Perbezaan antara Bank Digital & E Wallet: Ini yang korang perlu tahu

Bank Digital dan E Wallet ni dua benda yang berbeza, tapi ada persamaan jugak sebenarnya. Kedua-duanya adalah produk finance digital yang membolehkan korang buat transaksi secara online tanpa perlu guna duit tunai atau kad kredit.

Tapi, cara diorang berfungsi tu lain sikit.

Bank Digital ni macam majoriti bank biasa, cuma semua urusan boleh buat melalui aplikasi atau laman web je.

Korang boleh buka akaun, transfer duit, bayar bil, simpan duit, dan macam-macam lagi.

Bank Digital ni ada lesen yang sah, jadi duit korang selamat dan dilindungi oleh BNM. Contoh Bank Digital yang ada kat Malaysia ni ialah GXBank, AEON Bank & Boost Bank.

E Wallet pulak ni macam dompet digital yang korang boleh isi duit dan guna untuk bayar barang. Korang kena top up duit dalam E Wallet tu dulu sebelum nak guna. E Wallet ni tak ada lesen bank, jadi duit korang tak dilindungi sangat. Maybe melalui insurans je la kot.

Contoh E Wallet kat Malaysia ni ialah GrabPay, Touch ‘n Go, dan Boost.

Apa beza diorang?

Perbezaan utama antara Bank Digital dan E Wallet ialah:

  • Had simpanan: Biasanya E Wallet ni limit. Tak boleh simpan ratus ribu atau juta. Beza dengan Bank Digital yang boleh simpan duit unlimited. Confirm LHDN kejar tu.
  • Keselamatan: Bank Digital lebih selamat daripada E Wallet sebab ada lesen dibawah naungan Bank Negara Malaysia. E Wallet pulak bergantung pada sistem keselamatan app tu sendiri, yang mungkin tak sekuat macam Bank Digital.
  • Kemudahan: E Wallet ni lebih mudah digunakan daripada Bank Digital sebab tak perlu pun buka akaun or deposit duit. Cuma kena download aplikasi je, dan boleh terus guna. E Wallet ni ramai orang guna untuk hotel, restoran, kedai runcit, dan pengangkutan awam.
  • Connectivity: Bank Digital boleh digunakan tanpa internet, asalkan ada kad debit atau kredit dalam bank. E Wallet pulak kena ada internet untuk buat transaksi, sebab ianya based pada kod QR atau NFC.

Apa kebaikan diorang?

Walaupun ada perbezaan, Bank Digital dan E Wallet ni ada kebaikan tersendiri.

Antara kebaikan Bank Digital ialah:

  • Interest tinggi: Bank Digital boleh bagi korang interest yang lebih tinggi daripada bank biasa, sebab kos operasi diorang lebih rendah. Jadi, korang boleh dapat lebih untung kalau simpan duit dalam Bank Digital. Masukkan duit, dan korang akan dapat interest dari bank tu sendiri. Kira macam pelaburan la.
  • Caj rendah: Bank Digital jugak tak banyak caj macam bank biasa, sebab tak ada cawangan fizikal atau pekerja yang ramai. Jadi, korang boleh jimat duit kalau guna Bank Digital & boleh digunakan untuk transfer duit atau bayar bil.
  • Akses mudah: Bank Digital boleh diakses bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, asalkan ada internet. Korang tak perlu risau pasal waktu operasi atau lokasi bank.

Antara kebaikan E Wallet pulak ialah:

  • Rewards menarik: E Wallet selalu bagi rewards macam diskaun, cashback, atau point yang boleh ditukar dengan barang atau perkhidmatan. Jadi, korang boleh dapat lebih nilai kalau guna E Wallet.

So, tu je la yang aku nak share pasal Bank Digital dan E Wallet. Harap korang dah faham sikit-sikit. 

Kesimpulan

E Wallet & Bank Digital ni lebih kurang sama je sebenarnya, cuma beza bab limit & untuk nampak lebih formal, gunalah bank digital gitu. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support