Apa itu Atome?
Atome adalah satu app financial yang korang boleh download dan register.
Atome adalah platform yang menawarkan perkhidmatan ‘Buy Now, Pay Later’ (BNPL) yang membolehkan korang beli barang dulu dan bayar kemudian. Sama ada korang bayar total atau pun korang boleh buat secara ansurans.
Dekat Malaysia ni saja Atome dah bekerjasama dengan lebih 100 peniaga online dan offline termasuk Agoda, ezbuy, Zalora, Razer, TT Racing dan banyak lagi.
Apps Atome ni memang famous dan ramai orang gunakan app ni untuk buat pembayaran secara ansurans. Ini yang ramai suka dan ramai guna sebab bukan semua orang ada duit yang cukup bila nak beli barang. Atome ni dimiliki oleh APAYLATER SDN dan tertakluk dibawah PDPA (Personal Data Protection Act 2010 of Malaysia).

Kelebihan Atome
Kelebihan Atome ni korang boleh beli dulu dan bayar kemudian.
Dia lebih kurang macam SpayLater, tapi dengan Atome ni korang cuma boleh bayar ansurans sehingga 3 kali saja. Berbeza dengan SpayLater atau Sloan, korang boleh bayar sampai up 24 bulan.
Korang bukan setakat beli secara online, tapi korang boleh buat ansurans bila korang beli di kedai. Korang cuma perlu scan pada QR yang diberikan kedai, then korang boleh payment direct dengan app Atome. Mudah je.
Selebihnya korang boleh buat payment secara ansurans dalam app Atome tu sendiri. Korang boleh buat bayaran secara ansurans dengan untuk 3x bayaran. Paling best tak ada interest yang akan dikenakan. Kalau harga total RM20, nilai tu jugak yang korang akan bayar.
Sebab tu ramai orang gunakan Atome ni.
So kalau korang nak beli something tapi tak cukup duit, korang boleh je gunakan Atome ni untuk buat pembayaran sikit sikit kalau korang tak cukup duit nak beli barang. Antara kelebihan lain:
- Korang boleh track payment korang melalui app sahaja.
- Korang boleh manage semua spending dengan mudah.
- Korang boleh shop beribu kedai dengan app Atome & boleh bayar ansurans sebanyak 3x.
- Nak setup akaun dengan Atome sangat mudah. Cuma 5 minit dah settle.
- Boleh dapat cashback dan reward.
- Integration dengan Shopify, Woo Commerce, Wix, OpenCart dan banyak lagi. (Untuk seller)

Kesimpulan
So dari penerangan diatas, app Atome ni memang selamat digunakan. Korang memang tak perlu risau lagi dah. Kalau ada apa apa korang boleh direct terus dengan pihak Atome. Visit website rasmi untuk tahu lebih details.
Adakah artikel ini membantu?