Belajar buat blog professional dengan 10 step - modal dibawah RM400!

Buat blog professional

Kita boleh buat blog bisnes. 

Blog yang akan share tentang servis & produk kita. Untuk buat blog macam ni mudah. 

Tak payah keluar modal pun tak apa. Tapi kalau kita nak buat blog untuk menulis & dapat income melalui penulisan macam blog ni, yang ni perlukan kesabaran & kemahiran yang tinggi. 

Kalau tak, kita mungkin akan buat separuh jalan. Mula mula je semangat, lepas tu down. 

Last, blog kita jadi terbengkalai. So sebelum buat blog, pastikan kita betul bersungguh untuk jangka masa panjang. 

Kalau betul nak buat, baru kita jalan. 

1. Domain Name (alamat website)

Bukan sekadar nama tapi digunakan sebagai alamat website. 

Contoh hackersmalaysia.com. So ini nama & alamat untuk buka blog ni. Sebelum kita pergi lebih jauh, kita kena tetapkan dulu domain apa yang kita nak pakai. 

Kalau boleh cari nama domain yang simple, senang orang nak ingat. Simple. Rekemen untuk beli domain name kita di namecheap.com

Cara buat blog

2. Hosting

Hosting ni maksudnya tempat kita nak simpan file file website. Contoh macam gambar, artikel yang kita tulis, dan macam macam file lagi. 

Kita nak website kita sentiasa online, so kita kena cari hosting dulu untuk simpan website kita secara online. 

Hosting ni penting, kalau salah pilih, website jadi slow bila nak berkembang. So kita kena ambik tahu pasal hosting. 

Rekemen untuk gunakan hostinger.com

Kalau gunakan hostinger.com, boleh beli sekali domain siap siap dalam ni. Biar domain & hosting ada kat satu tempat. Senang nak uruskan. 

3. WordPress (Content Management)

Lepas domain & hosting, kita kena tahu apa tu wordpress. WordPress ni CMS (Content Management) yang paling popular dalam dunia. 

Ramai orang dalam dunia ni gunakan wordpress. Sebab wordpress ni mudah, dan ada banyak plugin (extend function) untuk wordpress. 

Tak perlu susah payah nak panggil developer untuk customize blog kita. Semua boleh buat sendiri tanpa coding. 

Antara sebab kenapa rekemen wordpress, ramai orang gunakan, banyak info tentang wordpress, hampir kesemua developer familiar dengan wordpress. 

So apa pun yang kita nak buat, mudah berurusan dengan sesiapa sahaja. 

buat blog

4. Install plugin elementor (FREE)

Elementor ni antara plugin yang boleh extend feature wordpress. Kita boleh design blog dengan mudah. 

Kenapa elementor?

Sama macam wordpress, plugin elementor ni hampir 1 dunia guna. Mudahkan urusan dalam design. Friendly dengan banyak plugin lain. 

Kalau tak guna elementor, susah sikit la kita nak design blog sebab kita kena cari theme yang sesuai dengan cita rasa kita. So rekemen untuk gunakan elementor. 

Jangan risau, kita boleh guna elementor freeversion dulu. Kalau kita suka baru kita upgrade yang pro.  Kita kena gunakan elementor pro kalau kita bercadang nak buat blog (artikel).

Basic: FREE selamanya

Pro: 59 USD selama setahun. Anggaran dalam RM200+ 

5. Install plugin Updraft Plus Backup (FREE)

Untuk backup file website. Penting untuk elakkan semua hasil kerja kita hilang macam tu je. 

Backup ni penting untuk blog. Kalau apa apa jadi, berlaku kesilapan teknikal, tak boleh access & lain lain, kita boleh restore semula kepada keadaan yang asal. 

Dengan syarat kita perlu backup setiap masa. Lagi lagi sebelum kita buat editing dalam blog. 

Basic: FREE selamanya 

6. Install plugin Site Kit By Google (FREE)

Penting untuk kita setupkan Google Analytic & Google Console. 

Tujuannya supaya kita tahu berapa banyak visitor yang masuk kedalam blog & supaya google kenal kewujudan blog. 

Tanpa sitekit by google, blog kita mungkin lambat untuk di listkan dalam carian google. 

Sebab google tak tahu blog kita wujud.  Kalau kita daftar dengan site kit, maknanya kita dah bagi tahu google yang blog kita wujud. 

7. Install plugin rank math SEO (FREE)

Plugin ni penting untuk kita buat analisis penulisan & keyword yang sesuai supaya posting kita mendapat visitor yang ramai melalui carian google. 

Plugin ni akan bantu untuk kita betulkan penulisan mengikut SEO yang google tetapkan. 

Fungsi plugin ni, dia akan analisis penulisan blog & akan bagi tahu, penulisan kita google suka atau pun tak. Ada percent yang akan ditunjukkan. 

Basic: FREE selamanya

Pro: 59 USD untuk setahun. Kira kira dalam RM200+ 

8. Copywriting (Buat research & tulis)

Kalau kita nak buat blog yang boleh mendatangkan duit, kita kena tulis sendiri. Tak boleh copy paste artikel dari blog orang lain. Kalau tak blog kita ni boleh kena reject. 

Syarat nak menulis untuk satu artikel, mesti 600 patah perkataan keatas. 1000 patah perkataan keatas adalah lebih baik. 

Ringkasnya lagi panjang kita tulis, lagi senang kita nak buat duit. Tulis bukan sebarang tulis, kena pilih topik yang ramai orang nak baca.

Kalau kita amik topik yang tak ramai orang nak baca, jadi tak ramai la pembaca dalam blog kita nanti. 

Belajar buat blog professinal

9. SEO (Menulis untuk google)

SEO ni bahasa ringkas dia cara kita menulis untuk google. Google akan amik artikel yang bagus je untuk rank artikel kat tingkat paling atas. 

Yang ni bukan plugin. Tapi satu pengetahuan macam mana kita nak buat artikel yang google suka. Contoh kita buat search kat google, keluar artikel yang pertama sampai yang terakhir. Bukan suka suka google nak keluarkan artikel tu kat tempat paling atas. 

Mesti ada sebab. 

Antara sebab dia, artikel paling panjang, senang dibaca, mudah faham, ada point point penting, menarik minat pembaca melalui gambar. 

Nak buat artikel yang mendapat ranking tertinggi, kita kena belajar tentang SEO.  Click disini untuk tahu lebih lanjut tentang SEO. 

10. Gambar (Copyright)

Kalau serius nak buat blog, pastikan gambar bukan kita kutip dari google. 

Kita kena gunakan platform yang sediakan lesen untuk gambar gambar yang kita nak pakai. Contohnya macam https://www.vecteezy.com/

Kita kena bayar untuk gunakan semua gambar yang ada dalam tu. Kita dapat copyright untuk semua content yang kita guna. Simple. 

Kesimpulan

Lepas dah buat semua ni, maka siap la blog professinal kita. Mudah & simple. 

Anggaran untuk buat blog ni, dalam RM150 untuk website bisnes (minisite) & RM400 untuk blog. Tak ada yang susah, modal pun rendah. Easy peazy. 

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support