Robot adalah AI yang boleh bantu manusia untuk buat kerja-kerja yang biasa manusia buat, contohnya macam mengemas rumah, memasak, angkat barang berat, bersembang & macam macam lagi. Robot boleh diprogramkan untuk menggunakan komputer, handphone, atau device yang lain. Tapi, adakah robot macam ni selamat daripada ancaman hacker yang mungkin boleh kena hijack dari jarak jauh?

Jawapannya adalah YES. Robot memang boleh kena hack.

Cara hacker boleh hack robot

Hacker adalah orang yang pandai dalam bidang programming dan cybersecurity.

Hacker boleh gunakan skill programming yang mereka ada untuk masuk ke dalam sistem atau devices orang lain tanpa kebenaran. Hacker juga boleh menggunakan skill ini untuk hack robot dengan beberapa cara, antaranya:

  • Hacker hack melalui sambungan wifi untuk masuk access kedalam system robot dan menghantar malware yang mengandungi arahan palsu.
  • Mencuri data atau maklumat yang disimpan dalam memory robot, seperti gambar, video, atau location.
  • Mengubah code atau OS yang menjalankan robot, supaya robot jadi tidak berfungsi atau melakukan perkara yang salah.
  • Bila hacker dapat hijack robot, hacker boleh gunakan kamera, mikrofon, atau sensor yang ada pada robot untuk mengintip atau mendengar apa yang berlaku di sekeliling robot. Robot boleh digunakan utk spy.
Robot boleh kena hack ke? - Ini yang korang mungkin nak tahu

Bahaya hacker hack robot

Hacker yang hack robot boleh menyebabkan banyak masalah dan sangat merbahaya, seperti:

  • Mencuri atau merosakkan harta benda atau maklumat penting yang ada di rumah atau pejabat yang ada robot.
  • Mengancam atau mengganggu keselamatan atau privasi orang yang berdekatan dengan robot.
  • Menggunakan robot untuk melakukan jenayah, seperti mencuri, merompak, atau membunuh.
  • Mengubah robot menjadi satu senjata atau bom yang boleh meletup atau menembak.
  • Menyebarkan virus atau malware yang boleh menjangkiti robot lain atau devices elektronik yang ada connection dengan robot.

Kenapa robot masih boleh kena hack? Sedangkan robot bukan device yang biasa.

Antara sebab kenapa robot pada hari ini masih BERISIKO untuk kena hack adalah kerana:

  • Robot menggunakan programming yang biasa orang guna seperti C++, C, C#, Python, Java & MATLAB. Semua programming ni boleh dipelajari secara online kerana banyak course yang offer untuk korang belajar benda ni semua. Ini menjadikan robot ni sebagai device yang hampir sama dengan komputer biasa.
  • Robot masih menggunakan sambungan Wifi melalui router. Sistem ini sebenarnya sama macam device lain connect dengan router. Disebabkan itu, Hacker masih ada peluang untuk hijack robot yang ada connection dengan Internet.

Cara elak robot kena hack

Robot memang boleh kena hack, tapi korang masih boleh elak atau kurangkan risiko dengan beberapa cara, seperti:

  • Menggunakan password yang kuat dan selalu tukar pada setiap 6 bulan untuk robot dan devices yang bersambung dengan robot.
  • Menggunakan firewall atau antivirus untuk protect robot dari serangan hacker atau virus.
  • Mengemas kini atau upgrade perisian firmware robot dengan versi terbaru.
  • Memutuskan sambungan wifi atau bluetooth pada robot bila tidak digunakan.
  • Menyemak atau memeriksa robot secara berkala untuk pastikan tiada sebarang perubahan atau kerosakan pada robot.
Robot boleh kena hack ke? - Ini yang korang mungkin nak tahu

Kesimpulan

Robot adalah mesin yang boleh digunakan untuk membantu korang, tapi korang kena berhati-hati dengan ancaman dari hacker yang boleh hack robot. Silap silap korang kena spy dengan robot sendiri. Pergh. Korang kena ambil langkah-langkah keselamatan untuk lindungi robot dan diri korang dari bahaya hacker. Jangan biarkan robot jadi mangsa hacker, jaga robot macam jaga kawan baik kita.

Tinggalkan Pendapat Anda