Untuk tahun 2024, iaitu tahun yang mencabar untuk semua orang, penting untuk korang pilih telco yang sesuai dengan keperluan dan bajet yang korang ada.

Silap pilih korang rugi nanti, dan jangan gunakan telco yang tidak menepati keperluan korang seharian. So ni adalah telco terbaik yang mungkin sesuai dengan keperluan korang.

1. CelcomDigi – Luas & stabil

CelcomDigi ni adalah hasil dari gabungan 2 company yang memang dikenali ramai orang iaitu Celcom dan Digi. Dengan gabungan Celcom dan Digi ni, korang boleh dapat coverage yang lebih luas dan stabil.

Paling best ada macam macam plan yang korang boleh subscribe mengikut pada bajet dan keperluan korang sendiri.

6 telco terbaik tahun 2024
Credit to SoyaCincau

Pakej Prepaid Unlimited 5G paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid paling murah yang CelcomDigi boleh offer
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej standard yang CelcomDigi boleh offer untuk pengguna

Pakej Postpaid All In One

6 telco terbaik tahun 2024
CelcomDigi ONE Ultra – All In One. Termasuk Home Fibre dan 3 Unlimited.

Kalau korang rasa nak berjimat, korang boleh ambik pakej CelcomDigi ONE Ultra, all in one. Korang akan dapat sekali dengan Disney Hotstar Premium Access setiap bulan. Memang berbaloi kalau korang ada keluarga yang cukup cukup dengan apa yang CelcomDigi offer.

Plus Celcom dan Digi punya LINE dah bergabung dan coverage yang diorang cover jadi besar 1 Malaysia.

2. Hotlink – Kualiti masih mantap

Hotlink ni antara telco yang dah lama beroperasi di Malaysia. Sentiasa menawarkan plan terbaik untuk pengguna diorang. Plus Maxis menawarkan UNLIMITED 5G kepada pengguna.

6 telco terbaik tahun 2024
Credit to THE STAR

Pakej Unlimited Internet paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid paling murah yang Maxis boleh offer
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid standard yang Maxis boleh offer kepada pengguna

Hotlink pun ada pakej Home Fibre kalau korang nak guna. Yang tak suka kepada komitment better ambil prepaid, yang tak suka urusan terganggu better ambil postpaid dan bayar je setiap bulan.

3. TuneTalk – Pilihan berjimat

Kalau korang student, memang better pakai TuneTalk ni dan kalau korang ada duit lebih korang boleh bayar plan tahunan terus. Kalau korang ambik plan tahunan, korang boleh ambil pakej paling murah dengan harga serendah RM99 untuk SETAHUN!

6 telco terbaik tahun 2024
Credit to TuneTalk Legend

Pakej paling murah TuneTalk

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid paling murah yang TuneTalk boleh offer
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid standard dari TuneTalk
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid tahunan dari TuneTalk

Pakej TuneTalk ni memang sesuai untuk korang yang nak berjimat cermat dan tak mahu ada komitment yang tinggi. Kalau bayar RM99 setahun bermaksud korang cuma bayar RM8.25 untuk sebulan, lengkap dengan Internet, Unlimited Call dan Unlimited Apps.

Unlimited Apps tu maksudnya bila korang buka app macam Facebook, WhatsApp, Maps dan lain lain, Tune Talk takkan tolak data Internet korang. Tengok lah sampai lebam biji mata.

4. UMobile – Simple & modern

UMobile memang dikenali sebagai telco yang terbaik. Plan paling basic yang UMobile offer adalah RM25 sebulan dengan Uncapped 5G, unlimited internet capped 3Mbps dan unlimited calls. Ini plan yang mungkin korang nak tahu:

Pakej paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid paling murah dari UMobile
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid standard dari UMobile

UMobile ada banyak plan lain yang korang boleh pilih. Cuma Umobile ni agak kurang sikit perkhidmatannya dikawasan kampung dan pendalaman. So korang yang duduk kampung tu cuba test tanya dulu dengan pengguna UMobile kat situ sebelum korang guna.

5. Unifi – High Speed

Unifi ni dikenali sebagai broadband yang paling pantas di seluruh negara. Memang ramai yang gunakan pake Home Fibre dari Unifi ni. Tapi bukan setakat Fibre je Unifi offer, diorang pun dah jadi Internet Mobile kalau korang belum tahu. So ni antara plan yang Unifi offer untuk pengguna.

6 telco terbaik tahun 2024
Credit to SoyaCincau

Pakej paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Plan prepaid paling murah yang Unifi boleh OFFER

Pakej standard

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej prepaid standard & best seller dari Unifi

6. Yes 5G – Speed & Jimat

Yes 5G ni pun antara telco yang PADU juga untuk korang try. Kalau korang nak berjimat telco ni sesuai untuk korang. Ini plan yang YES 5G offer.

Pakej paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej Prepaid paling murah yang ditawarkan
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej Prepaid Standard yang ditawarkan YES 5G

Pakej Postpaid paling murah

6 telco terbaik tahun 2024
Pakej Postpaid paling murah dari YES 5G
6 telco terbaik tahun 2024
Pakej postpaid standard dari YES 5G

Pakej Rahmah

Untuk semua Telco yang korang pilih dalam tu akan ada pakej rahmah yang disediakan oleh Kerajaan Madani iaitu RM30 untuk 30GB selama 180 hari. Setakat ni, ini lah plan yang paling menjimatkan kalau korang nak jimat. Cuma untuk pakej ni tiada UNLIMITED CALLS. Pakej ni hanya sediakan data sahaja untuk korang.

Tapi yang akan dapat pakej Rahmah ni cuma:

  • 30 tahun kebawah
  • Senior 60 tahun keatas
  • Polis & Askar Veteran
  • Orang kurang upaya
  • Golongan B40

Kesimpulan

Semua telco terbaik mengikut tempat masing masing. Mungkin kat Utara telco ni kurang baik, tapi kat Selatan, Telco ni lah paling terbaik. Korang kena pilih telco yang support kat tempat korang. So tak boleh nak cakap telco ni problem dan sebagainya. Bagus tak bagus kena ikut tempat.

Tapi kalau korang amik pakej HOME FIBRE, semua telco adalah terbaik mengikut bajet yang korang ada. Tak wujud “line internet susah dapat” jika gunakan HOME FIBRE. Internet yang menggunakan line dengan fibre adalah benda yang berbeza.

Tinggalkan Pendapat Anda