Nak buat pinjaman peribadi secara direct dengan bank macam susah je untuk tahun 2024 ni. Jadi kami akan senaraikan Pinjaman Peribadi Terbaik di Malaysia yang mana kalau korang apply melalui platform yang dinyatakan ni, maka urusan korang untuk membuat pinjaman akan jadi mudah & peluang untuk korang dapatkan kelulusan tu sangat cerah.
RinggitPlus
RinggitPlus adalah platform yang paling senang untuk korang apply pinjaman peribadi secara online. Dalam platform ni korang boleh compare pelbagai jenis pinjaman peribadi dari pelbagai bank dan pemberi pinjaman berlesen. Kalau korang jenis yang suka tengok banyak pilihan sebelum buat keputusan, RinggitPlus adalah platform terbaik.
- Pelbagai pilihan: Dalam satu website je korang boleh tengok macam-macam jenis pinjaman dari pelbagai bank macam Maybank, CIMB, Hong Leong, dan banyak lagi. Ni memudahkan korang sebab tak perlu buka banyak tab atau pergi banyak website lain.
- Kelulusan pantas: Salah satu benda best pasal RinggitPlus ni, ada sesetengah pinjaman yang boleh bagi kelulusan dalam masa 24 jam je. So, kalau korang tengah urgent nak duit, ni memang sesuai.
- Tiada yuran tersembunyi: Semua kos dan yuran dinyatakan dengan jelas. So, korang tak perlu risau tentang kos tambahan yang tiba-tiba muncul. Apa yang korang nampak, tu lah yang korang bayar.

Kekurangan RinggitPlus
Walaupun RinggitPlus ni banyak kelebihan, ada jugak beberapa kekurangan yang korang kena consider.
- Bergantung pada bank: Walaupun korang apply melalui RinggitPlus, keputusan akhir still bergantung pada bank yang korang pilih. Jadi, kalau bank reject, RinggitPlus pun tak boleh buat apa.
- Dokumentasi tambahan: Ada masa, korang kena sediakan dokumen tambahan yang mungkin leceh sikit. Kalau korang jenis tak suka paperwork, benda ni mungkin menyusahkan sikit.
Security dari RinggitPlus
RinggitPlus ni memang selamat. Mereka guna teknologi enkripsi untuk protect data peribadi korang. Semua maklumat korang dijaga rapi, jadi korang tak perlu risau tentang keselamatan. Selain tu, platform ni juga ada pelbagai review positif dari pengguna lain, so korang boleh yakin dengan servis mereka.
Syarat-syarat RinggitPlus
- Pendapatan: Minimum RM24,000 setahun, bergantung pada bank. Ada bank yang mungkin letak syarat pendapatan lebih tinggi.
- Dokumen: Korang kena sediakan IC, slip gaji, penyata bank, dan dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan oleh bank. Lagi cepat korang sediakan dokumen, lagi cepat proses permohonan korang.
Direct Lending
Direct Lending adalah platform yang sama macam RinggitPlus, cuma platform ni lebih direct dan straightforward untuk korang buat pinjaman peribadi. Jadi Direct Lending ni memang sesuai untuk korang yang nak proses yang cepat dan mudah tanpa banyak karenah.
- Mudah dan cepat: Proses permohonan yang simple dan cepat. Kadang-kadang, korang boleh dapat duit dalam masa beberapa hari sahaja. Direct Lending ni memudahkan korang sebab tak perlu melalui proses yang rumit.
- Banyak pilihan: Direct Lending ada kerjasama dengan banyak bank dan pemberi pinjaman, so korang ada banyak pilihan. Korang boleh pilih pinjaman yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan korang.
- Faedah rendah: Interest rate yang ditawarkan biasanya lebih rendah daripada kad kredit. Jadi, kalau korang nak settle hutang kad kredit atau perlukan duit cepat, ni boleh jadi pilihan yang lebih jimat.

Kekurangan Direct Lending
Walaupun ada banyak kelebihan, ada juga beberapa kekurangan yang korang kena consider.
- Tidak semua orang layak: Sesetengah pinjaman mungkin ada syarat ketat yang susah nak penuhi. Kalau korang tak memenuhi syarat, permohonan korang mungkin kena reject.
Security Direct Lending
Direct Lending juga guna teknologi enkripsi untuk pastikan semua data peribadi korang selamat. Mereka ada sistem keselamatan yang ketat untuk elakkan data korang dari diceroboh. Selain tu, mereka juga ada sokongan pelanggan yang baik, so kalau ada apa-apa masalah, korang boleh terus contact mereka.
Syarat-syarat Direct Lending
- Dokumen: Korang perlu sediakan IC, slip gaji, penyata bank, dan dokumen sokongan lain jika diminta. Lagi lengkap dokumen korang, lagi cepat proses permohonan.
Sloan by Shopee
Sloan by Shopee ni pinjaman peribadi yang diberikan kepada pengguna Shopee sahaja. Nak buat pinjaman dengan Sloan ni jauh lagi mudah dari Ringgit Plus & Direct Lending. Tapi walaupun korang pengguna Shopee, tak semestinya korang akan dapat Sloan ni.
Hanya customer yang banyak berbelanja dalam Shopee sahaja yang akan diberikan Sloan ni. Nak apply pinjaman peribadi melalui Sloan lagi mudah dari RinggitPlus dan Kalau korang dah biasa guna Shopee, ni memang convenient.
- Proses online sepenuhnya: Semua urusan melalui app Shopee. Senang sangat! Korang tak perlu pergi ke mana-mana, just guna app Shopee.
- Tiada dokumen fizikal: Nak buat pinjaman Sloan, korang hanya perluan IC dan pengesahan identiti. Tak perlukan statement bank dan apa sahaja document yang biasa diminta oleh bank.
Kekurangan Sloan by Shopee
Tapi ada juga kelemahan Sloan by Shopee yang korang kena tahu.
- Tak semua orang dapat Sloan: Kalau korang taka selalu belanja dalam Shopee, korang memang takkan dapat Sloan ni. Kalau korang dapat, itu bermakna luck.
- Jumlah pinjaman terhad: Jumlah pinjaman mungkin terhad untuk pengguna baru. Jadi, kalau korang perlukan jumlah yang besar, mungkin kena consider option lain.
- Bergantung pada skor kredit: Pinjaman ni agak strict dengan skor kredit korang. Jadi, kalau skor kredit korang rendah, kemungkinan besar permohonan korang akan ditolak.
Security Sloan by Shopee
Shopee ni platform yang besar dan mereka guna teknologi enkripsi untuk pastikan semua transaksi dan data korang selamat.
Shopee bekerjsama dengan Sea Money Capital, sebuah syarikat yang menawarkan digital bank di luar negara tapi hanya sebagai pemberi pinjaman berlesen di Malaysia. Mereka juga ada reputasi yang baik dalam menjaga data pelanggan. So, korang boleh apply tanpa risau tentang keselamatan.
Syarat-syarat Sloan by Shopee
- Pendapatan: Tiada minimum gaji. Hanya berpandukan perbelanjaan di Shopee.
- Dokumen: Korang perlu buat pengesahan diri melalui IC dan video selfi.
BigPay
BigPay adalah platform E Wallet yang diuruskan oleh AirAsia. BigPay adalah E Wallet yang digunakan sama macam Touch N Go. Kelebihan pada BigPay ni adalah korang boleh apply loan melalui app yang diorang dah sediakan. Kalau korang dah biasa guna BigPay, korang boleh buat pinjaman disini dengan mudah.
- Proses mudah: Semua melalui app BigPay. Korang boleh apply pinjaman peribadi up to 10k. Korang boleh tengok semua details pinjaman dalam satu app je.
- Kelulusan pantas: Kadang-kadang boleh dapat kelulusan dalam masa beberapa jam sahaja. Kalau korang urgent, ni memang sesuai.
Kekurangan BigPay
Ada beberapa kelemahan yang korang kena consider sebelum apply BigPay Loan.
- Jumlah pinjaman terhad: Pinjaman mungkin terhad untuk pengguna baru. Kalau korang perlukan jumlah besar, mungkin korang kena tengok option lain.
- Skor kredit penting: Sama macam pemberi pinjaman yang lain, diorang mungkin agak strict dengan skor kredit. Kalau skor kredit korang tak bagus, permohonan mungkin akan ditolak.
Security BigPay
Platform BigPay ni dari syarikat besar AirAsia. Jadi bab security memang korang tak perlu risau lagi. Semuanya memang confirm selamat. Mereka ada sistem keselamatan yang ketat dan reputasi yang baik dalam menjaga data pengguna.
Syarat-syarat BigPay
- Dokumen: Korang kena sediakan IC, slip gaji, penyata bank, dan dokumen sokongan lain. Semua ni korang boleh upload dalam app BigPay.
GoPinjam by Touch ‘n Go
GoPinjam adalah salah satu feature yang ada dalam Touch N Go untuk korang apply pinjaman peribadi dengan beberapa click sahaja. Ini akan mudahkan lagi urusan korang bila nak buat pinjaman dengan bank. Kalau korang dah biasa guna Touch ‘n Go, pinjam melalui GoPinjam ni memang terbaik.
- Proses online sepenuhnya: Semua urusan melalui app Touch ‘n Go. Senang dan cepat. Korang tak perlu pergi ke mana-mana, just guna app je.
- Faedah rendah: Faedah yang ditawarkan agak kompetitif dan berpatutan. Jadi, korang boleh jimat bila buat pinjaman.
- Kelulusan pantas: Ada sesetengah pinjaman boleh dapat kelulusan dalam masa 24 jam. Kalau korang urgent nak duit, ni memang sesuai.

Kekurangan GoPinjam by Touch ‘n Go
- Bergantung pada skor kredit: Mereka juga agak strict dengan skor kredit korang. Jadi, kalau skor kredit korang rendah, permohonan korang mungkin akan ditolak. Skor kredit yang baik memang penting untuk memastikan korang layak untuk pinjaman ni.
- Jumlah pinjaman terhad: Untuk pengguna baru, jumlah pinjaman mungkin terhad. Ini bermakna kalau korang baru guna Touch ‘n Go, korang mungkin tak dapat jumlah pinjaman yang besar. Jadi, korang kena bina rekod yang baik dengan Touch ‘n Go untuk dapatkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi di masa hadapan.
Security GoPinjam
Touch ‘n Go ni memang terkenal dengan system security mereka. Mereka menggunakan teknologi enkripsi untuk pastikan semua data dan transaksi korang sentiasa selamat.
Selain tu, Touch ‘n Go juga ada reputasi yang baik dalam menjaga data pelanggan mereka, jadi korang boleh rasa yakin dan selamat bila apply pinjaman melalui mereka. Mereka juga ada sokongan pelanggan yang efisien untuk bantu korang kalau korang ada apa-apa isu atau pertanyaan.
Syarat-syarat GoPinjam by Touch ‘n Go
- Pendapatan: Minimum RM800 sebulan. Pendapatan ni penting sebab ia menunjukkan kemampuan korang untuk bayar balik pinjaman.
- Dokumen: Semua data korang akan diambil dari Touch N Go. Document tambahan mungkin diperlukan. Semua akan ditentukan oleh CIMB Bank.
Kesimpulan
Jadi ini lah beberapa platform pinjaman peribadi terbaik yang ada di Malaysia pada ketika ini. Sebenarnya masih ada banyak lagi platform yang lain tapi kami hanya senaraikan yang betul betul famous dan biasa digunakan orang ramai sahaja. Ada banyak pilihan pinjaman peribadi terbaik di Malaysia yang korang boleh consider bergantung pada keperluan dan situasi korang.
- RinggitPlus: Sesuai untuk korang yang suka compare banyak pilihan dan nak pastikan dapat deal yang terbaik. Proses dia mudah, cepat dan tak ada yuran tersembunyi. Cuma, keputusan akhir masih bergantung pada bank yang korang pilih.
- Direct Lending: Kalau korang nak proses yang cepat dan straightforward, Direct Lending adalah pilihan yang baik. Banyak pilihan dari pelbagai bank dan interest rate dia biasanya lebih rendah dari kad kredit. Tapi korang kena pastikan korang memenuhi semua syarat yang ditetapkan.
- Sloan by Shopee: Mudah untuk pengguna Shopee sebab semua proses online dan dalam satu app je. Senang dan cepat tanpa perlu dokumen fizikal. Tapi, jumlah pinjaman mungkin terhad untuk pengguna baru dan mereka strict dengan skor kredit.
- BigPay Loan: Kalau korang pengguna BigPay, ni mungkin pilihan terbaik untuk korang. Proses permohonan melalui app BigPay senang dan cepat. Cuma, jumlah pinjaman mungkin terhad untuk pengguna baru dan mereka strict dengan skor kredit.
- GoPinjam by Touch ‘n Go: Sesuai untuk pengguna Touch ‘n Go dengan faedah rendah dan proses permohonan melalui app yang mudah. Kelulusan cepat, tapi mereka strict dengan skor kredit dan jumlah pinjaman mungkin terhad untuk pengguna baru.
Apa pun pilihan korang, pastikan korang buat kajian dulu dan pilih pinjaman yang paling sesuai dengan keperluan dan kemampuan korang. Jangan lupa check semua syarat dan faedah sebelum buat keputusan. Kalau korang rasa artikel ni membantu, korang boleh sharekan artikel ni pada orang lain.
Adakah artikel ini membantu?