Risiko mendedahkan nama penuh di media sosial

Kenapa nama penuh penting?

Nama penuh ni macam kad pengenalan korang.

Nama penuh boleh dijadikan sebagai kunci untuk mendapatkan data korang yang lebih banyak, terutamanya data korang yang disharekan secara public.

Nama ni boleh digunakan untuk mengenal pasti korang dalam pelbagai situasi. Contohnya, bila korang nak buat akaun bank, daftar sekolah, atau apply kerja, korang kena guna nama penuh korang yang sama dengan IC.

Nama penuh korang juga boleh menunjukkan siapa korang, apa agama korang, atau jantina korang. Benda basickan, memang tak bahaya, tapi ada banyak lagi data yang scammer boleh dapatkan hanya melalui nama.

Nama korang semua dah jadi satu ID penting untuk buat pelbagai urusan.

Apa jadi kalau korang dedahkan nama penuh di media sosial?

Ramai orang suka letak nama penuh di media sosial supaya memudahkan orang lain mudah mencari korang sama ada orang tu adalah orang yang korang kenal atau pun tak.

Media sosial ni memang dibuat untuk korang berkenalan, share pendapat, buat business dan sebagainya. Sebab tu ramai yang jadikan platform ni untuk berkongsi gambar, video, atau status dengan kawan-kawan.

Tapi, ada satu perkara yang ramai tak perasan, iaitu share nama penuh di media sosial. Nak share nama ni sebenarnya tak ada masalah kalau orang yang korang nak share tu trusted, tapi masalah kat media sosial ni RAMAI ORANG dan bukan semuanya korang kenal.

Ada ramai sebenarnya orang yang tak bertanggungjawab yang boleh mengambil kesempatan untuk salah gunakan nama penuh korang.

Dengan nama penuh, macam macam sebenarnya boleh buat.

Kalau korang ada urusan yang melibatkan nama penuh macam bank, pembayaran or urusan yang dianggap penting, sebenarnya tak apa.

Yang jadi berisiko tinggi tu adalah menggunakan media sosial dengan nama penuh korang.

Dengan adanya nama penuh, semua aktiviti pembayaran, urusan penting boleh ditrace hanya dengan menggunakan nama je. Kiranya nama korang ni ada link lah dengan data data peribadi korang.

Orang yang tengok nama korang di Media Sosial ni bukan orang biasa biasa. Ada diantara diorang ni yang bekerja di bank, telco, media sosial macam facebook, tiktok dan macam macam lagi.

Bayangkan, hanya dengan nama penuh korang je, diorang dah boleh access data korang kat telco dan boleh tahu korang call siapa, mesej siapa, location dan sebagainya. Ini contoh dan baru telco, belum cerita pasal bank lagi, belum cerita macam macam servis yang korang guna lagi.

Semuanya hanya melalui nama.

Photo by Dayne Topkin on Unsplash

Kecurian identiti

Ini yang biasa berlaku pada ramai orang iaitu kecurian identiti di media sosial.

Benda ni berlaku bila orang lain menggunakan nama penuh korang untuk buat benda benda yang tak baik, macam nak menipu orang lain dengan menggunakan fake akaun.

Scammer boleh buatkan facebook tu nampak legit dengan nama penuh korang, termasuklah gambar gambar yang korang share.

Dan benda ni sangat bahaya sebenarnya, sebab orang lain boleh buat report polis atas nama korang atau nama fake akaun yang seakan akan sama dengan akaun facebook korang.

Bila orang buat report, nama korang dah tercemar pulak, dah ada nama tu kat balai pulak.

Bila benda macam ni jadi, polis mungkin akan cari korang, mungkin juga akan trace melalui nama penuh korang je. Walaupun korang tak bersalah, tapi bila ada report, semua boleh jalan.

Kena scam

Scammer akan collect info tentang korang hanya melalui nama. Lagi dalam dorang gali, lagi banyak info yang diorang akan jumpa.

Bila scammer tahu banyak tentang korang, senang dia nak buat kerja. Senang dia jadikan korang sebagai target. Lagi parah bila scammer jumpa data sensitive.

Bila buat pembayaran melalui Touch N Go or Bank

Korang perasan tak, bila korang buat pembayaran menggunakan Touch N Go atau pun transfer secara direct, mesti akan keluar nama dalam transaksi tu kan. Received from FULAN BIN FULAN.

Bayangkan korang seorang perempuan, dan orang yang menerima bayaran dari korang ni berminat nak tahu pasal korang, atau pun dia ada niat yang tak baik pada korang, mesti dia akan gunakan nama penuh korang sebagai KUNCI untuk dia collect data korang melalui media sosial.

Orang ni dah tentu akan tahu apa aktiviti korang, apa yang korang buat, korang duduk dekat mana dan macam macam lagi diorang boleh gali hanya menggunakan nama penuh sahaja. Tak rasa seram ke bila kena trace macam ni?

Bayangkan, kalau korang TAK GUNAKAN NAMA SEBENAR dalam media sosial. Of course orang lain susah nak trace segala aktiviti public yang korang jalankan.

Sebenarnya tak jadi masalah pun kalau nama korang ada pada setiap transaksi. Yang jadi masalah bila korang gunakan nama penuh korang di media sosial. Ini akan mudahkan orang lain untuk trace siapa korang, macam mana kehidupan korang dan sebagainya.

Photo by Solen Feyissa on Unsplash

Apa yang korang boleh buat untuk elakkan risiko kena spy?

Korang kena hide banyak data korang di media sosial. Jangan guna nama penuh, hide friends dan Jangan mudah sharing benda benda yang sensitif termasuklah alamat rumah, gambar rumah, dan macam macam lagi. Benda ni nak kata bahaya tak juga sebenarnya, tapi berisiko untuk menjadi sangat bahaya.

So ini lah cara untuk korang kurangkan risiko kena trace.

Jangan guna nama penuh

Kalau boleh, gunakan nama samaran, nama panggilan sehari hari atau nama apa apa je yang korang suka selain nama sebenar.

Zaman sekarang ramai yang setkan nama penuh dekat media sosial tanpa sedar dengan kesan dan akibatnya. Itu yang ramai kena spy tapi tak sedar, ramai kena scam, ramai kena itu dan ini. Dah macam macam kes jadi sebenarnya.

Bila diri sendiri terkena, masa tu akan timbul persoalan “dari mana scammer dapat data kita?”

Jangan kongsi maklumat peribadi korang

Selain nama penuh, jangan kongsi apa apa maklumat peribadi, contohnya macam nombor IC, alamat, nombor telefon, atau email. Benda ni memang lagi penting la.

Email tu kalau boleh asingkan. Yang private kekal private, email untuk kerja hanya untuk kerja, dan paling penting, email untuk orang lain hubungi korang hanya gunakan email yang dikhaskan untuk orang hubungi sahaja. Jangan campur dengan email kerja or private.

Jangan kongsi no akaun bank

Bila berniaga, terang terang korang letak no akaun dalam media sosial. Sebenarnya kaedah ni salah dan membawa kepada risiko scam.

Orang lain boleh gunakan no akaun korang sebagai akaun sementara. Bila mangsa scam dah masukkan duit, scammer akan contact korang dan bagi tahu korang yang diorang ada tersalah masuk duit.

Then korang pun percaya je la dan transfer ke akaun scammer tanpa korang sedar. Tiba tiba no akaun bank korang dah disenarai hitam kan kerana terlibat dalam aktiviti scam.

Walaupun korang kata boleh buat cover report, korang tak rasa ke kerja tu leceh? Sikit sikit nak kena buat report polis bila ada orang salah masuk duit.

Kalau nak niaga, korang boleh gunakan platform yang dah disediakan macam Shopee, Lazada & sebagainya. Ada macam macam payment gateway yang korang boleh gunakan tanpa korang dedahkan no akaun.

Tapi kalau korang niaga kecil kecil atau offer servis boleh je bagi no akaun, cuma pastikan korang trust dulu dengan siapa yang korang nak bagi.

Kesimpulan

Nama penuh korang tu sebenarnya penting, so korang memang kena fikir banyak kali kalau nak guna nama penuh korang dalam media sosial.

Ada banyak risiko yang boleh jadi kalau korang dedahkan nama penuh korang di media sosial, macam kecurian identiti, penipuan secara online, atau wujudnya stalker, lagi lagi kalau korang ni perempuan.

Artikel ni cuma share macam mana korang boleh kurangkan risiko. Sharekan artikel ni kalau korang rasa artikel ni bermanfaat. Jangan main main dengan nama penuh. Sekarang dah jadi data penting.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial