Selamat ke app Boost - Jom baca

Apa itu Boost?

Boost adalah satu app e Wallet yang boleh menjadi benda sangat penting dalam melakukan transaksi kewangan. Korang boleh guna Boost ni untuk guna untuk bayar bil, beli top-up, hantar duit dan semua boleh buat guna jari je. Mudah kan?

Keselamatan app Boost

Ciri-ciri keselamatan

Boost tak main-main pasal bab keselamatan. Diorang guna macam-macam method untuk pastikan duit korang selamat:

  • Pengesahan dua faktor (2FA): Setiap kali log in atau buat transaksi penting, Boost minta extra step pengesahan. Macam double kunci lah.
  • Enkripsi data: Info kita diorang sulitkan. Jadi, susahlah untuk orang jahat nak curi-curi intip.
  • Pemantauan transaksi: Kalau ada transaksi yang nampak pelik, Boost terus je tindakan.

Update security terkini

Boost tak pernah berhenti improve. Sentiasa masa korang akan perasan yang diorang selalu update app Boost. Dorang selalu update sistem security ke arah yang lebih baik untuk pastikan duit korang sentiasa selamat. Dekat sini je korang tak perlu risau tentang app Boost.

Pengalaman pengguna

Kemudahan penggunaan

Semua orang boleh guna app Boost ni dengan mudah sebab app dia memang dah di design untuk pengguna mudah faham & mudah untuk guna.

Support pelanggan

Kalau korang ada masalah dengan app Boost atau masalah akaun, korang boleh je contact direct support dari app Boost. Diorang akan bantu korang sampai masalah tu selesai. Simple.

Pembayaran dan transaksi melalui boost

Pelbagai method pembayaran

Dalam app Boost ada banyak pilihan feature yang korang nak guna. Contohnya korang boleh guna app Boost ni untuk bayar bil elektrik, air, atau top up telefon pun boleh. Yang bestnya, ada banyak promosi dan cashback.

Transfer duit dengan mudah

Korang nak hantar duit kat member atau family? Senang je dengan Boost. Tak perlu lagi fikir pasal nombor akaun bank. Cuma guna nombor telefon, dan voila, duit dah sampai. Macam hantar mesej, tapi ini hantar duit.

Support semua bisnes

Senang digunakan di kedai dan online

Boost bukan saja untuk bayar bil atau hantar duit. Banyak kedai dan perniagaan online sekarang terima pembayaran melalui Boost. Jadi, bila shopping, tak perlu risau pasal bawa banyak cash. Scan je kod QR, dan pembayaran selesai. Mudah, cepat, dan selamat!

Kerjasama dengan syarikat besar

Boost juga kerap buat kerjasama dengan syarikat-syarikat besar. Ini bermakna lebih banyak tawaran istimewa dan promosi untuk pengguna Boost. Macam ada sale 24/7!

Kelebihan mengunakan app Boost

Rewards dan point

Setiap kali korang guna Boost, korang akan dapat points. Points ni boleh tukar dengan macam-macam rewards. Ada yang boleh guna untuk bayar bil, ada yang untuk belanja di kedai-kedai tertentu. Macam dapat hadiah untuk setiap transaksi!

Komuniti pengguna boost

Boost bukan setakat aplikasi, tapi dah jadi macam komuniti. Ada forum untuk pengguna berinteraksi, share tips, dan bincang tentang promosi terkini. Korang boleh jadi sebahagian daripada komuniti ni dan dapatkan lebih banyak manfaat.

Tips keselamatan pengguna

  1. Jangan kongsi maklumat peribadi: ID, kata laluan, atau kod OTP, jaga baik-baik.
  2. Gunakan kata laluan yang kuat: Pilih yang susah diteka dan unik.
  3. Kemas kini aplikasi: Sentiasa update ke versi terbaru.

Kesimpulan

App Boost memang selamat digunakan kerana disahkan oleh Bank Negara Malaysia. Boost juga ada disenaraikan dalam website rasmi BNM. Ini yang buat pengguna lebih yakin dengan app Boost. Lagi best, Boost ni dah pun dilesenkan sebagai bank digital yang sah dalam Malaysia.

Selain e Wallet korang boleh gunakan Boost untuk open Saving Account.

Dengan keselamatan top-notch dan sokongan pelanggan yang terbaik, kita boleh rasa lebih tenang dan selesa guna Boost untuk urusan harian. Tapi, jangan lupa, keselamatan diri juga penting. Jaga-jaga dan guna dengan bijak, okay?

So, apa lagi? Download app Boost. Semoga info ni bantu korang faham lebih dalam tentang Boost!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support