Boleh ke pinjam duit dari apps: Korang patut berjaga

Syarikat besar: Sah dan selamat

Shopee, Atome, Touch ‘n Go dan Lain-lain

Kalau korang nak pinjam duit, pastikan korang pilih syarikat besar macam apps Shopee, Atome, Touch ‘n Go dan lain-lain yang memang orang dah kenal kat Malaysia ni. Kenapa eh?

  1. Reputasi yang baik: Syarikat syarikat besar ni dah lama wujud dan ada reputasi yang baik. Tak payah risau! Korang pun tahu, ramai je yang kenal. So diorang memang tak berani buat hal. 

  2. Peraturan ketat: Mereka ni diawasi oleh pihak berkuasa, jadi tak ada lah nak main-main.

  3. Proses yang mudah dan selamat: Nak pinjam duit pun senang je, dan yang penting, selamat! Semua apps ni berdaftar, ada kelulusan dari bank negara Malaysia. 

Apps scammer berhati hati lah

Apps tak dikenali: Berhati-hati!

Scammer Alert!

Sekarang kita masuk bab yang korang mesti nak tahu. Banyak apps tak dikenali yang tawarkan pinjaman mudah. Tapi, jangan terpedaya! Tu semua mungkin ahlong atau scammer. 

Antara tanda tandannya:

  1. Tak ada di Media Sosial: Kalau korang search dan tak jumpa di media sosial, itu tanda meragukan.

  2. Followers tak ramai: Korang, followers tak ramai pun satu isyarat yang apps tu tak dipercayai.

  3. Tak ada reviews positif: Kalau tak ada orang lain yang bagi ulasan baik, lebih baik jangan cuba, korang!

Kesimpulan: Bijaklah dalam memilih

Pinjam duit dari apps ni bukan benda main-main. 

Kena bijak pilih yang mana satu. Ingat, kalau syarikat besar macam Shopee, Atome, Touch ‘n Go, boleh je. 

Tapi kalau yang lain, kena berhati-hati.

Artikel berkaitan

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support