Bahaya download cracked games

Bab games ni, nampak macam simple, tapi sebenarnya masih ramai yang gunakan cracked games.

So sebelum korang nak download games ni semua, korang kena tahu apa risiko yang korang kena hadap bila korang main games ni nanti.

1. Risiko virus, spyware, dan malware

Pertama sekali, korang kena tahu bila korang download game yang dah cracked ni, risiko yang korang kena hadap tu sangat besar.

Tak kira la korang download dari mana, ada kemungkinan besar dalam games tu dah ada virus, spyware, malware, you name it! Senang cerita, benda ni semua boleh menyebabkan korang alami kerugian yang sangat besar.

Ada diantara malware ni, dia boleh digunakan untuk mencuri data peribadi korang, ada yang boleh lock semua folder korang kemudian korang kena bayar untuk unlock semua data korang, dan ada yang berfungsi untuk collect semua username dan password korang dalam browser.

Tak seram ke? Hanya disebabkan games, korang gadaikan semua data penting & details login korang kepada hacker.

Jadi memang penting untuk korang elakkan download semua cracked games ni kalau korang tak nak rugi besar macam ni. Lagipun, tak berbaloi korang rosakkan komputer korang cuma sebab nak jimatkan duit untuk membeli game.

2. Hak cipta dan legaliti

Korang pernah terfikir tak, bila download game cracked, korang actually sebenarnya sedang melanggar hak cipta? Memang la, korang tak beli game tu, tapi korang ambil pulak hak orang lain.

Kalau kantoi, korang boleh kena saman ye! Kalau korang main games macam ni untuk diri sendiri okey lagi, tapi kalau gunakan untuk commercial macam Cyber Cafe dan jual beli, itu akan jadi lagi parah.

3. Kualiti game yang diragui

Ni penting juga. Kadang-kadang korang ingat game yang korang download tu memang sama best macam yang original, tapi bila main, terus rasa macam kena tipu. Grafik hambar, gameplay tak smooth, atau lebih teruk, game tu tak boleh main langsung! Kalau tak nak jadi macam ni, better beli je baru.

4. Support kepada developer game

Bila korang beli game original, korang sebenarnya support developer game tu. Duit korang tu akan masuk poket developer, dan diorang boleh terus kembangkan game yang korang beli tu untuk jadi lagi power dan lagi best melalui update.

Kalau korang ambik yang cracked punya, dah lah ada macam macam risiko, plus confirm korang takkan dapat update terbaru dari developer. Lepas tu korang tak boleh main games tu secara online.

Cara beli games murah

Kalau korang nak beli games murah-murah, tak payah risau! Ada banyak je platform yang korang boleh beli games dengan harga yang murah. Yang FREE pun ada banyak.

Melalui platform Steam

Siapa je yang tak kenal dengan platform Steam.

Steam ni memang dah famous kat Malaysia. Steam ni macam pasaraya online yang dikhaskan untuk gaming. Korang boleh je cari macam macam games yang korang nak, dari pelbagai genre. Yang bestnya, Steam selalu offer diskaun besar-besaran!

Steam memang selalu buat promosi ikut musim. Kadang kadang tu sampai bagi games percuma kot. Sampai sekarang memang ada banyak games free kat dalam tu. Memang berbaloi lah kalau korang nak cuba cuba kan!

So dengan adanya Steam ni, korang memang tak perlu lagi download cracked games. Semua dah ada dalam Steam.

Melalui platform Epic Games

Epic Games Store pun best jugak. Diorang memang bagi games secara percuma atau diskaun yang besar untuk games yang famous. Jadi, jangan lepaskan peluang! Korang download je, setiap bulan akan dapat free games.

Melalui platform Battle Net

Kalau korang minat games dari Blizzard Entertainment, platform Battle Net ni memang patut korang cek. Kadang-kadang diorang buat diskaun untuk games macam World of Warcraft, Overwatch, dan Starcraft. Ada juga games yang FREE contohnya macam Warzone.

Direct dari website official

Selain guna platform, korang juga boleh cari games murah kat website games tu sendiri.

Ada banyak website yang offer games dengan harga murah, atau ada yang bagi games secara percuma. Kebanyakan mini games memang percuma diorang bagi. Kalau kena bayar pun RM2 – 5 je. Tapi pastikan website tu legit dan selamat sebelum korang beli atau download.

Kalau nampak meragukan tu, tinggalkan terus.

Jadi, korang tak payah risau pasal harga games yang mahal-mahal. Ada banyak cara untuk korang dapatkan games dengan harga yang lebih berpatutan. Selamat ber-gaming!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support