Cara nak apply SpayLater: Jom baca!

Nak apply Spaylater ni mudah tapi tak semua orang dapat Spaylater ni. Shopee hanya bagi SpayLater ni kepada customer yang suka berbelanja dalam Shopee sahaja. Kalau korang jarang berbelanja, korang mungkin takkan dapat. Tapi kalau korang selalu berbelanja, ada kemungkinan korang boleh dapat.

Apa itu SpayLater?

SpayLater adalah salah satu servis yang ditawarkan oleh shopee “Buy first, pay later” yang membolehkan korang beli sekarang dan bayar kemudian. Tapi tunggu, jangan terlalu bersemangat dulu. Ada beberapa perkara yang korang perlu tahu.

Korang tak boleh apply, sebab Shopee akan pilih sendiri

SpayLater ni sebenarnya korang tak boleh apply kalau Shopee sendiri tak bagi. Kalau Shopee bagi, dia akan letak button SpayLater dalam akaun Shopee korang sendiri.

Perbelanjaan dalam Shopee

Shopee akan pilih sendiri siapa yang layak berdasarkan perbelanjaan korang dalam Shopee. Jadi, korang kena aktif berbelanja di Shopee untuk tingkatkan peluang. Kalau boleh belanja la barang barang mahal sikit. 

Hutang dengan syarikat lain

Kalau korang ada hutang dengan syarikat lain macam Astro, telco, wifi, semua ni boleh masuk dalam CTOS dan menyebabkan Shopee tak pilih korang. Tapi tak semestinya sebab ni. Memang ada orang yang kena CTOS tapi dapat je SpayLater ni. Ikut nasib juga. 

Cara apply SpayLater di Shopee

Tips untuk tingkatkan peluang dapatkan SpayLater

Aktif berbelanja di Shopee

Lagi banyak korang belanja, lagi tinggi peluang korang dapatkan SpayLater. Jadi, jangan malu-malu untuk shopping!

Jaga rekod kredit korang

Pastikan korang tak ada hutang yang tertunggak dengan syarikat lain. Ini penting untuk jaga rekod kredit korang supaya Shopee boleh pilih korang.

Semak syarat dan ketentuan Shopee

Kadang-kadang, Shopee ada syarat dan ketentuan khas untuk SpayLater. Jadi, jangan lupa untuk semak dan baca betul-betul. Korang boleh rujuk sendiri di website rasmi Shopee. 

Kesimpulan

SpayLater memang bagus kalau korang dapat. Sebab benda ni memudahkan urusan korang untuk beli barang secara ansurans dalam app Shopee. Lagi lagi untuk zaman sekarang yang harga semua dah naik. Tapi korang kena bersedia dan bijak untuk uruskan kewangan korang. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support