Cara buat duit sebagai Web Designer

Harini kita nak bercerita tentang cara buat duit sebagai web designer. 

Kita bagi panduan secara terperinci untuk korang yang nak jadi web designer dan berjaya dalam bidang ni. Jom, kita start membaca untuk jadi web designer yang berjaya!

Cara buat duit sebagai web designer

Mula-mula kita kena belajar dulu lah, kan?

Sebelum kita boleh buat duit sebagai web designer, kita kena ada ilmu. Yes ilmu ni penting. Kalau tak ada ilmu macam mana nak buat?

Nak belajar web design, ada banyak jalan. Antaranya, kita boleh belajar melalui YouTube, Udemy, atau Coursera.

Semua platform ni ada FULL COURSE untuk web design yang kita boleh belajar. Banyak je tau FREE COURSE. 

YouTube memang terkenal dengan video-video tutorial yang menarik dan paling penting percuma. Korang cari je channel yang berkaitan dengan web design dan START BELAJAR. 

Udemy pula, dia ada banyak kursus berbayar, tapi kadang-kadang ada promosi murah.

Jadi, korang boleh dapat kursus yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Coursera pulak, dia lebih kepada pembelajaran formal dan lebih serius.

Kalau korang nak belajar secara lebih teratur dan mendalam, boleh cuba Coursera. 

Coursera ni lebih serius, sebab korang akan dapat certificate sekali. Certificate ni bukan certificate biasa.

Korang boleh gunakan untuk dapatkan kerja. Certificate mendapat kelulusan dari pihak Universiti tu sendiri. 

Zaman sekarang zaman Youtube. Kita boleh belajar macam macam ilmu dekat Youtube. Kalau kita masih tak tahu, bermaksud kita tak berminat atau MALAS.

Buat duit sebagai web designer

Panduan 2: Study & buat ulang kaji

Tak cukup dengan belajar je, korang kena ulang kaji dan buat praktikal. Macam orang cakap, practice makes perfect. 

Jadi, lepas dah habis belajar, buat ulang kaji dan praktikal. Cuba buat projek web design sendiri, atau cari projek kecik kecik je. Simple kan. Bila hari hari buat praktikal, korang akan mahir.

Panduan 3: Fokus pada HTML & CSS

Dalam dunia web design, HTML dan CSS memang penting. HTML tu macam tulang belulang website, manakala CSS tu macam baju yang kita pakai untuk cantikkan website kita. 

Jadi, fokus pada HTML dan CSS dulu sebelum belajar teknologi lain. Kita kena kuat asas dulu, baru kita boleh maju.

Panduan 4: Offer servis di Facebook, group WhatsApp, dan Fiverr

Dah ada ilmu dan praktikal, sekarang kita boleh mulakan perjalanan buat duit sebagai seorang web designer. 

Macam mana nak cari klien? Senang je, offer servis kat Facebook atau di group WhatsApp, atau korang boleh guna platform profesional macam Fiverr.

Fiverr ni international platform, jadi kita boleh dapat client dari serata dunia. Tapi, untuk permulaan, kita boleh cuba offer servis kat tempat yang kita biasa, macam Facebook dan group WhatsApp. 

Bila dah ada portfolio yang menarik, bolehlah kita cuba Fiverr untuk dapatkan client yang lebih banyak dan berbayar lebih tinggi.

Panduan 5: Offer servis secara percuma dulu

Sebelum kita teruskan dengan langkah-langkah nak offer servis percuma, meh kita faham dulu kenapa nak buat servis percuma ni. 

Sebab-sebab utama adalah untuk mendapatkan pengalaman, praktikal, portfolio, dan client.

Bila kita dah ada portfolio yang menarik, baru lah kita boleh minta bayaran yang lebih tinggi.

Jadi, jom kita borak panjang lebar pasal macam mana nak offer servis percuma.

  1. Tentukan project yang sesuai: Pilih projek yang sesuai untuk offer servis percuma. Projek tu kena la sesuai dengan skill yang kita ada dan tak terlalu rumit.

  2. Cari client yang sesuai: Bila dah ada projek yang sesuai, cari klien yang sesuai pulak. Klien yang sesuai ni ialah klien yang memerlukan servis kita, tapi tak ada bajet besar.

  3. Jelaskan syarat-syarat: Walaupun kita offer servis percuma, kita kena ada syarat-syarat juga. Jangan lupa jelaskan kepada klien bahawa kita buat projek ni secara percuma untuk tambah pengalaman dan portfolio. 

  4. Fokus pada kualiti: Walaupun servis kita percuma, jangan lupakan kualiti kerja kita.

  5. Minta testimoni: Lepas dah siapkan projek, jangan lupa mintak testimoni dari klien. 

  6. Teruskan Usaha: Lepas dah buat beberapa projek percuma, teruskan usaha untuk cari klien yang berbayar. Jangan putus asa, yakin dengan kemampuan diri, dan jangan lupa praktis terus untuk meningkatkan skill kita.

Dengan cara offer servis percuma ni, kita dapat peluang untuk tunjuk kebolehan kita dan membina portfolio yang menarik.

Nanti bila kita dah ada portfolio yang mantap, kita boleh mula offer servis berbayar dan buat duit sebagai web designer. 

Panduan 6: Start bina brand sendiri

Bila dah jadi web designer yang hebat dan korang dah ada portfolio yang menarik, kita kena ambil langkah seterusnya.

Bina brand sendiri lah! 

  1. Daftar SSM: Sebelum kita mulakan perniagaan, kita kena daftar SSM dulu. Daftar SSM ni penting untuk memastikan perniagaan kita sah dan mengelakkan masalah undang-undang. 

  2. Buat Website Khas: Lepas dah daftar SSM, kita kena ada website khas untuk perniagaan kita. Kita web designer kan, jadi website kita mestilah cun melecun. Buat website yang menarik, mudah digunakan, dan mesra pengguna.

  3. Cipta Brand Tersendiri: Bina brand sendiri ni penting untuk kita berbeza dengan web designer lain. Cipta logo yang unik, pilih warna yang menarik, dan tulis slogan yang sesuai dengan perniagaan kita. 

  4. Buat Promosi: Lepas dah ada brand, kena promosi pulak. Gunakan media sosial, blog, atau platform lain untuk promosi brand kita. 

  5. Letak Link Brand dalam Fiverr: Bila kita dah ada brand sendiri, kita boleh letak link brand kita dalam profil Fiverr kita. Macam ni, klien yang jumpa kita kat Fiverr akan tahu kita ni serius dalam perniagaan dan ada brand sendiri. 

  6. Jaga Reputasi: Bila dah ada brand sendiri, kita kena jaga reputasi. Pastikan kita sentiasa buat kerja yang berkualiti, layan klien dengan baik, dan beri respons cepat.

Dengan bina brand sendiri ni, kita akan lebih mudah dikenali dan dihormati dalam dunia web design. 

Klien akan lebih yakin untuk hire kita, dan kita pun boleh buat duit dengan lebih mudah.

Jadi, jom kita bina brand sendiri dan jadi web designer yang berjaya!

Cara buat duit sebagai web designer

Panduan 7: Perlahan lahan up kan harga yahudi

Dah ada brand sendiri, portfolio menarik, dan klien yang berpuas hati, sekarang kita nak fikir pasal untung pulak.

Macam mana nak naikkan harga secara perlahan-lahan tanpa mengejutkan klien? 

  • Ikut Pengalaman: Bila kita dah ada pengalaman yang lebih banyak, kita boleh naikkan harga sikit-sikit. Klien pun tahu, web designer yang berpengalaman memang mahal sikit. Jadi, jangan segan untuk naikkan harga mengikut tahap pengalaman kita.

  • Tengok Keadaan Pasaran: Selain pengalaman, kita kena tengok keadaan pasaran juga. Kalau kita nampak web designer lain dengan skill yang sama dah naikkan harga, kita pun boleh ikut naikkan. Tapi, pastikan kita tak overcharge lah, nanti susah nak dapat klien.

  • Brand Dah Dikenali Ramai: Bila brand kita dah dikenali ramai, kita boleh naikkan harga sikit. Klien akan faham, sebab diorang tahu kita ni dah ada nama dalam dunia web design. Tapi, jangan lupa untuk jaga kualiti kerja kita, ye!

  • Beri Pakej yang Menarik: Kalau kita nak naikkan harga, kita kena pastikan kita ada pakej yang menarik untuk klien. Contohnya, kita boleh offer servis tambahan macam SEO, copywriting, atau maintenance. Dengan pakej yang menarik ni, klien akan rasa berbaloi untuk bayar lebih sikit.

  • Beri Diskaun untuk Klien Lama: Walaupun kita naikkan harga, jangan lupakan klien lama kita. Kita boleh offer diskaun khas untuk diorang, sebagai tanda penghargaan untuk sokongan diorang selama ni. Klien lama ni penting, sebab diorang boleh bagi kita testimoni yang baik dan refer klien baru.

  • Terus Belajar & Tingkatkan Skill: Akhir sekali, kita kena terus belajar dan tingkatkan skill kita. Bila kita ada skill yang lebih hebat, kita boleh offer servis yang lebih canggih dan mahal. Jadi, jangan putus asa, teruskan usaha untuk jadi web designer yang lebih baik!

Dengan naikkan harga perlahan-lahan ni, kita akan dapat buat untung yang lebih besar sebagai web designer. 

Ingat, yang penting kita jaga kualiti kerja kita, layan klien dengan baik, dan teruskan usaha untuk jadi lebih hebat.

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support