Bursa Gold Dinar (BGD) merupakan platform yang patuh Shariah dan dikendalikan oleh Bursa Malaysia SDN BHD. Siapa je yang tak kenal dengan Bursa Malaysia? Dengan BGD ni, korang boleh beli, jual, dan tebus syiling dinar emas fizikal. Platform ni memang mudah sangat sebab diorang ada sediakan app dan selamat untuk pelabur yang nak melabur dalam emas, bermula dari serendah RM10 je.

Cara nak buka akaun

Untuk buka akaun Bursa Gold Dinar ni, korang kena memenuhi syarat-syarat berikut:

  • Berumur lebih daripada 18 tahun
  • Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap Malaysia, atau warga asing yang tinggal secara sah dengan visa yang sah dan alamat surat-menyurat yang sah di Malaysia
  • Bukan orang Amerika Syarikat di bawah Akta Pematuhan Cukai Akaun Asing (FATCA)
  • Hanya menjadi penduduk cukai Malaysia
  • Mempunyai akaun bank yang sah di Malaysia dan nombor telefon bimbit Malaysia
  • Tiada kes muflis atau petisyen penggulungan yang sedang berlangsung atau tertunggak

Perdagangan emas

Lepas akaun korang dah setel, korang boleh mula beli dan jual emas kat platform online ni. Korang boleh melabur dalam emas dari serendah RM10 je, kiranya takde beban sangat.

Cara nak tebus emas fizikal

Kalau nak tebus dinar emas fizikal, kena ada sekurang-kurangnya 4.25g emas. Boleh pilih option “tebus” kat app dan masukkan alamat untuk penghantaran. Pastikan ada duit yang cukup dalam akaun untuk bayar yuran kurier, yuran insurans/takaful, dan yuran penempaan. Penghantaran dijangka ambil masa lebih kurang lima (5) hari bekerja untuk Semenanjung Malaysia dan tujuh (7) hari bekerja untuk Sabah dan Sarawak.

Platform ni memang selamat ke?

Platform ni direka untuk memastikan keselamatan setiap peringkat. Emas fizikal tu diinsuranskan dan disimpan dalam peti besi yang selamat kat Malaysia. Bursa Malaysia Digital Sdn. Bhd. lantik pemegang amanah untuk jadi penjaga semua wang yang diuruskan kat platform ni. Jadi, memang boleh dikatakan selamat.

Ada app ke

Yes, ada app untuk Bursa Gold Dinar ni. Korang boleh download app tu dan buka akaun serta buat urusan beli, jual, dan tebus emas melalui app tu. Mudah sangat, semua dalam satu app je.

Pelaburan yang macam mana

Dengan Bursa Gold Dinar, korang boleh mula melabur dalam emas dari serendah RM10. Boleh beli dan jual emas ikut harga semasa kat platform tu. Kalau nak tebus emas fizikal, kena ada sekurang-kurangnya 4.25g emas. Pelaburan dalam emas ni bagus sebab emas dianggap tempat penyimpanan nilai yang boleh dipercayai dan boleh melindungi dari inflasi.

Apa kata pihak berkuasa?

Platform ni diuruskan oleh Bursa Malaysia Digital Sdn. Bhd., anak syarikat Bursa Malaysia. Bursa Malaysia ni memang syarikat yang terkemuka dan dikenali ramai. Platform ni juga patuh Shariah dan ikut Standard Shariah AAOIFI mengenai Emas. Maknanya, ia mematuhi undang-undang dan piawaian kewangan Islam yang ketat.

Dijamin Patuh Shariah

Platform Bursa Gold Dinar ni memang patuh Shariah setiap peringkat, termasuk emas fizikal. Emas tu disokong oleh jumlah emas fizikal yang setara dengan nombor siri dan diaudit selalu. Platform ni guna akaun amanah dengan bank Islam dan ikut Standard Shariah AAOIFI mengenai Emas.

Keselamatan dan insurans

Emas fizikal yang ada tu diinsuranskan dan disimpan dalam peti besi yang selamat kat Malaysia. Bursa Malaysia Digital Sdn. Bhd. lantik pemegang amanah untuk jadi penjaga semua wang yang diuruskan kat platform.

Yuran dan caj

Pelabur kena tengok dulu pelbagai yuran dan caj, termasuk yuran kurier, yuran insurans/takaful, dan yuran penempaan untuk tebus emas fizikal. Penting untuk korang check struktur yuran platform ni supaya korang faham kos keseluruhan pelaburan.

Manfaat melabur dalam emas

Emas ni lama dah dianggap tempat penyimpanan nilai yang boleh dipercayai dan ia digunakan sebagai perlindungan terhadap inflasi, penyusutan nilai mata wang, dan ketidaktentuan ekonomi. Sifat emas yang unik, macam tahan karat dan penerimaan sejagat, buatkan dia menjadi pilihan pelaburan yang paling terbaik.

Platform memang tak bukan scammer

Bursa Malaysia ni merupakan syarikat yang terkemuka dan dikenali ramai, jadi korang memang tak perlu risau pasal scam. Tapi, korang kena berhati-hati dan pastikan korang download app dari sumber yang betul, seperti Play Store atau App Store. Jangan kena scam dari orang lain yang guna nama Bursa Malaysia untuk menipu.

Tahap keselamatan akaun dalam platform Bursa Gold Dinar

Macam mana nak pastikan akaun Bursa Gold Dinar selamat?

  • Gunakan password yang kuat dan unik.
  • Rahsiakan maklumat log masuk korang.
  • Pastikan devices korang sentiasa di update.
  • Elakkan guna Wi-Fi awam: Wi-Fi awam biasanya tak selamat, jadi elakkan guna untuk akses akaun perdagangan korang.
  • Berhati-hati dengan scam phishing.
  • Pantau akaun korang selalu: Periksa aktiviti akaun korang secara berkala untuk pastikan tiada transaksi atau perubahan yang tak sah.

Apa jadi dengan akaun Bursa Gold Dinar pelabur yang meninggal dunia?

Bila pengguna meninggal dunia, akaun boleh ditutup oleh pentadbir atau executor seperti dinyatakan dalam surat perintah probet atau surat pentadbiran. Dalam keadaan ni, emas atau duit akan dipindahkan kepada pentadbir atau executor, kalau mereka ada buka akaun dengan Bursa Gold Dinar.

Kalau pentadbir atau executor tak ada akaun dengan Bursa Gold Dinar, emas akan dijual pada harga semasa yang ditawarkan oleh Operator Platform dan semua baki wang tunai (selepas tolak yuran pentadbiran atau bank) akan dipindahkan ke akaun bank pentadbir atau executor seperti yang diberitahu kepada Operator Platform.

Akaun Bursa Gold Dinar saya kena hack. Apa yang patut saya buat?

Korang boleh contact Bursa Gold Dinar Support di [email protected] untuk korang dapatkan bantuan lanjut. Alternatifnya, korang boleh hubungi Pusat Bursa2U kami di 03-2732 0067.

Bila akaun korang di access oleh orang lain..

Kalau korang syak akaun korang dah kena ceroboh, korang patut bertindak dengan segera untuk protect segala maklumat sensitive korang. Apa yang korang kena buat adalah:

  • Tukar password korang.
  • Pantau akaun korang.
  • Periksa settings akaun korang.
  • Hubungi Bursa Gold Dinar Support di [email protected].
  • Alternatifnya, korang boleh hubungi Pusat Bursa2U kami di 03-2732 0067.

Kesimpulan

Platform Bursa Gold Dinar ni memang selamat, patuh Shariah, dan mudah untuk pelabur yang nak melabur dalam emas. Dengan tawarkan titik masuk yang rendah dan pastikan keselamatan emas fizikal, platform ni sesuai untuk pelbagai jenis pelabur yang nak diversifikasikan portfolio mereka dengan emas.

Tinggalkan Pendapat Anda