Selamat ke Razor Gold ni? Jom ambik tahu

Artikel ni untuk yang dah tahu apa itu Razor Gold, kalau korang tak tahu, boleh rujuk disini dulu. Fahamkan betul betul apa itu Razor Gold.

Siapa yang buat Razor Gold?

Razor Gold ni dibangunkan oleh syarikat besar iaitu Razer, yang terkenal dengan produk gaming seperti mouse, keyboard, headset, dan laptop. Razer ni asalnya dari Singapura, tapi sekarang dah jadi syarikat secara global dan ada pejabat di Amerika, Eropah, dan Asia.

Razer ni dah wujud sejak tahun 2005, tapi Razor Gold ni baru je dilancarkan pada tahun 2017. Sebelum ni, dia gunakan nama zGold. Tapi sekarang dah tukar nama jadi Razor Gold.

Macam mana nak guna Razor Gold?

Nak guna Razor Gold ni mudah je, korang cuma perlu buat akaun Razor Gold kat website dia.

Lepas tu, korang boleh tambah duit kat akaun tu dengan pelbagai method, macam online banking, e-wallet, atau kad kredit. Bila dah ada duit kat akaun tu, korang boleh guna untuk beli apa-apa add on yang korang nak beli kat website atau app yang support Razor Gold ni. Senang je, kan?

Ada scam ke Razor Gold?

Mana-mana benda yang berkaitan dengan duit, memang ada risiko kena scam. Termasuk lah Razor Gold, pun ada scammer yang menyamar jadi Razor Gold. So korang kena hati hati sebab ada ramai scammer yang cuba menipu korang dan mengaku dia menjual Razor Gold murah, tapi sebenarnya dia nak ambil duit korang je.

Jangan mudah percaya dengan orang yang offer Razor Gold murah, dan jangan kongsi maklumat akaun korang dengan sesiapa yang korang tak kenal. Kalau korang rasa ada sesuatu yang tak kena, korang boleh buat report kat portal Razer tu sendiri.

Credit to Razer.com

Kesimpulan

Razor Gold ni satu benda yang best untuk korang yang suka main game. Korang boleh guna Razor Gold untuk beli apa-apa yang korang nak kat pelbagai platform dengan mudah dan selamat. Tapi, korang juga kena berhati-hati dengan scam yang cuba menipu korang.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support