Sea Money Capital ni selamat ke? - Ini yang mungkin korang nak tahu

Syarikat Sea Money Capital ni famous sebenarnya, sebab syarikat ni dah pun jadi digital bank di luar negara. Diorang dah pun melancarkan MariBank di Singapore dan SeaBank di Indonesia dan Filipina.

Jadi korang tak perlu ragu ragu dengan Sea Money Capital ni sebab dia bukan macam ahlong atau scammer yang nak tipu duit korang.

Sea Money Capital ni adalah syarikat yang sah, berlesen, dan trusted, dan dah dapat pengiktirafan dari pelbagai pihak. Jom baca artikel ni sampai habis!

Sea Money Capital ni apa?

Sea Money Capital ni syarikat kewangan digital yang offer pinjaman melalui Shopee, Garena, dan AirPay. Sea Money ni adalah syarikat besar yang dah masuk kedalam Bursa Saham New York, dan ada reputasi yang baik dalam bidang teknologi dan kewangan.

Sea Money Capital ni menawarkan financial services, yang mana korang boleh buat loan menggunakan aplikasi ShopeePay, SPayLater, Sloan dan DanaCepat (Indonesia). Aplikasi ni semua korang boleh download kat phone korang je, dan boleh apply untuk dapatkan loan pada bila bila masa. Senang, cepat, dan mesra pengguna. Itu pun kalau korang dapat lah.

Photo by Oliur on Unsplash

Sea Money Capital ni selamat ke?

Sea Money Capital ni memang dah confirm selamat, sebab dia ada lesen untuk buat perniagaan kewangan digital pada setiap negara yang dia operate.

Kat Malaysia, Sea Money Capital ni mendapat license dari KPKT, dengan nama syarikat SEAMONEY CAPITAL MALAYSIA SDN BHD, dan nombor pendaftaran 202001010678 (1366998-A).

Lesen ni membolehkan Sea Money Capital untuk bagi perkhidmatan macam pembayaran on the go, loan, dan pelaburan, dengan syarat-syarat dan had yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Jadi, korang memang tak payah risau pasal Sea Money Capital ni tak ikut undang-undang atau nak bawa lari duit korang.

Sea Money Capital ni ada kerjasama dengan Shopee ke?

Sea Money Capital ni famous dalam Malaysia disebabkan kerjasama diorang dengan Shopee. Sebab Shopee ada menawarkan pinjaman secara online macam SpayLater dan Sloan. Ni semua adalah kerjasama dari Sea Money Capital.

Kalau korang pinjam duit tu, bermaksud korang buat pinjaman dengan Sea Money, bukan dengan Shopee. Shopee cuma orang tengah sahaja.

SPayLater ni BNPL, Buy Now Pay Later yang boleh korang guna untuk membeli barang kat Shopee dulu, bayar kemudian.

App DanaCepat ni pulak adalah pinjaman mikro yang boleh korang mohon secara online dan dapatkan duit dalam masa yang singkat. Setakat ni hanya beroperasi di Indonesia.

Credit to SeaMoney.com

Sea Money Capital ni sama macam ahlong ke tak?

Sea Money Capital ni memang tak sama langsung macam ahlong, sebab Sea Money Capital ni adalah syarikat yang sah, berlesen, dan trusted. Kalau diorang nak kutip hutang pun, dia akan jalankan mengikut undang undang yang dah ditetapkan, sama je macam Astro, TM, Maxis dan lain lain. Diorang akan gunakan khidmat Debt Collector.

Sea Money Capital ni tak akan tipu, ugut, atau kenakan faedah yang tinggi kat korang, macam ahlong buat. Sebab semua pinjaman tu ada rekod pembayaran melalui app. Kiranya ada hitam dan putih lah.

Sea Money Capital ni akan bagi korang tahu dengan jelas pasal syarat-syarat, kadar faedah, tempoh bayaran, dan yuran-yuran yang berkaitan dengan perkhidmatan dia. Semuanya jelas dan terang. Korang kena bersetuju dulu sebelum korang buat pinjaman tu.

Sea Money Capital ni juga sangat menjaga privasi dan keselamatan data korang, dan diorang tak akan share dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.

Sea Money Capital ni juga akan deal dengan korang secara profesional, dan takkan sesekali hubungi korang secara personal. Kalau korang tak bayar, diorang akan hire debt collector untuk collect hutang dari korang. Itu sahaja.

So kalau ada yang mengaku dari Sea Money Capital, jaga jaga lah, itu mungkin scammer.

MariBank dan SeaBank

Sea Money Capital dah ada MariBank di Singapore dan SeaBank di Indonesia dan Philiphine. Kiranya Sea Money ni adalah bank diluar negara tapi sekadar pemberi pinjaman di Malaysia.

MariBank ni adalah digital bank pertama yang dilancarkan oleh Sea Money Capital di Singapura, pada bulan Mac 2023. MariBank ni menawarkan akaun simpanan, kad debit, dan produk-produk kewangan lain yang boleh korang akses melalui aplikasi MariBank. MariBank ni juga bekerjasama dengan Shopee untuk memberikan korang kelebihan dan ganjaran yang eksklusif.

SeaBank ni adalah digital bank kedua yang dilancarkan oleh Sea Money Capital di Indonesia dan Filipina, pada bulan Jun 2023.

SeaBank ni sama juga macam Maribank, ada menawarkan akaun simpanan, kad kredit, dan produk-produk kewangan lain yang boleh korang akses melalui aplikasi SeaBank. So trusted ke tak SeaMoney ni? Confirm trusted.

Aku harap artikel ni dapat bagi korang info yang berguna dan terjawab semua persoalan korang tentang Sea Money Capital ni.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial