SteamUnlocked ni selamat ke? Ini yang korang perlu tahu!

Apa itu SteamUnlocked?

SteamUnlocked adalah satu platform games yang menyediakan pelbagai Games AAA secara percuma. Maksud percuma disini adalah SteamUnlocked menyediakan games cetak rompak kepada semua user. Kiranya korang boleh download bermacam macam jenis games tanpa korang keluarkan duit walau 1 sen.

Yang ramai tak tahu adalah, platform SteamUnlocked ni boleh dikena saman jika developer asal games bertindak untuk menyaman diorang.

Semua games yang ada dalam SteamUnlocked ni akan dibuang semua system activation. So bila korang download games ni, korang tak perlukan lagi activation or license key. Korang main je games ni sampai bila bila.

Tapi persoalan kat sini, selamat ke download games dari SteamUnlocked ni?

Risiko virus & malware

SteamUnlocked ni memang dah ramai user yang trust.

Sebab dari hasil pembacaan memang ramai yang dah gunakan SteamUnlocked ni selama bertahun tahun, dan setakat ni tak ada apa apa masalah pun yang diorang alami.

So benda ni memang menunjukkan SteamUnlocked ni selamat, tapi korang still perlu berjaga jaga sebab games yang korang download tu tak dipantau oleh developer asal dan tak akan ada support yang akan diberikan korang. So risiko terkena virus dan malware tu masih ada.

Credit to platform STEAM. Platform yang selamat digunakan.

Kekurangan SteamUnlocked

Korang memang boleh download games dari SteamUnlocked ni secara percuma tapi korang takkan dapat benefit dari developer asal macam UPDATE games secara automatic, korang tak boleh main online, korang tak boleh beli apa apa add on dalam games tu.

Korang mungkin tak boleh ada ID Online sebab setiap games biasanya akan kenal pasti ID korang dari platform yang mana.

Yang pasti SteamUnlocked ni bukan platform yang legit untuk korang gunakan. Plus korang takkan dapat apa apa support kalau korang ada apa apa masalah dengan games ni.

Bahaya atau tak

Bahaya atau tak bergantung kepada user tu sendiri.

Kalau korang seorang user yang bekerja menggunakan komputer, dan dalam komputer korang tu ada banyak data penting, maka main games dari SteamUnlocked ni sangat berisiko tinggi.

Antara risiko yang korang kena hadap, data korang boleh ke curi, komputer korang boleh kena spy, file korang boleh effected dengan malware, komputer korang boleh jadi sangat slow dan bermasalah disebabkan games yang korang download dari SteamUnclocked.

Tapi kalau korang seorang user yang advanced, korang ada komputer yang dikhaskan untuk bermain games, tak ada data penting dan sebagainya maka RISIKO tu mungkin TAK WUJUD di dalam kamus hidup korang. Dia takkan jadi apa apa masalah kat situ.

Kesimpulan

Selamat atau tak bergantung pada diri korang sendiri. Apa pun, main games dari versi cetak rompak ni banyak kekurangannya. Seeloknya korang beli lah games original dari platform yang legit. Sampai bila bila korang dapat main dan update dari developer asal. Kongsikan artikel ni kalau korang rasa artikel ni berguna untuk orang lain.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Portal Hackers

Financial

Support