11 sebab kenapa google adsense tolak permohonan kita!

1. Usia blog yang masih terlalu baru

Korang perlu pastikan blog korang sudah berusia sekurang kurangnya 6 bulan keatas sebelum korang apply Google Adsense.

Walaupun korang dah ada banyak artikel yang unik dan tulis sendiri, tapi kalau domain blog korang masih baru, kemungkinan besar permohonan korang akan ditolak. 

Kita kena maintainkan dulu sekurang kurangnya 6 bulan keatas. Lebih baik cukup setahun baru apply. Google pentingkan juga ya pasal domain age ni. 

Biasanya domain yang masih baru, google tak anggap serius & boleh jadi akan padam ditengah jalan. 

Lepas tu pastikan website yang kita apply ni, kosistent update setiap masa. 

google adsense tolak permohonan

2. Content terlalu sikit & tak berguna

Google Adsense memfokuskan pada blog yang memiliki banyak content yang berguna dan bermanfaat untuk pembaca. 

Kalau korang ada content yang sikit, peluang untuk lulus tu agak susah. 

So pastikan korang buat artikel sekurang kurangnya memiliki 1000 patah perkataan untuk 1 artikel & ada lebih kurang 20 – 30 artikel unik untuk pembaca.

Kalau content kita masih sikit, tak banyak info atau banyak yang copy paste, rilek, jangan gelabah nak apply. Build dulu content yang power power. 

Tolong tulis artikel dengan dengan hati. Kalau tulis artikel panjang, tapi entah pape & banyak mengarut tetap akan ditolak google. Sebab google ada sistem AI yang boleh fahamkan content apa yang korang tulis. 

3. Content copy paste

Kita kena elakkan copy-paste content dari blog orang lain. Google Adsense tak akan menerima permohonan dari blog yang copy paste content dari sumber lain.

Kita kena buat sendiri content yang unik dan content kita belum ada dalam carian Google. 

Walaupun topiknya sama, penulisan kita mesti berbeza dari orang lain. Google Search ada AI yang tersendiri untuk menentukan content kita tiruan atau original. 

4. Gambar copyright

Kita juga tidak boleh menggunakan gambar yang bukan milik kita tanpa mendapat kebenaran.

Google Adsense sangat pentingkan dengan copyright, jadi kita kena pastikan bahwa semua gambar yang kita gunakan dalam content mendapat kebenaran & copyright. 

Gambar yang boleh kita gunakan ialah melalui platform platform yang menyediakan license & copright. 

5. Broken link & navigation yang mengelirukan

Broken link dalam blog akan membuat Google Adsense menolak permohonan korang walaupun ada satu je broken link. 

So benda ni sensitif & korang kena ambik berat tentang ni. Korang perlu menghapus semua broken link dalam blog kita untuk menjaga SEO dan Google Adsense.

Korang boleh gunakan Dr Link. Kalau website korang kecik, korang boleh gunakan Dr Link ni secara percuma. Dia boleh detect 1500 links yang broken. Lebih dari cukup untuk website yang masih baru & kecik. 

Navigation yang mengelirukan juga akan membuat pembaca susah nak faham untuk menavigasi blog kita, jadi kita perlu pastikan navigation kita jelas dan mudah digunakan.

6. Tak ada privacy policy

Privacy policy ni penting sangat pada google. Untuk pastikan blog kita ni selamat, kita mesti jelaskan pada pengguna data apa yang korang ambil dari pembaca. 

Kiranya google ni nakkan website kita ni transparent dengan semua aktiviti dalam blog. 

Kalau kita tak jelaskan dalam privacy policy, memang google adsense tolak permohonan kita. Sebab google adsense kena tahu, blog kita ni selamat ke tak. 

So jangan biarkan google adsense ragu ragu. 

Korang mesti tulis privacy policy ni based pada function yang ada dalam blog. Boleh belajar kat google macam mana kita nak hasilkan privacy policy. Dah ada banyak privacy policy generator. Simple dah sekarang ni. 

Paling penting jangan copy orang lain punya. Ni pun buatkan google adsense tolak korang punya permohonan. 

google adsense tolak permohonan

7. Tak ada hubungi kami

Google adsense tolak permohonan kita salah satunya sebab blog kita tak ada page “hubungi kami”

Setiap blog wajib ada “hubungi kami” untuk memudahkan orang lain berhubung dengan blog kita. Syarikat lain mudah nak hubungi kita, untuk urusan iklan, urusan copyright & content.

Kalau tak ada page “hubungi kami” bermaksud blog kita tak lengkap, dan orang lain susah nak hubungi kita jika ada kes kes tertentu. 

8. Tak ada disclamer

Disclamer ni penting. Tapi ikut pada content apa yang kita tulis dalam blog. 

Kalau kita tulis content serius macam penyakit, covid & perubatan kita perlu ada page “disclamer”

Bukan syarat penting, tapi disclamer ni mesti ada. Korang mesti jelaskan tentang content yang korang tulis ni dari mana. 

Korang mesti jelaskan gambar yang kita gunakan tu dari mana. Macam macam lagi disclamer yang perlu kita buat. 

9. Design blog kurang menarik

Google Adsense juga akan menilai design blog kita sebagai salah satu faktor. Kalau design cantik, menarik perhatian & mudah nak pergi kesana sini, salah satu faktor akan diterima. 

Kalau design blog korang kurang menarik atau susah nak dibaca, tak tahu mana satu button or navigasi dalam blog, kemungkinan besar permohonan korang kena tolak.

10. Melanggar syarat yang ditetapkan Google Adsense

Google Adsense ada syarat syaratnya yang tersendiri, yang perlu kita buat sebelum kita apply.

Blog kita tidak boleh mengandungi content yang tak sesuai macam content yang berunsurkan lucah, rasis, dadah, ubat-ubatan terlarang, atau promosi produk yang tak mendapat kelulusan. 

Ini termasuk juga mengandungi unsur-unsur yang melanggar undang-undang negara dan peraturan yang berlaku.

Jika blog kita melanggar syarat penggunaan ini, permohonan kita akan ditolak serta merta. 

Kita perlu memastikan bahawa content dalam blog kita selalu sesuai dengan peraturan yang ditetapkan Google Adsense dan juga undang-undang dalam negara. 

11. Menggunakan AI untuk membuat artikel

Zaman sekarang zaman AI. 

Ramai sebenarnya yang gunakan AI untuk menulis, tapi tak ramai yang tahu sebenarnya google ada AI yang boleh detect copywriting dari AI. 

Google Adsense menitikberatkan kualiti & content yang original. Jadi google adsense akan tolak bagi blog yang menggunakan AI 100%.

Kalau kita rasa nak serius dalam buat blog, jangan guna AI. Kita boleh gunakan AI untuk buat research & draft or bagi idea untuk buat artikel. Tapi jangan gunakan AI sepenuhnya dalam penulisan. 

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support