Platform yang paling mudah untuk apply pinjaman peribadi

Korang nak buat personal loan tapi tak tahu kat mana nak mohon? Tak nak susah-susah pergi bank atau jumpa ejen? Nak cari pinjaman yang cepat, mudah, dan selamat? Jangan risau, dalam artikel ni kami akan kongsikan beberapa platform untuk korang apply. Ini adalah antara platform yang selamat untuk korang apply.

RinggitPlus

Platform pertama yang korang kena tahu adalah RinggitPlus.

RinggitPlus ni adalah satu platform yang membandingkan pinjaman paling terbaik untuk korang. Ada beratus senarai pinjaman berlesen yang korang boleh dapatkan melalui RinggitPlus.

Korang boleh guna untuk bandingkan dan mohon personal loan dari pelbagai pemberi pinjaman yang sah dan selamat.

Korang juga boleh gunakan kalkulator pinjaman peribadi untuk semak bayaran balik bulanan dan kadar faedah yang berbeza-beza mengikut jumlah dan tempoh pinjaman yang korang nak.

RinggitPlus juga ada offer pinjaman peribadi dengan kadar faedah serendah 3.2%!

Kelebihan RinggitPlus ni adalah korang boleh mohon personal loan secara online tanpa perlu pergi ke bank atau jumpa ejen.

Proses permohonan pun cepat dan mudah, korang cuma perlu isi borang online dan upload dokumen yang diperlukan. Kalau korang layak, korang akan dapat kelulusan dalam masa 24 jam. RinggitPlus juga ada bagi hadiah percuma seperti voucher, cashback, atau gadget kepada peminjam yang berjaya.

Try apply disini

GoPinjam by Touch N Go

Platform kedua adalah Go Pinjam By Touch N Go.

Go Pinjam ni ada dalam app Touch N Go. Just click Jom Pinjam dan isikan segala yang diminta dalam tu. Selepas selesai, korang boleh submit dan tunggu pengesahan.

GoPinjam ni powered by CIMB Bank. So apa apa urusan sebenarnya korang berurusan dengan CIMB.

GoPinjam ni sesuai untuk korang yang ada masalah kewangan. Kelebihan GoPinjam ni adalah korang boleh mohon pinjaman peribadi dari serendah RM100 hingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik dari satu minggu hingga 12 bulan.

Korang juga boleh pilih nak terima duit pinjaman tu dalam eWallet korang atau akaun bank korang. Proses permohonan pun senang je, korang cuma perlu isi maklumat peribadi dan pendapatan korang, dan upload slip gaji atau penyata EPF korang.

Kalau korang layak, korang akan dapat kelulusan dan duit pinjaman dalam masa sehari.

Sloan By Shopee

Platform ketiga adalah Sloan.

Sloan adalah pemberi pinjaman berlesen yang sudah di integrate dengan app Shopee. So korang boleh jumpa Sloan ni dalam Shopee korang sendiri. Sloan ni powered by SEA MONEY CAPITAL iaitu pemberi pinjaman berlesen yang disahkan oleh KPKT.

Sloan ni sesuai untuk korang yang perlukan pinjaman secara cash, sebab korang boleh guna duit pinjaman tu untuk bayar barang atau tambah modal perniagaan korang.

Kelebihan Sloan ni adalah korang boleh mohon pinjaman peribadi dari RM500 hingga RM10,000 dengan tempoh bayaran balik dari tiga bulan hingga 24 bulan.

Korang juga boleh pilih nak bayar balik pinjaman tu secara bulanan atau mingguan.

Proses permohonan pun mudah giler, korang cuma perlu login ke akaun Shopee korang, pilih jumlah dan tempoh pinjaman korang, dan isi maklumat peribadi korang. Kalau korang layak, korang akan dapat kelulusan dan duit pinjaman dalam masa 24 jam.

Apply Pinjaman Peribadi

Apply dengan platform paling trusted di Malaysia.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support