Kerajaan Malaysia dah buat keputusan pasal penggunaan media sosial di Malaysia. Mulai 1 Januari 2025, platform macam WhatsApp, Telegram, Facebook, Instagram, WeChat, TikTok, dan X (dulu Twitter) yang beroperasi di Malaysia dan ada sekurang-kurangnya lapan juta pengguna perlu memohon Lesen Kelas Pemberian Perkhidmatan Aplikasi bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).

Kenapa kerajaan buat keputusan macam ni?

Kerajaan nak pastikan segala content dalam online akan lebih terkawal dan protect pengguna daripada scammer serta kandungan yang berbahaya. Ni semua untuk lawan jenayah siber yang makin menjadi-jadi, buli siber, dan penipuan secara online.

Apa impaknya kepada kita semua?

  • Kawalan yang lebih baik: Kerajaan dapat control content yang tak sesuai dan berbahaya. Ni termasuk maklumat palsu, ujaran kebencian, dan content yang mengancam keselamatan awam.
  • Protect pengguna: Kurangkan ancaman siber macam penipuan dan buli siber. Langkah ni juga boleh bantu protect golongan rentan macam kanak-kanak dan remaja daripada bahaya dalam online.
  • Sokong dalam usaha melawan jenayah siber: Pastikan internet lebih selamat untuk semua. Ni termasuk usaha jejak dan hentikan aktiviti jenayah macam penipuan dalam online, penyebaran perisian hasad, dan penggodaman.
Media sosial bukan tempat privacy lagi
Photo by Pixabay

Apa kata rakyat?

Ada yang setuju sebab langkah ni dapat protect pengguna dan kurangkan jenayah siber. Mereka rasa pelesenan ni akan bawa lebih tanggungjawab kepada platform media sosial untuk pastikan content yang mereka hos selamat dan sesuai. Tapi, ada juga yang risau pasal kebebasan bersuara dan privacy yang mungkin akan terjejas. Mereka fikir langkah ni mungkin akan menyekat kebebasan bersuara dan monitor segala aktiviti pengguna secara online.

Cabaran yang mungkin akan dihadapi

  • Platform media sosial mungkin lawan: Mereka mungkin tak nak ikut rules baru ni. Ada platform mungkin rasa pelesenan ni beban dan pilih untuk hentikan operasi di Malaysia. Ni boleh sebabkan pengguna hilang akses kepada platform yang mereka guna setiap hari.
  • Pengguna akan risau tentang privacy: Pengguna risau pasal data peribadi mereka. Peningkatan kawalan dan pemantauan oleh kerajaan boleh timbulkan kebimbangan terhadap privacy dan keselamatan data peribadi pengguna.
  • Kos dan masa untuk proses pelesenan: Pelesenan ni mungkin ambil masa dan kos yang besar. Platform media sosial mungkin kena keluar belanja besar untuk ikut rules baru ni, dan ni boleh bagi kesan kepada kos operasi mereka.

Data peribadi dah tak selamat

Bagi korang yang mementingkan privacy, langkah ni mungkin akan nampak macam satu ancaman yang besar. Sebab kerajaan dah mula bekerjasama dengan platform media sosial, diorang boleh akses data korang dengan mudah, semudah ABC je. Maklumat peribadi, perbualan, dan aktiviti dalam online semua boleh diakses. Jadi, korang perlu lebih berhati-hati dan ambil langkah tambahan untuk protect privacy korang. Tempat yang korang rasa selamat dan privacy tu mungkin dah tak macam dulu lagi.

Akses data oleh kerajaan

Dengan pelesenan ni, kerajaan ada kuasa untuk akses segala data peribadi korang dengan mudah kalau diperlukan. Ni termasuklah data perbualan, maklumat peribadi, dan segala aktiviti secara online. Sebab tu, penting untuk korang faham risiko ni dan ambil langkah berjaga-jaga, macam guna platform yang tawarkan feature end-to-end dan berhati-hati dalam kongsi maklumat sensitif secara online.

Keseimbangan antara kawalan dan kebebasan

Langkah ni jelas menunjukkan komitmen dari kerajaan Malaysia dalam memastikan ruang siber sentiasa selamat dan terkawal untuk semua pengguna. Tapi, keseimbangan antara kawalan dan kebebasan digital masih menjadi isu utama yang perlu diperhalusi betul betul. Penting untuk korang pastikan langkah kawalan yang diambil tak akan jejaskan hak asasi manusia macam kebebasan bersuara dan privacy.

Masa depan media sosial di Malaysia

Dengan pelaksanaan pelesenan ni, masa depan media sosial di Malaysia mungkin akan saksikan perubahan besar. Pengguna kena sesuaikan diri dengan rules baru, manakala platform kena pastikan mereka ikut garis panduan yang ditetapkan oleh MCMC. Ni mungkin perlukan platform untuk buat perubahan yang besar pada dasar dan operasi mereka, termasuk menyediakan mekanisme untuk monitor dan control content yang dimuat naik oleh pengguna.

Peranan pendidikan dan kesedaran

Selain daripada pelesenan, peranan pendidikan dan kesedaran juga sangat penting dalam promosi penggunaan media sosial yang selamat dan bertanggungjawab. Pengguna perlu dididik tentang risiko dan cabaran dalam menggunakan media sosial, serta cara-cara untuk protect diri daripada segala ancaman siber.

Kesimpulan

Pelesenan platform media sosial di Malaysia adalah langkah penting dalam usaha kerajaan untuk control segala content secara online dan akan protect pengguna daripada segala ancaman siber.

Walaupun langkah ni ada potensi untuk tingkatkan keselamatan dalam online, tapi benda ni juga timbulkan kebimbangan terhadap privacy dan kebebasan bersuara.

Penting untuk cari keseimbangan antara kawalan dan kebebasan digital, serta pastikan langkah-langkah yang diambil tak jejaskan hak asasi manusia. Pengguna juga kena ambil langkah berjaga-jaga untuk protect privacy mereka dan faham risiko yang berkaitan dengan penggunaan media sosial.

Tinggalkan Pendapat Anda