Korang kalau jumpa artikel ni, mungkin sebab korang dah guna app Atome tapi korang terlambat bayar atau memang sengaja tak nak langsung. So sebab tu korang cari apa akan jadi kalau korang tak bayar Atome.

Kalau terlupa bayar sehari dua

Okey, kalau Atome dah bagi due date dan korang terlepas due date dan masih belum bayar, takkan ada apa yang akan berlaku melainkan Atome akan kenakan late payment sebanyak RM23 dan mungkin juga akan dikenakan panalty sebanyak RM7 bergantung pada Atome Funding Source.

Kalau korang masih tak bayar late payment ni, Atome akan cuba hubungi korang melalui no telefon yang didaftarkan. Biasanya Atome akan direct call untuk ingatkan korang secara friendly. Tapi kalau korang masih lagi tak bayar dan ignore call dari Atome, diorang akan serahkan kes korang kepada Debt Collector.

Bila dah serah kepada Debt Collector, hari hari diorang akan kacau otak korang. Call, SMS, nak datang rumah dan sebagainya.

Apa jadi kalau korang tak bayar Atome?
Credit to SoyaCincau.com

Masih tak nak bayar

Kalau korang masih tak bayar walaupun dengan Debt Collector, nama korang akan di masukkan dalam senarai ‘blacklist’ CTOS.

Bila nama dah masuk CTOS, rekod credit korang akan jadi tak cantik. So bila korang nak apply apa apa servis, macam Astro, Coway, Wifi atau apa sahaja yang melibatkan bayaran bulanan dia akan jadi susah. Tak terkecuali juga bila korang nak sewa rumah. Lagi lagi kalau rumah tu under syarikat.

Biasanya rumah under syarikat ni diorang akan check CTOS.

CTOS adalah satu sistem yang rekodkan semua sejarah kredit korang. Nak tahu, baca kat sini. Kesan CTOS.

Susah nak dapat loan

CTOS tak cantik bermaksud korang susah nak buat loan. Mungkin sekarang korang tak perlukan loan, tapi akan datang korang mungkin perlukan loan lagi lagi masa korang betul betul memerlukan duit. Masa tu lah baru korang akan terasa susah sebab tak ada orang yang akan tolong korang melainkan pinjaman ahlong je.

Kesimpulan

So korang dah tahu apa akan jadi kalau korang tak bayar Atome. Kalau korang tak nak benda kat atas ni jadi pada korang, better korang bayar je lah hutang tu. Hutang memang wajib dibayar dan jangan suka tangguh tangguhkan. Bab duit jangan bawak main dengan sesiapa. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Tinggalkan Pendapat Anda