Dalam dunia pelaburan, banyak je berlaku penipuan yang cuba nak ambil kesempatan dari korang yang mungkin tak berapa nak arif pasal bidang pelaburan ni. Jadi, penting untuk korang tahu ciri-ciri pelaburan sebenar supaya korang tak tertipu. Kali ni kita akan bincang dengan lebih mendalam dan panjang lebar supaya korang betul-betul faham.

Pelaburan sebenar tak akan guna Telegram atau WhatsApp

Pelaburan yang sah takkan guna platform macam Telegram atau WhatsApp untuk buat pelaburan. Diorang biasanya hanya akan gunakan website rasmi atau platform pelaburan yang sah macam apps. Kalau korang jumpa orang yang asyik ajak join pelaburan melalui Telegram atau WhatsApp, korang kena hati-hatilah. Platform-platform ni bukan tempat yang sesuai untuk korang buat sebarang urusan pelaburan sebab biasanya scam. Selain tu, penggunaan platform macam ni biasanya memang dikaitkan dengan skim penipuan yang cuba nak ambil kesempatan dari orang ramai.

Tak akan guna akaun peribadi

Pelaburan yang sah takkan guna akaun bank peribadi untuk urusan kewangan. Semua transaksi akan dibuat melalui akaun syarikat yang rasmi dan diiktiraf. Kalau ada yang minta korang buat transaksi ke akaun peribadi, itu tanda besar korang dah kena tipu. Bila korang masukkan duit ke dalam akaun peribadi, korang tak ada jaminan yang duit tu akan digunakan untuk tujuan pelaburan sebenar. Jadi, pastikan semua transaksi dilakukan melalui akaun syarikat yang sah dan diiktiraf. Plus sekarang ni pelaburan semua guna payment gateway je.

Berhati hati dengan pelaburan emas - Ada something yang korang mungkin tak tahu
Photo by Pixabay

Tak akan ada orang tengah

Pelaburan yang sah biasanya takkan guna agen orang tengah yang tak rasmi. Semua urusan akan dilakukan secara langsung dengan syarikat atau melalui platform yang sah. Kalau ada orang tengah yang tiba-tiba muncul dan minta korang transfer duit ke dia, baik abaikan je. Agen orang tengah yang tak rasmi ni selalunya tak ada kawalan atau pengawasan dari pihak berkuasa. Jadi, risiko untuk korang kena tipu memang tinggi. Pastikan korang uruskan pelaburan secara langsung dengan syarikat atau melalui platform yang sah.

Tak ada fee untuk buat pengeluaran

Pelaburan yang sah takkan kenakan sebarang fee untuk korang keluarkan duit pelaburan. Korang boleh keluarkan duit korang bila-bila masa tanpa dikenakan sebarang caj tambahan. Kalau ada yang kenakan fee untuk pengeluaran, itu tanda penipuan. Tujuan utama pelaburan adalah untuk memaksimumkan pulangan korang. Jadi, kalau ada fee yang tak munasabah, ini akan kurangkan pulangan korang dan mungkin juga menunjukkan yang pelaburan tu tak sah.

Sentiasa transparant dalam urusan kewangan

Pelaburan yang sah akan sentiasa telus dalam urusan kewangan diorang. Korang akan diberi penyata akaun yang lengkap dan boleh akses maklumat tentang pelaburan korang secara terbuka. Kalau korang jumpa pelaburan yang sembunyikan maklumat atau tak bagi akses penuh kepada akaun korang, itu tanda besar penipuan.

Transparency ni penting sebab benda ni menunjukkan yang syarikat pelaburan tu jujur dan tak ada apa-apa yang nak disembunyikan. Bila korang boleh akses semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan korang, korang boleh buat keputusan yang lebih bijak dan berdasarkan maklumat yang tepat. Kalau tak ada tu, alamatnya kena scam lah.

Berhati hati dengan pelaburan emas - Ada something yang korang mungkin tak tahu
Photo by Michael Steinberg

Tak mendaftar dengan pihak berkuasa

Syarikat pelaburan yang sah akan berdaftar dengan pihak berkuasa yang diiktiraf macam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bank Negara Malaysia (BNM). Pastikan korang semak status pendaftaran syarikat pelaburan sebelum buat sebarang keputusan.

Kalau tak daftar dengan SC, itu memang sesuatu yang mencurigakan. Pendaftaran dengan pihak berkuasa ni penting sebab menunjukkan yang syarikat tu dah memenuhi semua syarat dan peraturan yang ditetapkan. Selain tu, benda ni juga bagi korang jaminan yang syarikat ni memang sentiasa dipantau dan diawasi oleh pihak berkuasa.

Tak ada testimoni duit kepok-kepok

Pelaburan yang sah takkan gunakan testimoni gambar duit kepok-kepok sebagai bukti pulangan pelaburan. Biasanya, testimoni macam ni hanya untuk tarik perhatian korang je. Bila sifat serakah tamak korang dah keluar, masa tu korang akan labur semua yang korang ada.

Pelaburan yang sah akan berikan maklumat yang jelas dan terperinci mengenai pulangan pelaburan tanpa perlu tunjuk gambar duit yang melimpah. Testimoni macam ni selalunya digunakan oleh skim penipuan untuk menarik minat orang ramai yang mudah terpedaya dengan janji-janji manis. Jadi, kalau korang nampak testimoni yang tunjuk gambar duit kepok-kepok, segera angkat kaki kerana semuanya adalah bullshit.

Promosi yang terlalu bagus untuk jadi kenyataan

Kalau ada pelaburan yang janji pulangan yang sangat tinggi dalam masa yang singkat, korang patut berhati-hati. Kebanyakan pelaburan yang sah akan berikan pulangan yang munasabah dan berpatutan dengan risiko yang diambil. Tak ada pelaburan yang akan menjanjikan kekayaan pada korang dalam tempoh yang singkat. Pelaburan yang sah akan berikan pulangan yang realistik berdasarkan risiko yang diambil. Jadi, kalau ada yang janji pulangan yang tak masuk akal, itu tanda besar penipuan.

Tak akan guna network sosial yang mencurigakan

Pelaburan yang sah takkan gunakan network sosial yang mencurigakan untuk sebarkan maklumat. Biasanya, diorang akan gunakan saluran komunikasi yang sah dan dipercayai. Kalau korang jumpa pelaburan yang asyik guna akaun media sosial yang korang sendiri tak pernah dengar, baik korang elakkan je.

Sentiasa semak terma dan syarat

Sebelum korang nak melabur, pastikan korang baca dan fahamkan dulu semua dokumen penting serta terma syarat yang diberikan. Pelaburan yang sah akan jelaskan segala terma dengan jelas dan terperinci. Kalau korang tak pasti dengan sesuatu, jangan takut untuk tanya atau minta nasihat daripada pakar. Dokumen dan terma syarat ni penting sebab ia mengandungi semua maklumat yang berkaitan dengan pelaburan korang.

Gunakan platform yang sah dan diiktiraf

Pastikan korang guna platform pelaburan yang sah dan diiktiraf. Jangan mudah terpedaya dengan platform pelaburan yang nampak je macam advanced tapi korang sendiri tak tahu syarikat ni siapa punya. Korang boleh semak status platform tu dengan pihak berkuasa yang berkaitan sebelum korang buat keputusan untuk melabur. Platform yang sah dan diiktiraf akan berikan korang jaminan yang pelaburan korang sentiasa selamat dan dipantau oleh pihak berkuasa yang berkenaan.

Kesimpulan

Berhati-hatilah bila nak melabur tu. Jangan ada ada sifat tamak dalam diri kerana semua yang tertipu majoriti adalah kerana tamakkan harta. Pastikan korang tahu ciri-ciri pelaburan sebenar dan jangan mudah terpedaya dengan janji manis dan tawaran yang nampak terlalu bagus untuk jadi kenyataan.

Tinggalkan Pendapat Anda