TikTok PayLater ni sebenarnya kerjasama antara TikTok dan PIPO Fintech Services (MY) Sdn Bhd. Jadi, kalau korang guna TikTok PayLater, korang berhutang dengan PIPO Fintech Services, bukan dengan Tiktok tu sendiri. Jom kita sembang apa akan jadi kalau korang tak bayar TikTok PayLater.

Akaun TikTok PayLater akan freeze sementara

Kalau korang tak bayar pinjaman pada tarikh yang dah ditetapkan, akaun TikTok PayLater korang akan dibekukan untuk sementara. Korang tak boleh guna lagi TikTok PayLater sampai korang bayar semua yang tertunggak termasuklah dengan fee lewat bayar. Bila akaun dibekukan ni memang akan jadi leceh sebab korang tak boleh buat pembelian baru guna TikTok PayLater lagi. So ini yang akan berlaku.

Apa jadi kalau korang tak bayar TikTok PayLater

Fee pengaktifan semula

Kalau korang lambat bayar, korang akan dikenakan fee untuk buat pengaktifan semula sebanyak RM10. Akaun korang akan diaktifkan semula bila semua bayaran yang tertunggak dan fee lewat dah dibayar sepenuhnya. Fee ni nampak macam kecil je, tapi kalau korang kerap sangat lambat bayar, memang akan jadi banyak lah. So pastikan korang bayar hutang tepat pada masanya.

Risiko TikTok PayLater kena ban

Kalau korang tak bayar tepat pada masanya, akaun korang mungkin berisiko untuk kena ban dan korang tak boleh lagi buat Tiktok PayLater. Benda ni bukan je menyusahkan, tapi boleh rosakkan sekali segala perancangan kewangan korang dimasa akan datang.

Panggilan dan peringatan

TikTok PayLater akan selalu hantar peringatan melalui SMS, notifikasi dalam app, panggilan automatik dan macam-macam lagi sebelum tarikh pembayaran. Kalau korang masih tak bayar jugak, TikTok PayLater mungkin akan call korang terus. Tapi janganlah risau sangat, tu semua untuk ingatkan korang je. Apa apa pun korang kena cakap benda yang betul.

Rekod kredit akan jadi tak cantik

Bila korang tak bayar TikTok PayLater ikut masa yang dah ditetapkan, benda ni boleh jejaskan rekod kredit korang. Rekod kredit yang buruk akan sebabkan korang tak dapat nak buat pinjaman atau perkhidmatan kredit lain. Lagi-lagi PIPO Fintech ni adalah syarikat fintech Malaysia, rekod korang mungkin dilaporkan kepada CTOS. CTOS ni pulak adalah agensi pelaporan kredit utama di Malaysia.

Kalau rekod korang buruk dalam CTOS, benda ni memang akan bagi kesan untuk jangka panjang pada kelayakan korang untuk dapatkan kredit masa hadapan. CTOS ni macam pusat maklumat kewangan yang bank dan institusi kewangan lain guna untuk check rekod korang sebelum luluskan pinjaman. Kalau rekod korang tercalar kat sini, memang susah la nak buat pinjaman peribadi, beli rumah, atau dapatkan kad kredit.

Apa jadi kalau korang tak bayar TikTok PayLater

Tak melibatkan debt collector

TikTok PayLater ni tak melibatkan debt collector. Kalau korang gagal buat pembayaran, TikTok PayLater akan hantar peringatan dan call korang dulu. Kalau tetap tak bayar lepas beberapa peringatan, akaun korang akan dibekukan sementara dan korang kena settle semua bayaran tertunggak serta fee pengaktifan semula sebelum akaun boleh aktif semula. Jadi, walaupun untuk masa sekarang tiada lagi debt collector untuk Tiktok PayLater ni, korang kena jugak urus hutang sendiri supaya tak jadi masalah besar. Coming soon diorang akan buat jugak ni rasanya.

Langkah-langkah yang boleh korang ambil

  • Bayar tepat pada masanya: Sentiasa pastikan korang bayar bil TikTok PayLater tepat pada masanya untuk elak akaun dibekukan dan fee pengaktifan semula.
  • Check rekod pembayaran: Semak log pembayaran bawah had TikTok PayLater korang untuk pastikan semua pembayaran dibuat.
  • Guna kaedah pembayaran lain: Kalau pembayaran melalui cara tertentu gagal, cuba cara lain.
  • Hubungi customer services: Kalau korang ada masalah, trye je minta bantuan dari Customer Services TikTok PayLater melalui ciri Livechat di halaman TikTok PayLater.

Kesimpulan

Korang kena ambil serius bab hutang sebab korang dah hutang jadi korang kena bayar la balik. TikTok PayLater bagi kemudahan beli sekarang bayar kemudian, tapi kena jugak disiplin bayar tepat pada masanya. Kalau ada masalah, jangan segan untuk cari bantuan dan pertimbangkan alternatif pembayaran yang lebih sesuai dengan keadaan korang. Dengan urus kewangan bijak, korang boleh enjoy kemudahan TikTok PayLater tanpa sebarang masalah.

Tinggalkan Pendapat Anda