Account SpayLater kena suspend

Kenapa account SpayLater korang boleh kena suspend?

SpayLater adalah satu sistem bayaran yang membolehkan korang beli sekarang dan bayar kemudian. Tapi, ada beberapa sebab kenapa account SpayLater korang boleh kena suspend. Antaranya:

1. Gagal membayar pada masa yang ditentukan

Kalau korang tak bayar pada masa yang ditetapkan, sistem akan catat, dan korang boleh kena suspend. Walaupun satu hari terlambat, akaun korang memang boleh suspend. So jangan sampai terlambat. 

2. Melanggar Terma dan Syarat

Terma dan syarat ada untuk dipatuhi. Kalau korang langgar, memang risiko kena suspend tinggi. Bab ni ada banyak syaratnya, contohnya tak boleh buat cash out. Benda ni ramai buat, sebab tu banyak akaun yang kena gantung. 

Account SpayLater kena suspend

Korang takkan dapat balik SpayLater korang

Ini bahagian yang korang mesti nak tahu. Sekali akaun korang dah kena suspend, sangat sangat la susah untuk dapatkan balik. Biasanya selama lamanya takkan dapat dah. 

1. Rekod buruk

Kalau account SpayLater korang kena suspend, maknanya korang dah ada rekod buruk. Ini bukan sahaja SpayLater, tapi juga dengan syarikat lain yang ada kaitan. Benda ni jadi kalau korang tak bayar, confirm masuk CTOS. 

2. Bayaran dengan Shopee takkan dapat pulihkan Account

Walaupun korang dah habis bayar dengan Shopee, korang takkan dapat pulihkan account SpayLater korang. Ini sebab suspension adalah keputusan yang muktamad. Kekal buat selamanya. Tapi akan datang tak tahu la kan, mana tahu shopee ubah policy pulak. 

Akaun SpayLater kena suspend

Apa yang korang boleh buat?

Ada beberapa langkah yang korang boleh ambil:

1. Hubungi khidmat pelanggan

Cuba hubungi khidmat pelanggan SpayLater dan tanya apa boleh dapat balik tak akaun korang. Diorang mungkin boleh bantu korang. Setidaknya dapatkan akaun shopee korang balik dah la. 

2. Pastikan korang patuhi terma dan syarat

Untuk masa depan, pastikan korang patuhi semua terma dan syarat supaya tak kena masalah lagi. Kalau tak, aku tak tahu la nasib korang macam mana. Kena pakai Lazada la pulak. 

Kesimpulan

Jaga-jaga dengan account SpayLater korang. 

Ikut peraturan, bayar tepat masa, dan jangan lupa, kalau ada masalah, cuba selesaikan dengan cara yang betul. Ingat, sekali kena suspend, susah nak pulihkan. 

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support