Syarikat pelaburan yang korang kena hati hati

Tapi, ada juga syarikat pelaburan yang tidak jujur dan cuba menipu korang dengan janji-janji yang tidak masuk akal.

Syarikat-syarikat ini dikenali sebagai scam atau penipuan. Korang mesti berhati-hati dengan syarikat-syarikat ini sebab mereka boleh merugikan korang secara kewangan dan emosi.

Ada beberapa ciri-ciri yang boleh korang perhatikan. Aku akan senaraikan ciri-ciri tersebut di bawah.

Janji pulangan yang terlalu tinggi

Syarikat pelaburan yang scam biasanya akan menjanjikan pulangan yang terlalu tinggi dalam masa yang singkat.

Contohnya, labur RM300 dapat RM10,000 dalam masa 3 jam. Ini adalah satu taktik untuk menarik perhatian korang dan membuat korang teruja.

Tapi, korang kena ingat, tak ada sesuatu yang mudah dalam dunia ni.

Pelaburan yang sah dan beretika perlukan masa, risiko, dan usaha. Jadi, kalau korang jumpa syarikat pelaburan yang offer pulangan yang terlalu tinggi, korang kena berhati-hati dan buat penyelidikan dulu.

Tiada lesen atau pendaftaran

Syarikat pelaburan yang scam biasanya tak ada lesen atau pendaftaran yang sah dari pihak berkuasa.

Ini bermakna, mereka tidak diawasi atau dikawal oleh mana-mana badan yang bertanggungjawab.

Jika korang melabur dengan syarikat-syarikat ini, korang tidak ada sebarang perlindungan atau hak jika ada apa-apa masalah.

Tiada maklumat yang jelas atau lengkap

Syarikat pelaburan yang scam biasanya tidak memberikan maklumat yang jelas atau lengkap tentang pelan pelaburan mereka.

Mereka mungkin akan memberikan maklumat yang kabur, tidak logik, atau tidak konsisten.

Contohnya, mereka tak bagi tahu korang bagaimana mereka menguruskan duit korang, apa jenis pelaburan yang mereka buat, siapa pengasas atau pengurus syarikat, atau apa risiko yang terlibat.

Mereka mungkin juga akan mengelak daripada menjawab soalan-soalan korang atau memberikan jawapan yang tidak memuaskan.

Jadi, kalau korang jumpa syarikat pelaburan yang tak ada maklumat yang jelas atau lengkap, korang kena berhati-hati dan jangan mudah percaya.

Tekanan atau ugutan untuk melabur

Syarikat pelaburan yang scam biasanya akan bagi korang tekanan atau ugutan kepada korang untuk melabur dengan mereka.

Mereka mungkin akan mengatakan bahawa peluang ini sekali seumur hidup, atau tempat adalah terhad, atau korang akan rugi jika tidak melabur sekarang.

Jadi, jika korang jumpa syarikat pelaburan yang memberikan tekanan atau ugutan kepada korang, korang kena berhati-hati. Ini scam biasanya.

Kesimpulan

Aku harap artikel ni dapat membantu korang untuk membuat keputusan yang bijak dan berhati-hati dalam melabur.

Ingat, kalau sesuatu yang terlalu baik tu, mungkin scam Jadi, jangan mudah terpedaya dengan syarikat pelaburan yang scam. Selamat melabur!

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Subscribe Web Hackers

Isi form, confirmkan email korang & korang confirm jadi subscriber kami. 

Related Article..