Aeon Bank: Ini yang korang perlu tahu

Tentang Aeon Bank

Aeon Bank dimiliki oleh Aeon Financial Service Ltd dan Aeon Credit Service (M) Bhd.

Siapa je yang tak kenal dengan Aeon Credit Service? Korang yang suka buat pinjaman tu, memang akan kenal dengan Aeon ni sebab Aeon ni dulu dikenal sebagai Aeon Credit, iaitu pemberi pinjaman kepada mereka yang memerlukan dan cawangan Aeon Credit ni ada banyak dan korang boleh jumpa kat mana mana AEON Mall.

Cuma untuk tahun 2024 ni, Aeon dah pun upgrade services diorang kepada peringkat yang lebih serius iaitu bank. Siapa sangka kan, dari Aeon Credit Service telah berkembang kepada system servis yang baru iaitu Islamic Digital Bank. Kali ni diorang offer korang untuk simpan duit di dalam Savings Account yang patuh syariah.

Credit to aeonbank.com.my

Kenapa korang kena guna Aeon Bank?

Duit Now & QR Pay

Tak macam bank digital yang lain, Aeon Bank ni memang dah lengkap dengan Duit Now dan QR Pay. Kalau korang register, feature ni memang dah ada dan korang memang terus boleh gunakan kat mana mana je yang ada DUIT NOW.

Debit Card

Bank tanpa debit card akan jadi hambar. Tapi kalau korang gunakan Aeon Bank ni, korang akan dapat Debit Card yang cantik. Debit Card pun diorang dah siapkan.

Tinggal nak apply je kat dalam App. Paling best, korang boleh control Debit Card korang hanya menggunakan App Aeon Bank. Semuanya dihujung jari sekarang.

Credit to aeonbank.com.my

Savings Account offer 3.88% p.a. profit rate

Tak macam bank digital yang lain, kalau korang simpan duit dalam Savings Account Aeon Bank, korang akan dapat keuntungan dari Aeon Bank sebanyak 3.88%. Lagi banyak korang menyimpan lagi banyak korang akan dapat.

App yang Minimalist

App Aeon Bank ni sangat kemas dan cantik. Memudahkan untuk korang faham dan manage duit korang. Tak bank lain, ada yang terabur dan susah sikit nak faham. Kalau korang gunakan Aeon Bank semua jadi mudah. Orang yang dah berusia pun senang nak uruskan duit sendiri dengan menggunakan Aeon Bank.

Credit to aeonbank.com.my

Dapat 1.5% Cashback dan 3x Aeon Point

Kalau korang buat pembayaran dengan Aeon Bank ni korang akan dapat 1.5% cashback dan korang akan dapat 3x ganda Aeon Point. So yang mana kaki shopping kat dalam Aeon tu korang patut gunakan Aeon Bank ni supaya korang boleh dapat benefit yang diorang offer.

Islamic Bank

Aeon Bank merupakan Bank Digital Islam yang pertama di Malaysia. Kalau korang memang mencari bank yang PATUH SYARIAH, korang perlu buka akaun savings dengan Aeon Bank.

Credit to AEON Bank

Berapa deposit nak buka akaun?

Nak buka akaun dengan Aeon Bank ni korang hanya memerlukan RM20 sahaja. Korang boleh transfer duit RM20 dari akaun korang yang sedia ada. Tapi korang kena ingat, dalam akaun AEON Bank ni memang perlu ada RM20 pada setiap masa.

Kalau korang ada RM100 dalam bank, korang hanya boleh guna sampai RM80 je. RM20 tu memang tak boleh bawa keluar lagi dah. RM20 tu akan kekal dalam tu sampai bila bila.

Kesimpulan

Kalau korang rasa Aeon Bank ni best, korang boleh download app Aeon Bank ni kat Google Play Store dan Apps Store. Korang boleh register dan buat verification dengan IC korang. Macam biasa, korang boleh open akaun savings tak sampai 5 minit. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Related Article..

Portal Hackers

Financial