Genshin Impact selamat ke? - Jom tengok

Genshin Impact ni adalah satu game RPG yang sangat sangat panjang storyline dia. So untuk korang yang nak download Genshin Impact ni korang memerlukan storage yang sangat sangat besar. Kerana file dari game ni saja boleh mencecah sehingga 100GB.

Genshin Impact ni adalah antara game yang famous dan ada ramai user dari seluruh dunia. Antara sebab kenapa ada ramai user yang main adalah kerana game ini korang boleh main secara PERCUMA. So tak kira lah korang ni ada duit atau pun tidak, korang boleh je main Genshin Impact ni sampai habis.

Selamat ke download Genshin Impact dekat PC

Korang boleh download Genshin Impact ni direct dari website official Genshin Impact. Setakat ni semua file dari Genshin Impact adalah selamat digunakan.

Game ni follow strict safety dan privacy guidelines yang ditetapkan untuk pastikan game ni selamat untuk semua orang. Walaupun game ni FREE TO PLAY, tapi diorang ada add on yang boleh korang beli. So dari situ lah Genshin Impact ni buat duit dan dapat bagi improve lagi game ni untuk bagi pengalaman yang best kepada semua user.

Tak ada apa yang meragukan setakat ni. Belum ada report tentang masalah security yang berkaitan dengan Genshin Impact ni. So korang boleh main game ni dengan hati yang tenang.

Credit to genshin.hoyoverse.com

Selamat ke main dekat SMARTPHONE?

Jawapan dia confirm selamat sebab korang perlu download Genshin Impact ni dari official store macam Google Play Store dan Apps Store. Bermaksud game ni dah pun melalui REVIEW yang sangat ketat dari Google dan Apple.

Tak macam app lain, korang kena download app APK dari website tu kemudian kena install secara manual. App yang tak melalui REVIEW dari Google atau pun Apple adalah MERAGUKAN melainkan syarikat tu adalah syarikat yang memang dikenali satu dunia.

So dua syarikat besar macam Google dan Apple dah check app Genshin Impact ni sebelum diorang releasekan kepada pengguna smartphone.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support