Jawapannya boleh, tapi jangan main-main! Menderma memang amalan yang baik, tapi zaman sekarang ni faham faham je la yang scammer dan penipu ni memang berleluasa. Korang kena berhati-hati. Kadang-kadang orang yang korang nampak sah pun belum tentu betul. Jadi, sebelum korang nak hulur derma, pastikan korang tahu siapa yang betul-betul layak terima bantuan korang. Jangan sampai duit yang korang bagi tu jatuh ke tangan yang salah. Mesti korang tak nak kan?
Kenapa korang perlu berhati hati
Sebab sekarang ni banyak sangat penipu yang pandai gunakan cerita sedih atau emosi untuk manipulasi korang. Scammer ni pandai cari peluang, dan biasanya mereka tahu cara untuk buat korang rasa kasihan atau terdesak untuk derma. Kalau korang menderma pada individu yang tak dikenali, risiko korang ditipu sangat tinggi. Mereka boleh guna alasan sakit anak, kemalangan, atau masalah keluarga untuk buatkan korang rasa kena bantu. Tapi siapa yang tahu duit tu betul-betul sampai pada mereka yang memerlukan? Jangan sampai korang jadi mangsa!

NGO pun belum tentu betul!
Bukan nak kata semua NGO tak betul, tapi NGO pun belum tentu betul. Ada juga NGO yang fake atau yang hanya wujud untuk ambil kesempatan atas derma orang ramai. Mereka mungkin ada cerita yang menarik dan nampak sah, tapi sebenarnya mereka tak berdaftar dengan pihak berkuasa atau tak ada transparensi langsung tentang bagaimana derma tu digunakan. Ada NGO yang boleh manipulasi korang untuk dapatkan duit, tapi bila korang semak balik, rupa-rupanya wang derma tu tak sampai ke tempat yang sepatutnya.
Tapi, macam mana nak tahu yang NGO tu betul?
- Semak pendaftaran NGO – NGO berdaftar mesti ada nombor pendaftaran yang sah. Korang boleh check dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau badan berkuasa lain untuk pastikan mereka betul.
- Periksa laporan kewangan – NGO yang betul pasti ada laporan kewangan yang telus. Mereka kena audit setiap tahun dan wajib ada laporan tahunan yang korang boleh tengok.
- Semak program mereka – NGO yang berdaftar mesti ada program jelas yang betul-betul membantu orang. Kalau mereka ada aktiviti yang nyata, lebih mudah untuk korang tahu kalau mereka betul-betul menyalurkan bantuan.
Jangan derma pada individu, NGO je boleh
Individu memang tak boleh terima derma secara bebas. Korang tak boleh derma pada orang yang tak dikenali tanpa pengesahan atau bukti sah. Kalau korang nak derma, pastikan ia kepada NGO yang berdaftar atau organisasi yang sah. Kalau tak, korang boleh jadi mangsa penipuan.
Sebab tu, jangan mudah percaya pada orang yang hanya ada cerita sedih. Korang tak tahu apa jadi dengan duit tu, dan mungkin mereka hanya cuba manipulasi perasaan korang untuk ambil duit tanpa sebarang niat membantu orang lain. Sebagai contoh, ada individu yang mengaku perlukan duit untuk anak sakit atau bantu keluarga kemalangan, tapi kalau tak ada bukti sah atau dokumen rasmi, lebih baik korang jangan terjebak. Mereka mungkin cuma cari peluang untuk scam korang je.
Kenapa derma pada NGO berdaftar lebih selamat?
Bila korang derma pada NGO yang berdaftar, korang lebih yakin sebab:
- Ada pengawasan – NGO yang berdaftar akan diawasi oleh pihak berkuasa, jadi korang tak risau derma korang disalahgunakan.
- Audit kewangan – NGO yang berdaftar mesti buat audit kewangan dan hasilnya akan dikongsi dengan orang ramai, jadi korang tahu duit korang digunakan dengan betul.
- Transparensi – NGO yang sah ada laporan tahunan yang boleh korang baca, untuk tahu kemana derma korang disalurkan.
- Program jelas – NGO berdaftar ada tujuan yang jelas dan fokus pada misi tertentu. Korang boleh tahu mereka bantu siapa dan macam mana mereka buat kerja.
Macam mana nak pastikan derma korang selamat?
- Semak rekod NGO – Sebelum derma, pastikan NGO tu berdaftar dengan pihak berkuasa. Kalau ada ragu-ragu, korang boleh check melalui SSM atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan untuk pastikan NGO ni sah dan bukan fake.
- Hati-hati dengan link atau QR code – Jangan main terima link derma melalui mesej atau media sosial. Kadang-kadang ada orang yang buat scam link untuk collect duit korang tanpa dapatkan pengesahan dari pihak yang sah. Kalau korang nak derma, pastikan guna saluran yang sah seperti Google Pay, bank transfer, atau website rasmi NGO tu.
- Jangan bagi maklumat peribadi – Penipu bukan saja nak duit korang je, mereka juga nak data peribadi korang. Jangan bagi nombor kad kredit, no akaun bank, atau maklumat peribadi lain kepada orang yang korang tak kenal. Kalau NGO tu sah, mereka akan minta derma melalui saluran yang selamat.
- Semak review atau testimoni – Korang boleh tengok review atau testimoni daripada orang lain yang dah derma sebelum ni. Kalau NGO tu betul, mesti ada feedback positif dari orang ramai.

Kesimpulannya
Menderma memang sangat bagus, tapi kena berhati-hati sikit lah. Jangan mudah terpedaya. Jangan sebab nak bantu, korang tertipu dengan penipu. Pastikan korang hanya derma kepada NGO yang berdaftar yang ada transparensi, laporan kewangan, dan program yang sah.
Jangan terpedaya dengan cerita sedih yang datang tiba-tiba, tanpa ada bukti sah atau pengesahan rasmi. Individu yang tak berdaftar memang tak layak terima derma, jadi korang kena pastikan duit derma korang sampai kepada orang yang betul-betul memerlukan.
Dengan derma yang bijak, korang bukan saja dapat bantu orang, tapi juga selamatkan duit korang dari jadi mangsa penipuan. Jadi, pastikan menderma pada tempat yang betul dan jangan mudah percaya pada yang tak sah!
Adakah artikel ini membantu?