Kenapa game jadi lag bila main kat PC

Main game kat PC memang best, tapi bila lag, mood terus jatuh. Korang mesti rasa frust bila tengah seronok main game, tapi game tu lag dari mula sampai lah habis.

Kadang kadang korang jugak fikir yang PC korang tak dapat support lagi games yang korang main tu. Dalam artikel ni mungkin ada penyelesaian untuk korang. Jom baca sampai habis.

1. Spec PC tak cukup power

Salah satu sebab utama kenapa game korang lag adalah disebabkan spec PC korang yang tak cukup power.

Korang kena check minimum requirements yang games tu minta untuk run. Kalau PC korang boleh run lebih dari requirements yang diminta maknanya PC korang tak ada masalah langsung untuk run game ni. So game korang lag bukanlah disebabkan spec PC yang tak power tapi dia lag sebab benda lain.

Tapi kalau PC korang memang tak support requirements yang diminta, korang kena upgrade PC korang.

2. Internet connection slow

Kalau korang main game online, dan dia punya lag tu agak teruk, korang kena check korang punya internet connection.

Korang boleh try check ping internet korang melalui SpeedTest By Ookla. Kalau ping internet korang dibawah 50ms, itu maksudnya internet connection korang tak ada masalah.

Tapi bab ni bergantung jugak dengan game yang korang main tu. Ada game server dia jauh, ada game server dia dekat. So korang kena check kat mana server game yang korang main tu. Just tengok je company game tu dari negara mana. Simple.

Kalau game tu dari luar negara then korang perlu tukar server di SpeedTest By Ookla untuk buat test dan dapatkan jawapan yang lebih tepat.

Tak kira la server game tu kat luar negara atau dalam negara, kalau ping korang berada diatas 300ms itu maksudnya internet connection korang tak power dan ni boleh menjadi punca kenapa game korang selalu lag dalam PC.

Info penting

Pastikan korang pakai cable untuk connect internet. Korang kena pakai cable CAT6, CAT7 dan CAT8 untuk speed. Untuk main game, memang tak digalakkan pakai WIFI. Kalau pakai WIFI memang akan sebabkan game korang jadi lag.

Credit to Ookla.com

3. Overheating

PC yang terlalu panas pun boleh sebabkan game yang korang main tu jadi lag. Bila hardware macam CPU dan GPU terlalu panas, dia akan throttle (kurangkan performance) untuk elakkan kerosakan.

Cooling system tak function

  • Pastikan cooling system PC korang function dan sentiasa bersih. Kalau terlalu banyak habuk memang akan sebabkan dia overheat. Servis kalau tengok dah teruk sangat.

Thermal paste kering

  • Thermal paste antara CPU dan heatsink boleh kering dan hilang. Kalau dah lama tak tukar, mungkin korang kena apply thermal paste yang baru. Ni boleh menjadi punca kenapa CPU korang overheat.

4. Software Issues

Kadang-kadang masalah lag ni bukanlah disebabkan hardware, tapi disebabkan software yang outdated dalam PC korang. Benda yang paling common adalah “driver”

Ramai sebenarnya yang yang pandai install Windows tapi tak reti nak install driver sekali. Jangan harapkan Windows Update semata. Korang masih perlukan software yang khusus untuk download driver yang latest dalam Windows.

Contohnya korang boleh guna software Driver Booster 11. Software ni boleh tolong check apa yang outdated kemudian update dengan system yang latest.

Driver outdated

  • Pastikan driver untuk GPU dan hardware lain sentiasa updated. Ini memang common kalau tak update akan sebabkan game jadi lag. Lagi lagi kalau game tu jenis 3D dan memerlukan graphic yang tinggi. Update dulu driver baru sembang bab yang lain.
  • Benda paling wajib pastikan korang download dan install driver khas yang disediakan untuk video card korang. Ramai tahu beli tapi tak reti nak install driver. Pastikan install dan update driver GPU dalam PC korang.

Background applications

  • Tutup aplikasi yang tak perlu bila main game. Aplikasi background boleh makan banyak resource dan buat game jadi lag. Korang kena uninstall app yang korang tak pakai. Contohnya macam antivirus yang terlebih protective. Setting biar cantik dan minimal.

Game settings

  • Setting graphic dalam game mungkin terlalu tinggi untuk PC korang yang tak seberapa tu. Turunkan setting graphic boleh bantu kurangkan lag. Lag ni berkait rapat dengan performance dalam PC. So pastikan setting korang lebih kepada performance, bukan kepada quality.
  • Pastikan FPS settings berada di paras optimal seperti 60fps – 120fps. Kalau korang settings lebih dari 120fps memang akan buat kan dia jadi lag kalau CPU korang spec biasa biasa.
Photo by Axville on Unsplash

5. Hard disk lama

Hard disk yang perlahan atau hampir penuh pun boleh jadi punca kenapa game korang jadi lag bila nak run. Kalau korang masih pakai HDD dan dah guna selama bertahun tahun, better korang upgrade kepada SSD. Biar mahal, asalkan sentiasa speed dan optimize bila korang nak main game.

6. Virus dan malware

PC yang ada virus atau malware pun boleh slowkan performance PC korang. Biasanya bukan game tu je yang lag tapi hampir semua app dan games akan lag. Kalau korang perasan benda ni jadi pada semua app, berkemungkinan PC korang ada malware.

Kalau korang dah try download dan scan dengan macam macam antivirus tapi keadaan PC korang masih sama, korang boleh je format terus PC korang. Reinstall windows korang balik.

Scan regularly

  • Pastikan korang scan PC dengan antivirus secara berkala. Update anti virus korang selalu. Pastikan korang pilih antivirus yang ringan dan sesuai untuk PC korang, sebab antivirus ni memang kuat makan RAM dan CPU.

Windows update

Windows kalau dah lama tak update software dalam windows, boleh sebabkan game korang jadi lag. So pastikan korang update PC korang melalui windows update. Ini antara benda yang penting untuk pastikan PC korang run dengan baik.

Credit to Hackers Malaysia

Masalah setting dalam Windows

Yes, setting dalam windows pun boleh sebabkan game korang jadi lag bila run. Antara yang korang nak kena check adalah Power Plan.

Credit to Hackers Malaysia. Pastikan power plan korang diletakkan kepada HIGH PERFORMANCE.

Bila power plan dalam windows diletakkan pada power saver memang akan sebabkan performance PC korang jadi tak power sebab nak jimatkan elektrik. Ada sesetengah PC masih boleh runkan game dengan baik, tapi ada sesetengah game juga memerlukan high performance dari CPU dan RAM. So pastikan korang tukar kepada HIGH Performance.

Kesimpulan

Lag masa main game memang stress, tapi dengan sedikit usaha dan maintenance, korang boleh kurangkan lag pada games. Pastikan spesifikasi PC korang cukup untuk run games, internet connection laju, cooling system efisien, dan software sentiasa up to date. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial