Mahkamah menetapkan yang CTOS tidak boleh menentukan lagi credit score kepada seseorang

Apa itu CTOS?

CTOS, singkatan untuk Credit Tip-Off Service, adalah syarikat swasta yang menyediakan laporan kredit di Malaysia.

Laporan kredit ni penting sebab benda ni dah jadi macam kad pengenalan untuk kewangan korang. CTOS akan tunjuk sama ada korang ni jenis yang bayar hutang on time atau pun tidak.

Kalau score korang tinggi, maknanya korang ni jenis paymaster yang bagus, senang nak dapat loan atau kredit dari syarikat lain. Tapi kalau score korang rendah, mungkin korang akan hadap masalah sikit bila nak apply benda benda yang berkaitan dengan kewangan.

CTOS ni guna pelbagai kriteria macam sejarah pembayaran, jumlah hutang, tempoh sejarah kredit, campuran kredit, dan kredit baru untuk menentukan score seseorang.

Kenapa CTOS ni penting bagi korang?

CTOS ni penting sebab boleh bantu bank atau mana-mana institusi kewangan untuk buat keputusan. Kalau score CTOS korang bagus, lebih senanglah korang nak dapatkan loan.

Tapi kalau score rendah, korang kena buktikan dengan cara yang lain yang korang ni betul betul boleh bayar kalau buat loan nanti. Bank atau mana-mana institusi kewangan akan guna info ni untuk menilai, korang ni layak ke tak untuk dapatkan loan atau kredit.

Keputusan mahkamah terbaru tentang CTOS

Baru-baru ni, Mahkamah mengeluarkan perintah yang menarik perhatian orang ramai iaitu CTOS tak boleh menentukan credit score kepada seseorang.

Pihak CTOS hanya boleh menyimpan dan rekod maklumat kredit, bukan buat score kepada seseorang.

Sebab tu, CTOS perlu membayar RM200,000 kepada Suriati Mohd Yusof, seorang usahawan, sebab telah membuat penarafan kredit yang tidak tepat. Kes ni penting sebab menunjukkan yang CTOS tak boleh main-main dengan score credit seseorang.

Kesan keputusan mahkamah pada korang

Dengan keputusan ni, CTOS tidak boleh lagi menjadi penentu utama dalam menentukan score credit korang. Bank dan institusi kewangan perlu mencari jalan lain untuk menilai kelayakan kredit seseorang. 

Benda ni mungkin satu berita yang baik untuk korang sebab korang tak perlu risau lagi pasal score credit. Tapi ingat, hutang tetap hutang. Hutang perlu dibayar.

Apa yang perlu korang buat sekarang?

Walaupun CTOS tak boleh tentukan score credit lagi, korang tetap kena jaga rekod kewangan dengan baik sebab masih ada CCRIS yang dipantau BNM.

Pastikan korang bayar hutang on time, jangan ada tunggakan, dan cuba kurangkan hutang korang. Benda ni semua penting untuk pastikan korang nampak macam paymaster yang cemerlang bila nak apply apa-apa pinjaman atau kredit.

Extra tips untuk korang

  • Check rekod korang: Pastikan maklumat dalam rekod CTOS korang betul. Kalau ada kesilapan, cepat-cepat betulkan.
  • Pahamkan sistem baru: Dengan CTOS yang tidak lagi boleh menentukan boleh credit score, korang kena faham sistem penilaian yang baru.
  • Jaga reputasi kewangan: Reputasi kewangan korang sangat penting. Jadi, jangan biarkan ada benda yang lain rosakkan reputasi tu.

Harap maklumat ni membantu korang untuk faham situasi sekarang. 

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial