Syarat sebelum menjadi Hacker

Mesti pandai dalam bahasa English

Nak jadi hacker, korang mesti pandai dalam bahasa English. Sebab, kebanyakan code yang korang nak tulis dan tools yang digunakan semua dalam bahasa English. Jadi, tak kisah la korang baru nak belajar ke, atau memang dah biasa, bahasa English memang penting. Tapi jangan risau, kalau English tak pandai, jangan putus asa! Korang tetap boleh belajar jadi hacker, cuma kena usaha lebih sikit. Jangan bagi hal ni jadi penghalang!

Mesti ada duit

Nak jadi hacker, memang memerlukan duit. Semua tools dan kemudahan yang diperlukan untuk jadi hacker memerlukan kos. Contohnya macam hosting, VPS, domain, beli kursus, dan banyak lagi benda lain yang memerlukan duit. Memang betul, “no money no talk”, tapi jangan risau, tak wajib ada duit banyak pun. Korang masih boleh jadi hacker, cuma agak susah sedikit tanpa wang untuk beli tools atau kursus. Tapi dengan banyak sumber percuma yang ada, korang boleh mula dengan asas dulu.

Mesti ada komputer

Untuk jadi hacker, memang kena ada komputer. Tak ada komputer, tak ada maknanya nak jadi hacker, sebab smartphone tak mampu nak handle kebanyakan tools dan software yang diperlukan. Orang yang hanya bergantung pada telefon biasanya akan cepat berputus asa. Jadi, kalau korang serius nak jadi hacker, pastikan korang ada komputer yang sesuai.

Mesti rajin membaca

Jadi seorang hacker bukan hanya tentang teknik dan tools, tapi juga tentang pembelajaran berterusan. Kalau korang jenis yang malas nak baca dan tak suka buat research dalam Google, maka agak susah untuk korang berjaya sebagai hacker. Hacker yang berjaya adalah mereka yang rajin belajar, rajin baca, dan selalu mengemas kini ilmu mereka. Kalau korang bukan jenis yang suka membaca, mungkin bidang ni bukan untuk korang.

Mesti faham undang-undang Malaysia

Di Malaysia, korang tak boleh sesuka hati hack sistem orang lain. Kalau korang dikesan, boleh dikenakan tindakan undang-undang yang berat, termasuk saman. Bila dah kena saman, korang boleh bangkrap, masuk penjara, dan mungkin tak dapat keluar negara. So, jangan ambil ringan bab undang-undang ni. Bila jadi hacker yang sah, korang kena tahu batasan dan patuhi undang-undang negara.

Mesti rajin buat praktikal

Tak cukup sekadar baca buku atau tengok tutorial, korang kena rajin buat praktikal! Kalau tak praktikkan apa yang korang belajar, susah nak tahu sejauh mana kemahiran korang. Ada banyak platform online yang boleh korang gunakan untuk berlatih. Kalau hanya bercakap kosong, sampai bila-bila pun korang tak akan jadi hacker yang berjaya.

Mesti seorang yang kreatif

Hacker adalah orang yang kreatif. Mereka selalu berfikir di luar kotak. Kalau korang hanya ikut teori dan pengetahuan yang ada, tanpa berfikir kreatif, korang susah nak jadi seorang Ethical Hacker. Kreativiti sangat penting dalam bidang ni untuk menyelesaikan masalah yang kompleks. Jadi, kalau korang tak kreatif, memang sukar untuk berkembang dalam dunia hacking.

Jangan kedekut keluarkan duit

Ramai yang nak jadi hacker, tapi kedekut nak keluarkan duit untuk beli kursus yang baik. Sebagai contoh, walaupun banyak sumber percuma dalam talian, banyak kursus berbayar yang lebih tersusun dan menyeluruh. Jangan terlalu berkira dengan pelaburan dalam pembelajaran. Kalau korang rasa sayang nak keluarkan duit untuk belajar dengan teratur, korang akan susah nak maju. Ada banyak kursus yang direka khas untuk membantu korang belajar dengan betul, jadi manfaatkan peluang tu.

Mesti ada minat yang mendalam dalam teknologi

Jika korang tak ada minat dalam dunia teknologi, agak susah untuk jadi seorang hacker yang berjaya. Hacking melibatkan pemahaman mendalam tentang sistem komputer, rangkaian, dan bagaimana mereka berfungsi. Kalau korang tak minat atau kurang rasa tertarik dengan teknologi, mungkin korang akan cepat jemu atau malas untuk terus belajar. Jadi, pastikan korang memang ada minat dalam bidang teknologi dan pengaturcaraan sebelum masuk ke dunia hacking.

Mesti sabar dan tahan lasak

Hacking bukan sesuatu yang mudah. Kadang-kadang korang akan berhadapan dengan banyak halangan dan kesilapan. Korang mungkin akan menghadapi kegagalan berkali-kali sebelum berjaya. Jadi, sifat sabar dan tahan lasak sangat diperlukan. Bila korang buat eksperimen atau cuba untuk menembuskan sistem, tak semestinya berjaya dalam percubaan pertama. Jadi, jangan mudah berputus asa. Setiap kesilapan adalah peluang untuk belajar lebih banyak.

Mesti sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terkini

Teknologi sentiasa berubah dan berkembang. Untuk jadi hacker yang berjaya, korang mesti sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam bidang IT dan cybersecurity. Ini bermaksud, korang kena update pengetahuan tentang teknologi terbaru, seperti sistem pengoperasian baru, software terbaru, serta alat dan teknik hacking yang digunakan oleh para hacker. Hacker yang berjaya sentiasa terlibat dengan komuniti dan belajar daripada orang lain yang lebih berpengalaman.

Mesti berfikiran kritis

Sebagai hacker, korang perlu sentiasa berfikir dengan cara yang kritis dan analitis. Bila menghadapi masalah atau mencari kelemahan dalam sistem, korang perlu melihatnya dari pelbagai sudut. Hanya dengan berfikiran kritis, korang dapat mengenal pasti potensi risiko atau masalah yang orang lain mungkin tak perasan. Jadi, pastikan korang membina kemahiran berfikir secara analitikal sebelum nak masuk dalam dunia hacking.

Mesti memahami konsep network komputer

Untuk menjadi hacker yang berkesan, pemahaman yang mendalam tentang network komputer adalah sangat penting. Hacker perlu memahami bagaimana data bergerak melalui rangkaian, bagaimana sistem berhubung antara satu sama lain, dan cara untuk mengaksesnya dengan selamat atau mengidentifikasi kelemahan di dalamnya. Jadi, pastikan korang menguasai asas network komputer jika nak jadi seorang hacker yang baik.

Belajar jadi hacker

1. Fahamkan dulu apa Itu Hacking

Pertama sekali, korang kena faham apa sebenarnya itu hacking. Hacking bukan perkara yang boleh dibawak main main. Hacking adalah satu aktiviti yang boleh membahayakan diri korang. Jadi korang kena tahu apa itu hacking sebelum korang menjadi seorang hacker.

Hacking adalah satu proses di mana seseorang tu dapat akses ke dalam sistem atau network yang tak sepatutnya dia akses. Kalau korang buat benda ni dengan mendapatkan kebenaran, korang selamat. Tapi kalau korang buat benda ni tanpa mendapatkan kebenaran dari pihak yang sepatutnya, korang dalam masalah besar.

Nak buat hacking, korang perlukan skill yang tinggi untuk bypass security system yang ada. Yang buat security tu adalah seorang engineer, software developer, berkelulusan cyber security dan sebagainya. Jadi korang kena jadi LAGI PANDAI dari orang yang buat security system tu.

Then baru lah korang boleh bypass system security yang diorang buat. Nak jadi ethical hacker, korang kena tahu jalan hacker yang macam mana yang korang nak.

  • Black Hat Hackers: Hacker yang suka melanggar undang undang, sebab hacker macam ni gunakan skill yang ada untuk kepentingan diri sendiri contohnya untuk scam orang, dengki & tunjuk hebat. Tapi, risiko untuk ditangkap sangat tinggi kerana hacker jenis ni melanggar undang undang Malaysia.
  • White Hat Hackers: Ini adalah hacker yang bekerja dengan mengikut undang undang. White Hat Hacker hanya menjalankan pen testing dengan tujuan membuat report dan improve system security yang ada. Dan paling penting White Hat Hacker adalah orang yang mendapat kebenaran sebelum menjalankan pen testing pada system. White Hat Hacker ni lah yang dipanggil sebagai Ethical Hacker.
Belajar Hack dekat Belajar Digital Official - By HMC

2. Apa yang korang kena belajar dalam bidang hacker

Nak jadi seorang hacker, ada beberapa kemahiran penting yang korang kena kuasai. Berikut adalah perkara-perkara utama yang perlu korang belajar:

1. Operating Systems

Korang kena faham tentang operating systems (OS) macam Windows, Linux, dan macOS. Linux biasanya lebih popular dalam dunia hacking, jadi korang kena fokus untuk belajar Linux dengan baik.

2. Network

Ilmu tentang network sangat penting sebab kebanyakan serangan berlaku di network. Korang kena tahu tentang IP addressing, subnets, ports, DNS, DHCP, dan protocols.

3. Programming

Korang perlu kuasai sekurang-kurangnya satu bahasa programming. Sama ada Python, C, C++, JavaScript, dan Bash scripting adalah antara bahasa yang biasa digunakan oleh hacker. Python antara yang paling popular untuk korang hacker buat skrip dan exploit development.

4. Cybersecurity Concepts

Korang kena faham tentang cybersecurity dan cara untuk melindungi sistem daripada serangan. Ini termasuk firewalls, encryption, IDS, dan antivirus. Pelajari juga teknik serangan seperti SQL injection, XSS, dan buffer overflow.

5. Penetration Testing (Pentesting)

Penetration testing adalah kemahiran utama dalam hacking. Korang perlu belajar cara untuk menguji dan mengeksploitasi kelemahan sistem secara sah untuk membantu organisasi memperbaiki kelemahan mereka.

6. Ethical Hacking

Penting untuk korang faham etika dalam hacking. Sebagai ethical hacker, korang akan menggunakan kemahiran untuk tujuan yang baik, seperti melindungi sistem dan data, bukan untuk mencuri atau merosakkan.

7. Cryptography

Belajar tentang cryptography untuk memahami penyulitan dan pemecahan penyulitan. Ini penting untuk korang melindungi data dan juga mengeksploitasi kelemahan dalam sistem yang menggunakan encryption.

8. Vulnerability Management and Exploits

Korang perlu tahu tentang vulnerabilities dan cara untuk exploit kelemahan dalam aplikasi atau sistem. Fahami alat exploit yang digunakan dan teknik-teknik untuk menganalisis kelemahan.

9. Digital Forensics

Digital forensics adalah penting dalam mengesan dan menganalisis serangan siber. Kemahiran ini membantu korang memahami bukti digital yang digunakan dalam penyiasatan.

10. Application Security

Setiap aplikasi ada kelemahan keselamatan. Korang perlu belajar bagaimana untuk melakukan security testing pada aplikasi dan memahami potensi risiko dalam kod atau sistem.

11. Reverse Engineering

Reverse engineering adalah proses menganalisis perisian untuk memahami bagaimana ia berfungsi dan mencari kelemahan. Kemahiran ni membolehkan korang menganalisis malware atau perisian yang telah disusun untuk mencari titik lemah dalam kod.

12. Social Engineering

Social engineering adalah seni untuk mengeksploitasi kelemahan manusia, bukan sistem. Hacker sering menggunakan phishing dan pretexting untuk mendapatkan maklumat sensitif. Korang perlu faham cara-cara penyerang menggunakan manipulasi psikologi untuk mengakses data.

13. Cloud Security

Dengan semakin ramai yang menggunakan cloud computing, korang juga perlu faham tentang cloud security. Banyak syarikat kini menyimpan data mereka di awan, jadi hacker juga sering mencari kelemahan dalam perkhidmatan cloud. Korang kena tahu cara mengamankan aplikasi dan data yang disimpan di cloud.

14. Wi-Fi Hacking

Wi-Fi hacking adalah kemahiran yang berguna untuk menguji keselamatan wireless networks. Korang boleh belajar cara crack WPA2, menggodam rangkaian Wi-Fi, dan mengesan serangan man-in-the-middle.

15. Mobile Security

Banyak orang menggunakan peranti mudah alih, dan peranti-peranti ini sering terdedah kepada serangan. Sebagai hacker, korang perlu memahami tentang mobile security, cara melindungi aplikasi dan data dalam smartphone, serta teknik untuk hack aplikasi mudah alih.

16. IoT Security

IoT (Internet of Things) semakin popular, dan banyak peranti yang disambungkan ke internet, seperti kamera keselamatan, smart TV, dan peralatan rumah pintar. Hacker perlu faham cara melindungi dan mengeksploitasi IoT devices yang mungkin mempunyai kelemahan keselamatan.

17. Automation

Korang perlu tahu bagaimana untuk menggunakan automation dalam hacking. Ini termasuk automasi serangan, pengumpulan maklumat, atau ujian penetrasi dengan menggunakan alat seperti Metasploit dan Burp Suite.

Banyak yang perlu korang belajar untuk jadi hacker yang berjaya. Bermula dengan asas network, programming, dan cybersecurity, kemudian perlahan-lahan menguasai aspek teknikal lain seperti cryptography, pentesting, dan social engineering. Ingat, hacking bukan tentang merosakkan tetapi untuk melindungi dan memperbaiki sistem. Teruskan belajar dan praktis supaya korang boleh jadi hacker yang sah dan ethical.

3. Antara platform yang boleh korang belajar untuk menjadi seorang Ethical Hacker

1. Belajar Digital Official

Kalau korang baru nak start belajar hacking, Belajar Digital Official adalah pilihan terbaik! Platform ni memang ditulis oleh Hackers Malaysia Community dan sesuai untuk korang yang ZERO dalam bidang IT. Korang tak perlu risau tentang programming ke apa sebab kita akan ajar benda-benda asas yang memang penting untuk korang tahu dulu.

Semua tutorial di sini adalah dalam Bahasa Malaysia, jadi korang tak perlu risau kalau tak fasih dalam bahasa Inggeris. ePanduan di Belajar Digital Official juga memang sentiasa up-to-date, so korang belajar teknik-teknik yang relevan dengan perkembangan semasa. Paling cool, ada quiz untuk korang test ilmu yang dah belajar! Jadi, kalau korang nak belajar dengan cara yang santai tapi berkesan, ini adalah platform yang sesuai untuk mulakan perjalanan korang dalam dunia ethical hacking.

2. Google

Google memang sumber segalanya! Memang banyak info yang korang boleh cari, tapi masalahnya, semuanya tak tersusun. Kadang-kadang korang perlu spend banyak masa untuk mencari bahan yang betul. Selain itu, kebanyakan info yang korang jumpa adalah dalam bahasa Inggeris, jadi kalau korang tak selesa dengan bahasa tu, mungkin boleh jadi susah nak faham. Walaupun Google penuh dengan ilmu, tapi korang akan ambil masa yang lebih lama untuk belajar dengan cara ni dan boleh jadi agak mengelirukan.

3. Udemy

Udemy memang terkenal dengan kursus berkualiti dalam dunia ethical hacking, tapi harganya agak mahal. Jika korang betul-betul nak belajar, kos untuk setiap kursus di Udemy boleh tahan tinggi. Walaupun kursus-kursus di sini disusun dengan baik dan terstruktur, kadang-kadang korang mungkin rasa tertipu sebab tak semua kursus tu sesuai dengan tahap korang. Kalau korang masih baru dalam dunia hacking, Udemy mungkin bukan pilihan terbaik sebab kosnya yang agak tinggi.

4. Coursera

Coursera menawarkan kursus daripada universiti terkenal, jadi korang boleh dapat sijil yang sah. Tapi, harganya sangat mahal! Kalau korang newbie dan tak nak terbeban dengan kos yang tinggi, Coursera mungkin bukan pilihan terbaik untuk korang. Walau bagaimanapun, kalau korang ada budget lebih dan betul-betul serius, bolehlah cuba. Korang akan belajar dari universiti terkenal dan dapat pengalaman belajar yang lebih terstruktur.

5. YouTube

YouTube adalah tempat yang best untuk cari tutorial percuma, tapi ada satu masalah – video-video di YouTube sangat tak tersusun. Kadang-kadang, video tu terlalu teknikal dan cepat sangat untuk difahami. Korang mungkin akan rasa keliru nak mula dari mana dan mungkin sesetengah video pun terlalu pantas untuk difahami. Jadi, walaupun banyak video yang boleh korang tonton, tak semua sesuai dengan tahap korang yang baru nak belajar. YouTube bagus, tapi kalau korang baru nak mula, korang mungkin akan rasa terlalu overwhelmed.

Jadi, kalau korang nak mulakan perjalanan menjadi seorang ethical hacker dengan cara yang lebih mudah dan jelas, Belajar Digital Official memang pilihan terbaik. Platform ni sangat straightforward, semua benda disusun dengan baik, bahasa pun mudah difahami, dan harga berpatutan. Kalau korang baru nak mula, kita belajar dari asas, dan korang dah boleh jadi Script Kiddies dalam masa yang singkat! Jangan tunggu lagi, mulakan belajar dengan platform yang betul!

Yang kami recommendkan

Kami recommend untuk korang yang baru nak belajar, boleh start dari bawah dengan access ePanduan kami di Belajar Digital Official. Platform ni sangat sesuai untuk korang yang masih zero dalam bidang IT. Semua yang korang perlukan ada dalam satu tempat, dan semuanya disusun dengan jelas dan teratur, so korang takkan rasa lost. Mulakan langkah pertama dengan belajar asas dan upgrade ilmu korang step by step.

Kedua, kalau korang lebih suka belajar dalam bahasa Inggeris, korang boleh cuba platform Udemy. Tapi, korang kena rajin cari course yang sesuai dengan tahap korang. Jangan terburu-buru nak belajar semua benda dalam satu masa, pilih yang mudah dulu dan fokus belajar step by step. Mulakan dengan kursus yang basic dan perlahan-lahan tingkatkan level korang.

So, sama ada korang pilih Belajar Digital Official yang lebih mesra newbie atau Udemy yang lebih luas dalam bahasa Inggeris, yang penting adalah konsisten dalam belajar dan jangan takut untuk mula dari bawah!

Kesimpulan

Jadi inilah antara platform yang korang boleh try untuk belajar menjadi Ethical Hacker yang berjaya. Tapi korang kena ingat, nak menjadi seorang hacker bukan lah perkara yang mudah. Susah sangat sangat.

Jangan sembang kencang je, korang kena try dulu semua platform diatas.

Jangan jadi orang yang PEMALAS sampai semua benda orang lain nak suapkan. Jadilah seorang yang kreatif. Korang kena start belajar hacking dan jadikan group HMC sebagai community yang akan bantu dan support jika korang ada soalan yang korang tak faham.  Remember, the key to success dalam dunia ni adalah dedikasi dan minat yang kuat. Jadi, kalau korang betul-betul minat dalam bidang ni, go for it! Ingatlah, menjadi ethical hacker bukanlah tentang melakukan aktiviti yang tidak beretika atau melanggar undang-undang.

Jangan sampai korang hidup didalam penjara.

Tinggalkan Pendapat Anda