Selamat ke pakai spaylater: Ini yang korang kena tahu!

SPayLater ni adalah satu platform yang memberikan korang pinjaman dari Shopee la. Bermaksud korang boleh beli apa apa barang tanpa korang bayar satu sen pun. Hanya gunakan SpayLater semata.

Lepas korang dah dapat barang, baru lah SpayLater tetapkan bayaran bulanan untuk korang bayar setiap bulan. Shopee sekarang dah jadi macam ahlong.

Korang boleh bayar balik bulan depan. Boleh pilih berapa bulan yang korang nak bayar. 3 bulan, 6 bulan & sampai ke 12 bulan. Untuk 12 bulan ni Shopee hanya bagi random. Bermaksud tak semua orang dapat oke. Tapi, SPayLater ni selamat ke? Ada apa je baik buruk dia? Macam mana nak guna SPayLater ni? Jom study sikit sikit. 

Apa yang best pasal SPayLater

  • SPayLater ni best sebab korang boleh beli barang yang korang nak tanpa kena tunggu gaji masuk atau korang perlu simpan duit. Kalau ada emergency ke, ada sale ke, korang boleh je grab barang tu dulu.
  • SPayLater ni pun best sebab korang boleh bayar balik mengikut kemampuan. Korang boleh bayar semua sekali gus pada bulan depan tanpa kena apa apa interest, atau korang boleh bayar sikit-sikit dengan interest yang rendah pada setiap bulan. Simple. 
Credit to Shopee

Apa yang tak best pasal SPayLater

Tapi SpayLater ni ada jugak benda yang tak bestnya. So jangan happy sangat.

  • SPayLater ni kenakan yuran 1.5% setiap bulan pada jumlah yang korang pinjam bermula 17 Oktober 2022. Maknanya korang kena bayar lebih sikit la kalau korang guna SPayLater tanpa ansuran atau dengan ansuran lebih daripada sebulan.
  • SPayLater ni pun ada limit kredit yang bergantung pada rekod pembayaran dan belian korang kat Shopee. Maknanya korang tak boleh la guna SPayLater untuk barang yang mahal. Ikut pada jumlah yang ShopeePay bagi je kat korang. 
  • SPayLater ni kena bayar tepat pada tarikh due, sama ada 10 atau 1 setiap bulan, ikut pada bil yang korang dapat. Kalau korang lambat bayar, akaun SPayLater korang boleh kena freeze dan kena bayar fee dalam RM10.
  • Kalau korang tak bayar langsung, tak ada hal, nanti ShopeePay akan call korang hari hari. Dia akan cakap “Hi, I miss You, where my money?”.

Macam mana nak aktifkan dan guna SPayLater

Sebelum korang nak aktifkan SpayLater ni, korang kena tahu benda ni bukan semua orang akan dapat. Hanya orang yang banyak belanja dalam Shopee je yang akan dapat offer ni. 

So, kalau korang dah dapat offer ni, dia akan bagi tahu dengan jelas dalam app Shopee tu. Kalau korang dapat baru la korang boleh aktifkan. 

Untuk aktifkan dan guna SPayLater, korang kena ikut step-step ni:

  1. Buka app Shopee dan pergi ke Me > Aktifkan Sekarang > Masuk OTP yang dihantar ke phone kita > Teruskan > Masuk butiran MyKad dan info lain yang kena isi > Mulakan Pengesahan Muka > Mulakan PayLater.
  2. Pilih SPayLater bila nak checkout: Pilihan Pembayaran > SPayLater > SAHKAN > Tempah Pesanan > masuk PIN ShopeePay kita > TERUSKAN.
  3. Bayar balik pinjaman kita melalui ShopeePay Wallet atau bank online sebelum tarikh due. Very simple. 

Boleh ke saya nak tambah limit?

SPayLater ni ada limit kredit yang berbeza-beza untuk setiap orang. Limit ni ditentukan oleh Shopee ikut aktiviti dan pembelian korang kat situ.

Korang tak boleh minta tambah limit. Tapi korang boleh try contact CS Shopee untuk berunding. Biasanya kalau korang dapat RM1,000 je, itu je la yang korang boleh guna. Kalau korang dapat RM4,000, itu je la yang korang boleh guna.

Limit ni mungkin berubah ikut pada rekod pembayaran korang pada setiap bulan.

Jadi kalau korang nak dapat limit yang tinggi, kena la bayar tepat pada masa dan beli barang banyak-banyak kat Shopee.

Kenapa korang tiada SPayLater?

SPayLater ni bukan semua orang boleh dapat. Shopee cuma offer kat orang yang selalu beli barang besar-besar kat situ.

Macam tu la Shopee tahu kita mampu bayar ke tak. Dia macam dah ada statement korang dalam sistem dia. Tak macam bank yang kena mintak statement kita secara manual. So kalau korang nak dapatkan SPayLater ni, kena la beli banyak-banyak benda mahal kat Shopee. Baru peluang untuk korang dapatkan SpayLater ni cerah.

Walaupun korang dah banyak keluar duit, tak semestinya korang akan dapat. Mungkin dorang tengok CTOS juga kot. Apa pun ada banyak pendapat tentang hal ni. Ada yang dapat dan ada yang tak dapat.

Kesimpulan

SPayLater ni selamat digunakan sebab dia dah dapat kelulusan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). 

Apa apa hal kalau SpayLater ni buat hal, korang boleh je saman.

Tapi, korang kena guna SPayLater ni dengan bijak dan bertanggungjawab. Jangan beli barang yang korang tak perlukan atau tak mampu bayar. 

Jangan lepas tarikh due. Jangan harap boleh tambah limit sebab limit tu ikut rekod korang kat Shopee.

Kalau korang guna SPayLater ni dengan betul, korang boleh enjoy beli barang dulu, bayar kemudian. Kalau tak, korang boleh ada masalah kewangan.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support