Sebab view Tiktok selalu drop - Ramai frust dah

Memang frust bila buat content kat Tiktok tapi dapat view sikit. Kadang tu rasa dah best dah content yang kita buat, tapi tak boleh pergi jugak dalam Tiktok. Yes, bukan korang je yang rasa macam ni, ramai orang dah putus asa dengan Tiktok ni. Memang susah betul nak naik melainkan dalam video korang tu ada tarikan yang amat dahsyat.

Algorithm TikTok yang misteri

Korang pernah tak rasa macam video yang korang buat tu patutnya dapat lebih banyak view?

Itu mungkin disebabkan algorithm TikTok yang tak ‘pick up’ video korang. Algorithm ni dia suka dengan content yang catchy dan ikut trend, lagi lagi yang tengah hot sekarang. Jadi, korang kena pastikan video korang tu ada elemen yang boleh buat orang nak tengok sampai habis.

Yang expert dalam Tiktok ni biasanya akan gunakan word “Hook”. Korang kena study pasal ni untuk bagi video korang viral. Plus, jangan lupa untuk update dengan trend terkini supaya algorithm nampak korang ni up-to-date.

Engagement dari viewers kurang

Engagement ni macam reaction dari viewers korang. Kalau viewers just tengok tapi tak like atau comment, algorithm TikTok akan ingat video tu tak menarik dan akan stop tunjukkan video korang dari orang lain. Ini yang sebabkan view jadi drop dan terhenti. Ramai orang tengok video korang tak sampai pun 2 saat. Memang drop la jawabnya.

Pemilihan hashtag yang tak tepat

Hashtag ni macam jalan shortcut untuk video korang sampai ke lebih ramai audience. Tapi kalau salah pilih atau tak guna langsung hashtag, memanglah susah sikit nak viral.

Algorithm Tiktok akan gunakan hashtag ni untuk tahu video korang ni tentang apa. Jadi korang kena pilih hashtag yang trending dan sesuai dengan niche content korang. Kalau korang salah letak hashtag dan content korang tak ada kene mengena dengan hastag tu akan buatkan view korang jadi drop dan susah nak ditunjukkan kepada orang ramai. Plus, jangan terlalu general atau terlalu spesifik sampai tak ada orang cari.

Photo by Olivier Bergeron on Unsplash

Timing post yang tak strategik

Benda ni paling penting. Kalau korang post bila orang tengah busy, memanglah tak ada yang perasan. Kena study bila waktu peak pengguna TikTok dan cuba target waktu tu untuk post. Lain orang lain waktu dia tengok Tiktok. Korang kena study jam berapa orang Malaysia ni selalu tengok Tiktok.

Kualiti video yang tak menarik

Zaman sekarang ni, orang suka tengok video yang clear dan bright. Kalau video korang low quality, chances untuk dapat view pun sikit la lah. Jadi, invest sikit dalam equipment macam lighting bagus atau camera yang clear untuk naikkan standard video korang. Pastikan penonton puas bila tengok video korang.

Tak promote dalam platform lain

Jangan ingat promosi tu hanya dalam TikTok je. Korang boleh guna platform lain macam Instagram atau Twitter untuk tarik crowd masuk ke TikTok korang. Share link video TikTok korang kat bio Instagram ke, tweet ke, mana tahu ada yang terpikat dan jadi followers setia. Jangan berharap pada algorithm semata mata.

Akaun Tiktok yang masih baru

Kalau akaun Tiktok korang masih baru ada kemungkinan ini menjadi penyebab kenapa video korang dapat view yang sikit. Bila penonton tengok video korang tak banyak like dan comment, ini yang sebabkan diaorang nampak yang korang punya content tak best dan diorang pun terus scroll.

Kesimpulan

Korang kena study dan cuba buat dalam 6 bulan dengan kesungguhan yang tinggi. Korang akan berjaya juga nanti. Tapi kalau lepas 6 bulan masih sama, masih susah nak naikkan view korang, better korang tinggalkan je Tiktok ni. Tak berbaloi untuk korang bekerja dengan Tiktok. Jangan lupa juga untuk cari cikgu yang boleh ajarkan korang buat content di Tiktok. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial