Tips sebelum nak melabur - Elak kena scam

Pastikan syarikat pelaburan didaftarkan

Sebelum melabur, korang kena pastikan syarikat atau individu yang offer pelaburan tu berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Benda ni sangat penting, sebab kalau diorang berdaftar, maknanya diorang ni legit dan di bawah pengawasan pihak berkuasa. Kalau tak berdaftar, ada kemungkinan itu adalah scam.

Tanya soalan dan minta maklumat penting

Jangan malu untuk bertanya. Kalau ada sesuatu yang korang tak faham atau rasa pelik, tanya je. Scammer ni biasanya tak boleh bagi details yang cukup tentang pelaburan yang diorang jalankan. So, kalau korang rasa tak puas hati dengan jawapan yang diberikan, better korang cari je pelaburan ditempat lain.

Check dengan pihak berkuasa sebelum invest

Ini langkah yang sangat crucial. Sebelum korang labur duit dalam jumlah yang besar, check dulu dengan Suruhanjaya Sekuriti. Diorang ada senarai syarikat dan individu yang berdaftar dan boleh dipercayai. Kalau syarikat tu tak ada dalam senarai, jangan risiko kan duit korang. Terus move on.

Photo by Hunters Race on Unsplash

Jangan terima tawaran yang tak dijangka

Kalau korang tiba-tiba dapat offer pelaburan yang macam out of nowhere, itu mungkin scam. Scammer suka guna teknik ni untuk pancing korang. Biasanya kita yang cari pelaburan, bukan pelaburan yang cari kita. Ini yang korang kena fahamkan.

Jangan percaya janji untung cepat

Ini classic scammer move. Diorang bagi janji yang menyakinkan yang pelaburan korang akan dapat return yang tinggi dalam masa yang singkat. Dalam dunia pelaburan, tak ada yang namanya untung cepat tanpa risiko. So memang mustahil kalau diorang cakap macam tu. 

Elak broker yang tidak dikawal oleh pihak berkuasa

Kalau korang nak guna broker, pastikan broker yang korang guna ni dikawal oleh pihak berkuasa. Broker yang tak dikawal ni biasanya sangat risky sebab diorang tak follow rules yang ditetapkan untuk protect investor diorang.

Dapatkan nasihat kewangan

Sebelum melabur, dapatkan nasihat dari financial advisor yang independent. Jangan rely pada info dari social media atau forum semata mata. Advisor ni boleh bagi pandangan yang based on fakta. Jangan membuta tuli untuk labur dalam jumlah yang besar.

Jangan bagi maklumat peribadi korang

Ini penting. Jangan sesekali bagi maklumat peribadi macam IC number, bank details, atau password kepada sesiapa yang korang tak kenal atau tak percaya. Scammer boleh guna info ni untuk scam korang.

Gunakan common sense

Kalau ada sesuatu yang nampak too good to be true, selalunya memang tak betul. Gunakan logik dan jangan terburu-buru untuk buat keputusan. Kalau rasa ragu-ragu, better stop dan terus move on. So simple.

Keep up-to-date dengan scam yang baru

Scammer ni sentiasa cari cara baru untuk tipu orang. So, korang kena sentiasa alert dengan jenis-jenis scam yang baru. Follow news dari Suruhanjaya Sekuriti untuk keep updated. Lepas ni korang perlu lebih berwaspada dan elakkan diri dari terkena scam pelaburan.

Paling penting

Tidak wujud pelaburan yang mendapat keuntungan berlipat kali ganda dalam waktu yang sangat sekejap. Kalau ada yang mengaku boleh dapat untung dalam masa dibawah 48 jam, itu semua scam.

Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial