

Perubahan tu normal, tapi peluang baru juga ada

Memang tak dinafikan, banyak kerja akan tergugat. Kerja dalam bidang penghantaran, perkhidmatan pelanggan, dan pelbagai kerja manual yang lain mungkin akan terjejas. Tapi, kita semua kena ingat, bila satu pintu tutup, pintu lain akan terbuka. Teknologi ni juga akan bawa peluang baru yang mungkin korang tak nampak sekarang.

Contoh terbaik, ingat tak zaman industri dulu?

Mesin-mesin mula menggantikan buruh, dan ramai orang risau akan hilang kerja. Tapi lepas tu, banyak pekerjaan baru muncul dalam bidang kejuruteraan, pengurusan, dan teknologi. Begitu juga dengan sekarang – walaupun AI dan robot ambil alih beberapa tugas, ada banyak peluang baru menanti. Mungkin korang boleh jadi pakar dalam bidang yang berkaitan dengan teknologi baru ni.

Bagaimana teknologi AI dan robot ubah cara kita bekerja

AI, robot, dan automasi bukan saja akan ganti kerja manual, tapi mereka juga akan ubah cara kita bekerja secara keseluruhan. Dengan teknologi yang makin maju, korang mungkin akan lihat lebih banyak kerja yang melibatkan pengurusan dan pemantauan sistem automation.

Korang yang ada bakat dalam kreativiti dan pemikiran, itu satu kelebihan sebenarnya. Kerja-kerja yang memerlukan sentuhan emosi dan kepakaran akan terus dicari, sebab robot tak mampu nak replace tu semua.

Apa yang boleh kita buat untuk bersedia?

Jadi, apa yang korang boleh buat untuk bersedia dengan semua perubahan ni?

Pertama, korang perlu upgrade skill. Bukan setakat belajar kemahiran baru, tapi juga belajar untuk adapt dengan teknologi. Mungkin korang boleh ambil kursus online tentang teknologi, pengurusan, atau apa saja yang berkaitan dengan dunia digital. Ini bukan saja untuk pastikan korang relevan, tapi juga untuk buka peluang baru dalam kerjaya.

Kedua, explore peluang dalam bidang automation. Mungkin korang boleh jadi technician yang jaga robot-robot ni, atau belajar cara nak selenggara drone. Kerja-kerja ni memerlukan kepakaran yang lebih tinggi, dan korang mungkin akan dapat peluang yang lebih baik.

Ingat, walaupun banyak perubahan yang datang, kita semua ada peluang untuk belajar dan tumbuh. Korang hanya perlu bersedia untuk adapt dan terus mencari jalan untuk maju. Masa depan kerja mungkin nampak lain, tapi kita semua boleh buat yang terbaik daripadanya!

Tinggalkan Pendapat Anda