Google Cloud adalah satu set perkhidmatan cloud yang ditawarkan oleh pihak Google. Cloud ni membolehkan korang untuk membina, deploy, dan scale aplikasi, website, serta segala perkhidmatan yang korang jalankan dengan menggunakan infrastruktur Google.

Kiranya, Google Cloud ni macam sebuah platform yang menyediakan segala tools dan servis yang korang perlukan untuk uruskan projek IT korang ada. Simple.

Infrastruktur sebagai perkhidmatan (IaaS)

Dalam Google Cloud, korang boleh akses kepada infrastruktur sebagai perkhidmatan (Infrastructure as a Service – IaaS). IaaS ni macam korang sewa server atau komputer dari Google. Korang tak perlu risau pasal maintenance, upgrade, atau repair server tersebut sebab Google akan uruskan semua tu.

Contoh Perkhidmatan IaaS:

  • Google Compute Engine: Ini adalah virtual machine yang korang boleh gunakan untuk jalankan aplikasi atau website korang. Korang boleh pilih spesifikasi VM ikut keperluan korang, macam RAM, CPU, dan storage.
  • Google Cloud Storage: Perkhidmatan penyimpanan data yang boleh diakses dengan mudah dan selamat. Ia sesuai untuk simpan segala jenis fail, dari dokumen, gambar, video hingga kepada database backup.

Platform sebagai perkhidmatan (PaaS)

Google Cloud juga menawarkan platform sebagai perkhidmatan (Platform as a Service – PaaS). PaaS ni membolehkan korang membangunkan, menguji, dan deploy aplikasi tanpa perlu risau pasal infrastruktur di belakangnya.

Contoh Perkhidmatan PaaS:

  • Google App Engine: Satu platform yang membolehkan korang develop dan host aplikasi web. Ia menyokong pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, PHP, dan Go. App Engine akan uruskan scaling dan pengurusan server secara automatik.
  • Google Cloud Functions: Ini adalah servis yang membolehkan korang menulis dan deploy kod tanpa perlu menguruskan server. Ia sesuai untuk task-task kecil seperti pemprosesan data, webhooks, dan lain-lain.
Apa itu Google Cloud? Ini yang korang kena tahu
Credit to Google Cloud

Software sebagai perkhidmatan (SaaS)

Google Cloud turut menyediakan software sebagai perkhidmatan (Software as a Service – SaaS). Dengan SaaS, korang boleh menggunakan software yang disediakan oleh Google tanpa korang perlu install apa-apa lagi pada akaun server korang.

Contoh Perkhidmatan SaaS:

  • Google Workspace (dulu dikenali sebagai G Suite): Ini termasuklah Gmail, Google Docs, Google Sheets, Google Drive, dan banyak lagi. Semuanya dihoskan didalam cloud dan boleh diakses dari devices yang korang bawa kemana mana sahaja.

Big Data Solutions

Google Cloud juga sangat terkenal dengan penyelesaian data besar (big data solutions). Ia menawarkan pelbagai perkhidmatan yang membolehkan korang mengumpul, menyimpan, dan menganalisis data dalam skala yang besar.

Contoh Perkhidmatan Big Data:

  • BigQuery: Perkhidmatan analisis data yang sangat laju dan scalable. Ia membolehkan korang menjalankan query SQL pada data yang sangat besar dalam masa yang singkat.
  • Google Cloud Dataflow: Membolehkan korang memproses dan transform data dalam masa nyata atau batch processing.

AI & Machine Learning

Satu lagi kekuatan Google Cloud adalah dalam bidang kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran Machine Learning. Google menyediakan pelbagai jenis tools dan servis untuk membolehkan korang bangunkan aplikasi AI korang sendiri dengan mudah.

Contoh Perkhidmatan AI & ML:

  • TensorFlow: Framework open-source yang sangat popular untuk pembelajaran mesin. TensorFlow digunakan untuk membina model machine learning.
  • Google Cloud AI Platform: Platform yang membolehkan korang develop, train, dan deploy model machine learning dengan mudah.

Security dan Management

Google Cloud sangat mementingkan aspek security dan management. So Google menyediakan pelbagai tools untuk membantu korang mengurus dan melindungi data serta aplikasi yang korang bangunkan.

Contoh security dan management yang disediakan:

  • Google Cloud Identity & Access Management (IAM): Membolehkan korang mengurus siapa yang boleh akses apa dalam projek korang.
  • Google Cloud Security Command Center: Platform keselamatan yang membolehkan korang memantau dan menguruskan keselamatan persekitaran Google Cloud korang.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, Google Cloud adalah satu platform komprehensif yang menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk membantu korang deploy dan menguruskan aplikasi serta data dalam skala yang besar.

Dari infrastruktur, platform, software, AI, sampai ke level security, semuanya dah ada dalam Google Cloud. So, kalau korang nak mulakan projek IT atau nak migrate aplikasi korang ke cloud, Google Cloud adalah salah satu pilihan yang baik untuk korang start.

Tinggalkan Pendapat Anda