Beza VPN & Tor Browser

VPN adalah virtual private network yang mana VPN ni akan protect traffic korang melalui virtual server. Tor Browser pun boleh benda yang sama. Tor Browser menawarkan VPN secara percuma kepada sesiapa sahaja yang ingin access kedalam darkweb.

Apa itu VPN?

VPN ialah software yang boleh menukarkan IP address korang kepada IP address server yang korang sendiri pilih. Bila korang guna VPN, website yang korang buka tak boleh nampak lokasi sebenar korang, dan ISP korang tak boleh nampak apa yang korang tengah buat semasa online.

Ini termasuklah website yang korang buka, berapa lama korang dalam website tu, apa yang korang download dan sebagainya. Semuanya dah kena protect dengan VPN so tak ada siapa yang nampak apa yang korang buat bila online.

VPN ni bagus untuk korang yang nak akses servis-servis yang tak available kat negara kita, contohnya macam Hulu atau Netflix US.

Apa itu Tor Browser?

Tor Browser ialah web browser yang direka khas untuk korang surf secara anonymous bila korang nak access kedalam darkweb.

Bila kita guna Tor Browser, traffic korang akan lalu tiga nodes secara random sebelum sampai ke website yang korang nak. Nodes ni adalah macam server-server yang ada diseluruh dunia.

Nodes ni akan encrypt traffic korang supaya tak ada orang boleh tengok apa yang kita buat online.

Tor Browser ni juga boleh akses website-website yang ada domain .onion, yang merupakan website khas yang hanya boleh diakses melalui jaringan Tor. Website ni biasanya lebih secure dan anonymous daripada website biasa.

Apa beza antara VPN dan Tor Browser?

VPN dan Tor Browser ada beberapa perbezaan utama yang menjadikannya sesuai untuk tujuan-tujuan yang berbeza. Antara perbezaannya ialah:

  • VPN boleh protect keseluruhan devices korang, manakala Tor Browser hanya melindungi sesi browsing yang korang visit.
  • VPN lebih laju daripada Tor Browser, manakala Tor Browser lebih lambat sebab traffic korang kena lalu banyak nodes. 3 Layer sekali gus.
  • VPN lebih senang untuk unblock content yang region-locked, manakala Tor Browser lebih susah sebab ada banyak website yang block IP address dari nodes Tor
  • VPN lebih mudah untuk digunakan, manakala Tor Browser lebih complicated dan memerlukan pengetahuan teknikal untuk safeguard
  • VPN kena bayar, manakala Tor Browser adalah percuma

Kesimpulan

VPN dan Tor Browser adalah dua cara untuk korang jadi anonymous tapi keduanya ada feature yang agak berbeza. So korang perlu pakai bila korang perlu sahaja. Pakai VPN dengan Tor Browser sebenarnya tak berapa bagus sebab akan melambatkan lagi internet korang. Sharekan artikel ni kalau korang rasa bermanfaat.

Adakah artikel ni membantu?

Report jika artikel ini tidak tepat, bermasalah & perlu dibaiki.

Sebarang masalah boleh hubungi kami di [email protected]

Related Article..

Portal Hackers

Financial

Support