Apa akan jadi kalau tak bayar Sloan? Korang tak boleh main main bab hutang ni sebab akibatnya boleh jadi serius. Sebab tu kot korang jumpa artikel ni. Jom kita baca sampai habis.

1. Akaun Sloan kena locked.

Bila korang tak bayar, akaun Sloan korang akan di locked. Maksudnya, korang tak boleh guna Sloan lagi selagi korang tak selesaikan hutang yang ada. Tapi korang still boleh gunakan Shopee macam biasa. Cuma nak buat pinjaman saja yang tak boleh. Yang bahaya, korang biarkan lama, bukan sekadar Slaon sahaja yang kena locked, tapi SPayLater pun boleh kena locked dan susah nak buat pinjaman.

2. Shopee akan hire debt collector

Debt collector ni adalah pihak ketiga yang Shopee upah untuk kejar korang bagi dapatkan duit Sloan yang belum dibayar. Diorang ni professional dalam hal ni, jadi jangan harap boleh lari. Kalau korang masih tak bayar, diorang akan gunakan pelbagai taktik psikologi untuk buat korang bayar. Termasuklah mengambil tindakan mahkamah, datang rumah, dan macam-macam lagi. Serius teruk kalau kena!

Biasanya, diorang akan start dengan call dan bagi surat. Kalau korang masih tak bayar, diorang mungkin akan datang rumah atau tempat kerja korang. Malu wei bila orang tahu! Selain tu, diorang mungkin akan hubungi jiran-jiran atau ahli keluarga korang untuk cari maklumat. Paling tak best, diorang akan terus ke tempat kerja korang. Bayangkan bos dan rakan kerja tahu pasal hutang korang, memang malu gila.

3. Masuk CTOS, hidup korang susah

Kalau tak bayar or bayar lambat memang jejaskan rekod korang sebagai peminjam. Kalau nama korang masuk CTOS, maknanya rekod kredit korang terjejas teruk dah. Bank dan institusi kewangan lain guna CTOS untuk check rekod kredit sebelum luluskan pinjaman atau kredit korang.

Bila rekod kredit korang dah terjejas, apa-apa servis yang korang nak langgan lepas ni akan jadi susah. Nak buat loan ke, nak apply credit card ke, semua akan jadi lebih complicated. Nak langgan Astro pun mungkin dah susah. Sekarang semua benda pakai rekod kredit, jadi bila korang ada rekod buruk, hidup korang memang susah. Korang mungkin terpaksa bayar deposit yang tinggi atau tak dapat servis langsung.

Jangan ambil mudah

Moralnya, jangan ambil mudah bila dah guna Sloan. Bayar on time dan jangan buat masalah. Kalau tak, hidup korang akan jadi susah. Takkan suka kot nak susahkan diri sendiri. Harap-harap korang dapat manfaat dari artikel ni. Kalau ada kawan-kawan yang guna Sloan, jangan lupa share artikel ni dengan diorang.

Tinggalkan Pendapat Anda